Wednesday, 7 April 2010

Shopping done in an hour?

Pagi tadi I betul2 macam lipas kudung, dapat buat shopping kat Coles, the vege shop, the butcher and then Woolies all within one hour, that’s the driving to and from home all included! Punyalah terer, hahahaha. Nak buat macam mana kan, kereta cuma ada satu aje and The Other Half nak guna kereta hari ni sebab dia nak bawak Miss very-soon-to-be 11 to work with him (takkan dia nak bawak budak tu naik basikal kot, hikhikhik). So, dia tak nak lah pergi kerja lambat sangat tu yang I kena buat everything in 1 hour. Nasib baik lah the supermarkets and the shops are opened at 8 so tu yang pagi2 lagi I dah bershopping.

I terpaksa bershopping sebab sayur dalam fridge tu dah tinggal yg layu2 aje, kentang dah tak tinggal sebijik pun, our hazelnut coffee flavouring pun dah habis (yang ini mesti kena sentiasa ada stock for coffee lovers like us), susu dah habis and ayam dah takde langsung, ish ish ish ;-). Rumah Mat Saleh kan mana boleh hidup tanpa kentang and susu Cik Kiah weh, hehehehe. And since Miss 6 masih tak 100% lagi, I malas lah nak bawak dia merata2 gi the shops sebab nanti jangkit pulak kat orang lain kan. So, tu yang I buat express shopping while she’s at home with The Other Half.

Tapi yang sedihnya bila buat express shopping ni, kenalah I buat tunnel vision tadi. Tak toleh dah ke kiri or ke kanan langsung. Menonong aje tuju and capai benda yang dalam list. Memang rasa bukan macam shopping lah kiranya! Tak sempat langsung I nak jalan lemah gemalai kat satu2 aisle tu sambil membelek2 the products yang berkenan di mata and berkenan kat pocket. I tak sempat langsung tengok all the ‘special’ tags or the ‘reduced to clear’ tags! Kalau lah setiap masa I kena buat express shopping ni, maunya hilang terus my shopping skills!!! Muahahaha. Window shopping ni kan teramatlah therapeutic nya :-D.

So, for dinner tadi I pun masak lah ayam and kentang and sayur :-).

IMG_2575

See, ada ayam, kentang and sayur! Kiranya berbaloi lah I buat express shopping pagi tadi tu kan ;-D.

17 comments:

nj said...

LG...
dapat bayangkan u kelam kelibut dlm pasaraya2 tu...grab n go!
tapi kalau Norma mesti mengerling gak mata ni nengok itu ini wpun nak cepat...org pompuaaaannn...

indahhouse said...

Salam kak LG,
Tahniah kak dpt shopping in 1 hour. Tabik spring kat kak LG. hihi. adus, saya ni, kalu konon2 nak beli one thing pun, akhirnya terambik 2 or 3 or 4 things...hahaha.
Miss 6 dah ok? Hugs dari auntie.

Yati Harvey said...

hahaha....LG, express shopping is a chore dear! jimat masa buang duit, betul tak?

PatinPasta said...

LG,

Hehe.. next time shopping buleh cover semula segala lemah gemalai and toleh kiri kanan tuh.

* Hope Miss 6 gets well soon! :)

Maryam Izza said...

Salam Kak Min!
wow wee ni mesti bersilat kencang di dapur tu kah haha
em kak mat saleh mmg suka kentang ek? i suka jugak tapi nape i tak putih mata biru mcm mat saleh ek wakakaka...
just kidding kak muahaha

TopsyTurvyMum said...

I boleh pitam kalau buat express shopping camni. Dukung si kecik tu..lari2 ambik brg apa yg ingat dlm kepala ..balik rumah mesti ada yg lupa hehehe

SJB aka SUELYN J-B. said...
This comment has been removed by the author.
SJB aka SUELYN J-B. said...

Memang tak best lah buat express shopping ni kan. Rasa macam karang kabut ja hehehe.

Note: Get better soon miss 6.

NuRuLeRnAdEwI said...

Sis,
Can I get ur email address pls...
Thanks

arapink said...

hahahha...ribut yer kak min. jangan tertinggal barang on your list dah ler....hehehhe

AA said...

Uiiih, terrornya shopping within an hour. Well, i don't do shopping for grocerries at all. Harga beras seKg pun tak tahu u. Semua husband I belikan. Satu nasihat yang emak saya titipkan selepas kahwin. So far going well. I shopping utk keperluan I sendiri je.

lemongrass said...

Norma,
I memang selalu mengerling kan mata I kalau bershopping tp semalam, memang kena tahan nafsu dari membelek, hahahaha

Indah,
I pun selalu terlebih beli barang, kadang2 tu entah hapa2 aje yg I ambik :-). Semalam tu memang kiranya lain dr yang lain lah :-D.

Kak Yati,
Express shopping ni memang not good for my soul lah! Hikhikhik...

Aida,
Nasib baik takde Aldi kat sini kan, kalau tak, memang tak kan boleh nya lah I buat in 1 hour, kuikuikui

Maryam,
I yang selalu2 makan kentang kat rumah ni pun tak biru mata hitam ku! Kulit I pun still gak gelap macam tu jugak, hahahaha

TTM,
I kalau bawak budak dua orang tu shopping sama, memang lah tak boleh beli everything in 1 hour. Sebabnya, marah kan diaorang aje dah ambik masa 10 minit, hikhikhik!

SJB,
memang tak best langsung! I tak boleh nak senyum masa shopping tu, hehehe

Nurul,
my email is lemongrass@y7mail.com. But kadang2 email baru akan masuk junkmail terus and I jarang check my junkmail sbb selalu terlupa.

Ara,
tu yang penting ada list, heheheh

Ariff,
I selalu shopping lemah gemalai so bila shopping in 1 hour tu kiranya macam a miracle lah :-).
My Mak masa dia muda dulu2 pun mcm you jugak, semua grocery shopping my Abah yg buat and she didn't know harga anything.
I tak boleh lah buat mcm tu, hehehe

azieazah said...

Kat pasar 1 jam? Kira lama tuuu.. hehehehe

Rusniza Mohd Nor said...

aah kak betulla brand tu..lps diorg cakap aritu ade gak tgk.ade cop halal..tapi msih teragak2 gi nak beli.

lemongrass said...

Kak Azie,
bukan pasar you, supermarket yang penuh dengan benda2 lain yg boleh mengabui mata, hikhikhik

Rus,
Oh ye ke? Wah, lepas ni boleh lah beli Steggles kalau dah ada chop tu. Chop halal tu dr AFIC ke?

Ace said...

ini yang 24/7 nak kena terjah blog u nih...:D

NenetPenne (NP) said...

coles... now i ingat nama pasaraya tu...

then i remember i penah duduk budget apartment kat como...

short memory lost betullah i ni...