Tuesday, 23 August 2011

Resipi kuih gunting

Inilah resipi kuih gunting Mak saya yang dia dah buat since I was a very young girl. Tapi rasanya dia dah stop buat sekarang and I pulak lah yang take over Winking smile.

Bahan bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 150g udang kering
  • 3 biji bawang merah (which I ganti dengan 50g ready-made bawang goreng)
  • 2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 150g margarine (dicairkan)
  • 1 cawan air

Cara cara membuatnya:

  • Bawang merah di racik halus dan digoreng sehingga layu.
  • Udang kering dikisar halus (I kisar bawang goreng ready-made bersama2 dgn udang kering ni so tak lah besar sangat nanti).
  • Campurkan udang kering, bawang merah, tepung gandum, garam, serbuk kari dalam mangkuk yang besar. Mix until well combined.
  • Tuang kan hot melted margarine ke dalam adunan tepung tadi dan kacau lagi hingga well mixed.
  • Masukkan air sedikit2 hingga dapat uli macam menguli doh karipap, tak melekat kat jari2.
  • (Kalau sesiapa yang ada breadmaker, bolehlah masukkan semua dlm pan tu and tekan button ‘pasta’.)
  • Set aside doh ni to rest for about 30 minutes.
  • Sesiapa yang ada pasta maker, bolehlah guna pasta maker ni untuk canai the dough senipis yang kita suka and potong ikut shape yang kita nak. (I guna setting ‘fettucine’ untuk potong2 dia.)
  • Kalau takde pasta maker, just canai dia senipis yg boleh (kalau tebal sangat nanti tak rapuh and tak masak bila di goreng) and then cut it into jalur2 and then gunting panjang mana yang kita nak.
  • Goreng dalam minyak yang panas macam menggoreng keropok tu.
  • Bila dah golden brown, bolehlah angkat and tos kan.

IMG_1808

My kuih gunting yang sama aje ketebalan dan kelebaran dia sebab guna pasta maker. Smile.

21 comments:

kasihredha said...

kuih2 lama ni memang sedapkan..
yang best tu...bila makan...ada bunyi kruk krak kruk krak :))

penDragon said...

bhn2 dh ada ni, tapi nk buat takut kalut sgt...sibuk nk buat persiapan balik kg dh ni...mungkin lepas raya kot baru boleh buat ni...

alinac lover said...

wah best nya..bole saya copy resepi?

somuffins said...

LG
Resipi nih oredi patented ke? Thanks for sharing :-)

Rinah said...

resipi senang, nak cuba nanti ;)
thanks kak for sharing..

eliyaezlinalias said...

tetiap tahun makan
tetiap tahun MIL buatkan
bila nak buat sendiri pon tatau..hihihi

zombiedaddy said...

emak awak dah tak main dah kuih gunting ni.. dia sekarang dah jadi towkay kacang balut and halwa belimbing batu. memang sedap wa cakap lu. saya sudah order itu kacang balut 16kg, mau jual dekat itu saya punya negeri. itu halwa belimbing pulak mass production belum start lagi, so saya sempat pau satu plastik kecik saja.

Ayu said...

hm...kuih gunting mak ayu lain skit resepinya.mak ayu tak boh udang kering.yg ayu ingat...daun sup,bawang goreng.serbuk cili pun takde/rempah kari pun takde.tp tiap kali mak buat...ayu srh mka ltk bawang goreng byk2.bkn bwg goreng ready made ye...

umihumairah said...

me suke kuih ni kak lg...

kuih gnting,kuih siput, kuih goyang, buah rotan

tradisi kan....

Shereen said...

LG,
I tengok your recipe ni,I already know that your kuih gunting ni mesti sedap.I think nanti I nak add some chilli powder kasi meletup sikit...hehehe.Anyway, would you mind telling me what are the margerine brands in OZ?..I tanya sebab I can never differentiate between margerine and butter here.I know Planta is margerine but unfortunately,kat NZ ni tak da pulak Planta.So,whenever a recipe calls for margerine, I sub with butter only.Surely, the taste ada lari sikit kan?
Thank you so much for the recipe,LG...really appreciate it.

Aidah said...

