Tuesday, 15 September 2009

Orang lain bila dah nak dekat raya, makin rajin masak, makin rajin buat kuih muih, makin rajin kemas rumah. I cuma makin rajin belek buku resipi tengok resipi biskut and cakes apa yang sedap and best untuk di buat untuk dihidangkan masa raya nanti :-). Belek aje pun, bukan nya buat, hehehe…. Nak masak untuk Iftar pun dah betul2 takde mood. Rasa macam nak beli takeaway aje untuk Iftar for the next few days ni sebab memang dah takde idea yang cun2 nak masak apa. Kalau lah I sorang aje yang puasa, memang lah I akan masak maggi aje hari2 sebab itu yang paling senang! :-) Tapi mengenangkan budak dua orang tu yang bersungguh2 puasa, tak sampai hati pulaknya nak bagi diaorang makan maggi hari2, hehehe. Malas2 pun kenalah jugak buat kuih for Iftar sebab hari2 Miss 10 akan tanya I kuih apa yang I masak untuk Iftar.

Like tonite, I cuma buat pikelets as our kuih and hot dogs as the main meal. Memang makanan yang sangat simple but at least they ate it dengan senang hati :-). I hope my masak2 mood will come back before Sabtu ni, or else memang takde lauk pauk apa2 lah nanti masa Raya, haru nanti ;-). I said to The Other Half the other day, “Let’s cook something different this Raya. Instead of the usual rendang, acar, kuah kacang, lodeh n nasi impit for Raya, let’s cook Western dishes!” Then dia kata, “But you won’t feel like Raya if there’s no rendang or nasi impit! I’m only thinking of you.” Betul jugak apa yang The Other Half cakap tu, kalau takde rendang and nasi impit di pagi Raya, sure I tak terasa macam Raya nanti kan. Tak best lah kan kalau takde Raya feelings ni :-).

Since I malas nak masak, mood nak ambik gambar pun takde, hahaha. But speaking of ambik gambar makanan, I’ll be going to a food photography seminar in November. It’s only a 2 hour seminar given by this food photographer. Mana lah tau kan, I can get some tips and inspiration on how to make my dinner looks more tempting and appetising on my blog. Ye lah kan, bukan senang nak bagi orang drools over our food ni :-). Dah ada DSLR, bila lagi kan nak gunakannya dengan sebaik2 mungkin, hehehe…

And since takde gambar food, I just gantung aje kad2 raya yang tercicir nak ambik hari tu. Jutaan terima kasih kerana sudi memberikan kad raya yang cantik2 ni pada teman2 bloggers termasuklah I, hehe.

kadraya2009-3AS                            kadraya2009-asNZ

Kad Raya dr Zuera kat Penang                               Kad Raya dari As kat New Zealand

kadraya2009-ayu s'pore               kadraya2009-cikmin

Kad Raya dr Ayu kat Singapore                        Kad Raya dari Cik Min kat Pahang

kadraya2009-kakain                 kadraya2009-tulip

Kad Raya dr Kak Ain kat KL                           Kad Raya dr Tulip kat Ireland

kadraya2009-noorma        kadraya2009-waheedeana

Kad Raya dr Noorma kat Arab Saudi                      Kad Raya dari Ana kat Johor

kadraya2009-hunny

Kad Raya dr Hunny kat Selangor

kadraya2009-zura              kadraya2009-kakinaKL

Kad Raya dr Zura kat Johor                                          Kad Raya dr Kak Ina kat KL

kadraya2009-azieazah

Kad Raya dr Azieazah yang baru di kenali

I sekarang ni tengah mengajar The Little Misses nyanyi lagu Raya Saloma tapi tak tau lah dapt ke tak diaorang nyanyi. Sebab baru I perasan yang Saloma nyanyi lagu tu sikit nya laju ke, so sikitnya susah and payah ke my kids nak ikut and nak terkejar2, hahahaha….. Sian betul The Little Misses kena paksa, wakakakaka….

14 comments:

ain said...

samalah ngan akak min..dr minggu lepas lg mood masak memang tak de. asik buka luor aje. nak start enjin balik..mmg le malas.

psst...I can imagine how both little misses sing the hari raya song!!! mesti pelat abis.ehehe

ops...another thing...kak ain dok jb dear bukan KL.hihihi

KKPL said...

Hi LG,

Malas-ism syndrom is hitting me too;) Counting days for me to be on leave fr work!Sahur pun eat with the eyes hardly open.. Wonder how yr kids will sound for the hari raya video clip..nueh he he!!! Pasti great entertainment!!!

ibundo said...

Selamat hari raya dari kakpah and famili.

Unknown said...

bukan kak LG je rasa gitu, saya pun sama gak. sampai rasa bersalah pula ngan encik suami ngadap sahur macam tak berselera je. nak pula waktu berbuka kami byk menyambut jemputan berbuka diluar...

nak sahur pun berat je, rasanya cukup sekadar minum air, makan kurma skit dah rasa nak sambung tidur puas2.

belek buku resepi pun ye jugak... ntah ilham apa yang dicari, jumpanya idak gak.

zombiedaddy said...

Eh mana kad raya dari persatuan penduduk batu 8 ijok? Tak gantung ke? Pastu nasi impit konon hehehe mana ada org batu 8 sebut nasi impit, nak tergeliat lidah menyebutnya hahaha. Eh i have videos of the little misses singing, nanti senang i'll put them in my blog lah.

