We finally got to celebrate Eid Mubarak today, hehehe.
It was good in a way because The Other Half could take a day off hari ni so we could go around jalan2 rumah orang and received some visitors as well.
(I had been so busy for the past couple of days that memang tak sempat2 nak pergi ambik all the kad rayas, tak sempat2 nak balas all the comments and even tak sempat nak suruh The Little Misses nyanyi lagu raya. It is a bit sad sebab for the past few years ada aje video lagu raya from us but tahun ni takde. Takpe, raya ada sebulan lagi so sempatlah I nak ajar Miss 7 nyanyi lagi raya 4U2C, muahahaha.)
Let me tayang some of the food I made for our Raya feast.
Theme tahun ni ‘Jawa food’ sebab saje je I nak masak something different this year. So, jenuhlah I menelepon Mak I tanya resipi and tanya macam mana nak masak segala benda tu. Terkejut lah Mak I sebab tetiba anak dia ni nak masak makanan jawa, hehehe. Terus lah dia cakap, kalau lah rumah I ni dekat dengan rumah dia, memang dia akan suruh I masak banyak sikit and then boleh swap lauk pauk dengan dia . I cakap kat dia, kalau rumah I kat Msia, takdelah I nak masak all these food, hahaha,
From left to right: rendang daging, kerabu/urap, daging masak ungkep and honey soy baked chicken wings. Cassava crackers and caramel slice at the back.
From left to right: daging ungkep, sambal belacan tomato, sambal goreng jawa. Choc cake and tepung pelita at the back and nasi impit segera in front.
I told you tema tahun ni masakan jawa! hikhikhik….
The choc cake yang Miss 12 decorated but the strawberries kept on slipping off the cake, hahaha.
Esok I tayang the kuih muih raya ye .
Our raya photo tahun ni. I told you we all takde theme colour. Meriah sikit banyak2 warna ni! Hahahahaha….
So sempena Aidilifitri yang mulia ini…
Salam Aidilfitri untuk semua kaum keluarga, saudara mara, teman handai, and untuk semua yang mengenali kami and yang membaca blog ini. Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa yang menyinggung perasaan. Kami hanya manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan.
Dan Salam Merdeka untuk semua warganegara Malaysia!