Timo kaseh Min atas resipi. Akak perap dululah sampai matang. Hehehe.

lemongrass said...

Kak kasih,
sbb bunyi kruk krak kruk krak tu lah yg tak boleh berhenti nak makan kan :-)

Pendragon,
best lah you dah buat persiapan nak balik kampung. Sure penuh boot kereta tu kan nanti dgn segala macam benda :-)

Alinac,
boleh aje :-)

Cik Som,
I pun tak tau lah where Mak I got this recipe from, hehehe. Entah2 from Majalah Wanita zaman dolu2 ye tak, patented by them, heeee...

Rinah,
You are welcome. Hopefully berjaya you buat :-)

Eliya,
Best lah mcm tu kalau ada MIL yg nak buatkan :-). I nya MIL gerenti nya tak kan buatkan kuih gunting utk I, hahaha.

Ayu,
I ni anak pemalas, tu yg bubuh bawang goreng ready made. Mak I rajin, dia goreng bawang2 dia, hehehe.

Umihumairah,
Kuih2 tradisi ni memang tak lapuk kan sbb bahan2 nya simple2 aje tapi sedap! :-)

Weh Bro,
Itu lah pasal, sedih dengar dia sudah menduakan kuih gunting ni! Mentang2 lah skrg kacang balut lagi fofular dr kuih gunting, hahaha. 16kg tu bukan stock utk anak you yg twins tu aje ke yg makan? Siap panjat kerusi bukak balang bagai semata2 nak amkan kacang balut, hahaha.

Shereen,
I rasa kalau you letak chilli powder memang lagi meletop lah but my kids gerenti tak makan sbb pedas :-).
Kat OZ ni ada bnyk brand margarines like flora, meadow lea. The one that I used is Tablelands.
I guess klu you use butter instead of margarine, it is richer kot because pure dairy instead of vege oil, hehehe. But margarine kat sini pun ada mcm2 subtypes, yg guna canola oil, sunflower oil mixed vege oil, olive oil and tastewise pun different :-).
Kat Msia I think the margarine guna palm n canola kot.

Kak Aidah,
Kalau perap, terus keluar jadi kuih gunting kan best :-).

June said...

kak LG kalo xnak gunting buat gentel kuih siput boleh ke ni ? sbb tgk resipi sama jer ;)

lemongrass said...

June,
boleh aje rasanya but tak boleh panggil kuih gunting lah, hehehe

cikmanggis said...

kebetulan dok cari resepi kuih gunting ni. Selalunya Cm main taram je..agak agak....

nanti nak cuba resepi Lg yg diwarisi dari mak Lg ni :)..orang dulu dulu mmg suka buat kuih gunting,kuih siput dan kuih goyang....biskut moden ni kurang popular.

June said...

hehehe.... kena panggil kuih siput dah . thanks kak LG esok pagi nk try buat fav my mom nie... sbb udang kering hbs stock =P

Cat-from-Sydney said...

Aunty LG,
Tak acilah panggil kuih gunting sbb pakai pasta maker. Kena tukar namalah pulak. purrrr *giggles*

Ayuni Nadzeri said...

sy pun suka bt kuih ni. Sedapp! =)

lina said...

salam min - kuih yg sentiasa sedap, sempoi...yg tak akan dilupakan.

lemongrass said...

Makcik Manggis,
Saya pun membesar dgn kuih muih lama ni, tu yg bila dah besar and ada family sendiri, memang teringin sgt2 nak makan kuih muih zaman dahulu :-)

June,
Seronok lah yr Mum nanti sbb ada anak mithali, hehehe. ;-)

Nicole,
Syyyy.... I gunting jugak but after they've come out of the roller, aci lah kan macam tu, hehehe

Ayuni,
I tak suka sgt buat kuih ni sbb leceh sikit tp I memang suka sgt2 makan kuih ni :-D

Lina,
kuih muih lama jadi pujaan hati sentiasa :-)

Renee Wascky said...

Salam Akak,

Sepatutnya saya ingin mencuba resepi kuih gunting ini.. akan tetapi saya jatuh cinta ngn blog akak!! and i'm still scrolling through your blog!