Flower said...

Kat mana ye seminar food photography seminar tu ye? Maybe I boleh ikut sama. Lama tak tulis comment kat sini. Nak kata bz sgt tu tidak jugaklah cuma rasa mcm asyik terkejar2 je. My anak2 balik sekolah pukul 2.30ptg everyday. So rasa mcm kena rush. Nak buat kuih pun rasa mcm tak cukup masa.

Rahmath @Anak_Mami said...

Agaknya hari-hari terakhir Ramadhan nie, penyakit malas menjadi-jadi kan? Macam mana nak inspirekan diri untuk masak-masa Raya nie? Bagi family kani, hidangan wajib is always Nasi Beriani, dalca, acar. Of course nasi impit, lodeh, rendang ngan kuah kacang also is a must b'coz dalam family I tu ada my Jawa sister-in-law.Kita orang semua dah sebati dengan makanan majmuk. Selamat Hari Raya to you and family

NM said...

salam :), selamat hari raya maaf zahir batin..ikhlas dr sya sekeluarga (lin,zairee,qaisara)

azieazah said...

Thanks LG..

Selamat Hari Raya utk U sekeluarga. Semoga Syawal kali ini lebih menggembirakan...

Mood raya dah datang niiiiiihhhh....

MrsNordin said...

Hi Lemongrass,

I just want to say, your daughter is very cute! The one with curly hair! Salam perkenalan..

Ayu said...

uuuwwwwaaaa.....ayu pun dah malas nak masak la k.min.seme pakat beli je.nsb baik dok kat m'sia.klu tmpt lain...mau mati kelaparan dibuatnya.

hm...bila akak nak buat tayangan amal kuih2 yg akak dah buat? ayu ingat nak buat lg sejenis tp smpai la ni tak b'gerak2 lg.iiisskkk...

Anonymous said...

sis, i'm waiting for the vidz.. ahaks..

meriah hari raya..

ps: sis sudikan la mengambil kad raya di rumah saya..

Ummi Qisti said...

yea le kak same lee kita pun lemauuu je semacam nak2 lg esok pg kita dh nak blk kg kat Dungun, Terengganu kui3..
dan ditakuti kat sana x de le bende alah ni (internet) so saya nak ucapkan akak sekeluarga Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin...

lemongrass said...

Kak Ain,
apsal ye bila makin dekat nak Raya ni, makin malas sgt2 dah nak masak utk buka, hehehe..
Mati2 I ingat Kak Ain duk KL, sorry lah ye, hahaha

Yat Maria,
Cepat betul malas syndrome ni merebak ye ;-). Maybe sebab dah day in day out fikir what to cook for Iftar that our bodies and minds just need a break kot :-).
Miss 5 was so upset because she couldn't keep up with the song and read the lyrics at the same time...:-(..

Kak Pah,
Selamat Hari Raya untuk Kak Pah n Family as well.

TunFrida,
Nasib baik lah we all sahur cuma kurma and toast aje so tak lah penat I nak fikir apa nak masak pagi2 buta tu, hehehe... Buku resipi kat rumah ni pun dah puas kena belek tapi buatnya tak jugak, hahaha...

Eh Bro,
mana weh kad raya for us? Memang lah persatuan penduduk Batu 8 Ijok tu nak kena tegur sbb terlupa nak antar kad raya kat we all. Memang betul lah nasi impit sebab kat packet tu tulis 'nasi impit segera Nona' , hahaha... Yang kalau balut daun pisang pastu surat khabar tu baru lah boleh di panggil gablok :-P.

Nora,
seminar tu kat Uni WA Extension, community courses and events. Tajuk dia 'A visual feast- food photography with Frances Andrijich & Kate Lamont'. It's only $49 aje pun on Sunday, 1st Nov so tu yg I boleh pergi tu.
You dah buat kuih Raya? :-)

Rahmath,
Memang semua dah kena wabak malas ni, hehehe. Tu lah kan, macam mana lah nak masak for Raya klu malas mcm ni ;-). Best betul kan klu dpt makan nasi beriani and all the accompaniments, memang kenyang betul lah I rasa Raya I klu dpt mkn tu :-). You dining table sure sarat dgn macam2 dishes kan!

Lin n family,
selamat Hari Raya n maaf jika ada terkasar bahasa dr I sekeluarga.

Azieazah,
wahhh... ceria sungguh you ye sbb mood raya dah datang, hehehe. Mood raya I tak sampai2 lagi lah, ntah kat mana dia melepak agaknya!
Selamat Hari Raya utk you sekeluarga ye..

MrsNordin,
Salam singgah to my blog n thanks for visiting. Thank you also for the compliment :-).

Ayu,
nasib baik lah PARAM tu masih berlambak2 kat M'sia tu kan so tak lah mati kebuluran si Ainnur n Faris tu, hehehe...
Esok lah agaknya akak buat tayangan amal tu, wakakaka

myalisha,
video tu rasanya I akan buat tanpa music kot sbb mmng haru betul bila pasang music sekali, hehehhe..
thanks ye for the raya kad!

ummiQisti,
bila dah sampai Dungun nanti, agaknya makin lemau or terus berubah jadi rajin masak macam2? hehehe...
Selamat Hari Raya utk you sefamily and minta maaf kalau ada terkasar bahasa. Drive safely kay!