Thursday, 24 November 2011

How much was it again?

The temperature got up to 37°C tengah hari tadi, panas terik with dry wind in the morning and so humid in the early afternoon.

Bila panas macam tu, I takkan lah spend time in the garden di tengah2 hari buta.

I spent time in the garden later in the afternoon instead…

(Nasib baik lah dinner malam ni semua masuk oven aje and dah sahih nya bukan jenis yang cepat geseng so bolehlah I spent a bit more time in the garden petang tadi, hehehe.)

And I was so happy when I saw this thing in the garden!

IMG_3934

My first chilli! Walaupun masih hijau, tapi hati I sudah berbunga2…

You nak tau kenapa?

Disebabkan dek receipt ini….

Receipt

(Sesape yang ada magnifying glass, silalah jangan malu2 n segan gunakan ia sebab obviously the ink kat receipt machine at the fruit n veg shop tadi sudah nyawa2 ikan, tu yg halus samar2 aje tulisannya!).

Cuba tengok item nombor 3 itu, berapakah harga sekilo red chilli?

$19.95 sekilo !!!!!!!

I beli 3 biji chilli aje tadi and harga dia dah $1.20, maunya tak tercekik.

(chilli api lagilah, $25/sekilo, hahahaha).

Tu yang hati I sangat gumbira ria bila tengok pokok chilli I tu dah berbuah, hehehe.

(But until chilli I tu berbuah banyak and merah, takdelah I nak buat sambal tomat or sambal belacan or chilli jeruk or chilli hiasan ye!)

Nasib baik orang kat rumah ni semua tak mintak sambal belacan hari2, hikhikhik…. Smile with tongue out

And the dinner yang I masak tadi pun cuma guna chilli sauce aje untuk pencicah nya so selamat chilli I 3 biji tadi, hahahaha….

IMG_3965

Our dinner tonite was roast chicken pieces with chips, bread and green salad. The tomatoes and the cucumbers in the salad came from the garden.

IMG_3966

Roast chicken kalau tergeseng sikit takpe, lagi garing kulit tu, lagi sedap rasanyakan, hahahahaha….

So, you all rasa kan….

boleh kaya tak I nanti kalau semua pokok chilli I (around 10 in total) itu berbuah?

Kahkahkahkahkah…..

30 comments:

JaSSNaNi said...

wahhh.. ada kemajuan ni.. nak jadi peladang cili yang berjaya..

kasihredha said...

mak aiii mahalnya cili api...MIL akak sure takmo duduk Perth sebab tiap hari dia masak masak lomak cili api...hihihi

wahhh...kaya...kaya
Pssst ...kongsi2 bila dapat hasil ye..hik3

lemongrass said...

Nani,
memang dasar mata duitan kan, hahaha ;-P

Kak Kasih,
Nasib baik lah I bukan orang nogori atau kawin dengan orang nogori, kalau tak, memang mampuih rabak poket nak boli cili hari2, hahaha....
Tunggu semua cili berbuah, baru boleh mengaku kaya! muahahaha

Muzel Zay said...

Akak ni kdg2 lawak gak!hahaha..im a silent reader act..tp xbleh tahan dh nk komen jgak. Heheh..mahal tu kak cili kt sana yeh..ish2

dihadiha said...

kalau dah berbuah nanti hari2 boleh makan sambal hehe

somuffins said...

LG
Geseng means terbakar/terhangus eh? Smlm I roast chicken juga, pun tergeseng but I like. Ada feeling sket bila makan, hehe.

Tadi I beli cili hijau RM3.90. Harga sekilo RM12. Beli lebih nak buat cili jeruk. I am sure cili merah lebih mahal.

Zaitun said...

Kat M'sia ni pun harga cili dan sayur melambung,kononnya disebabkan musim hujan dan ada negeri2 yang mengalami banjir.

zoe said...

kak, bukan $6.99 ke sekilo cili merah? ke sy slh tengok. hehe

Cat-from-Sydney said...

Aunty LG,
Mama kita dulu, korek cari cili api yang merah di kalangan hijau tapi $25/kg. Kita semai dan seronoknya sbb dapat byk anak cili. Siap boleh beri pada kengkawan se Malaya kat Sydney tu. Dapat juga buat jeruk, acar bagai. purrt.....meow!

Ribbon Clown said...

LG,

Mahalnya..at first, I nmpk yg 6.99/kg, dlm hati kate mahal dah..tup2, 19.99/kg..lg mahal.. sib baik u tanam sendri.. ;)

lemongrass said...

Muzel,
kadang2 aje lawaknya, tang lain serious ;-). Thanks sudi baca my blog ni ye.

Dihadiha,
Kalau semua dah berbuah nanti, surenya masa tu dah tak larat nak makan sambal kan :-)

Cik Som,
Betul lah tu, geseng tu hangus but kdg2 ayam geseng tang kulit tu, lagi sedap and crunchy kan :-).
Mahal jugak ye chilli kat Msia!

Kak Zai,
Samalah mcm kat sini. Sayur and buah mahal ikut musim jugak :-)

Zoe,
Button mushroom tu yg sekilo $6.99. Itu boleh nak beli banyak2 sebab murah, hehehe.

Angelina,
hehehe....I pun korek jugak tadi, siap pilih 3 yang cantik sbb since I was going to pay $20/kg, might as well korek betul2 kan :-)

RC,
memang mahal skrg but once Summer is here, there will be an abundant of supply, baru murah masa tu but masa tu my chillies pun dah masak so takde lah I nak beli, hehehe.

ibh said...

Mahainya...nasib hasil tanaman akak menjadi..banyak dah jimat tu nanti

Rozita said...

Mahalnya rega cili tu. Tak pe.. tak lama lagi petik kat belakang rumah je macam tomato dan salad tu.

blu4sky said...

hhaahaha..lepas ni bley you buka stall jual cili..

TinyTini said...

berbudi pada tanah, hasilnya memuaskan! tabik spring la kat akak ni..huhu~~

junmn said...

Salam LG, apa pun Ju ucap tahniah kat u.. tak rugi klu rajin becucuk tanam ni.. teringat masa sekolah renda dulu ada kebun sains.. hari2 nak tgk kebun...

zany said...

ye lah min, apasal belah-belah sana cili mahal sangat? pisang pun sama.
berkebunlah banyak-banyak dan tolak hasil tu kat fresh market.

afid said...

macam program masak2 chef wan..fresh from the garden..hehehe

Ayu Safieza @ Humaira' said...

pergh, kak lg...kalu mcm ni halnyee...gelap gambar le nak makan sambal cili hari2..xder maknanye...hahahahah..tp sibaaaaaaaaaaaaaaik ada petani berjaya kat sinun....:)

Sara said...

Salam LG
U m ur silent blog reader. Tgk kat entry ni t'ingat u ada buat ayam bakar kat oven guna slow tempreature tp bakar lama skt. Ayam tu mcm crispy a bit kalu xsilap. If u dont mind can share d recipe again? Dah try tgk ur entry lame tp dpt

Alin Zabidin said...

Salam LG,

I baru tiba di Perth last Saturday. Semalam memang panas giler ye! Rasanya baru seminggu di sini dah gelap kulit I. hehehe

U ada resipi buat asam laksa tak? teringin pulak nak makan asam laksa.

I google jugak resipinya tapi tak tahulah semua benda benda ni boleh dapat di asean store kat Northbridge tak? IGA yang paling dekat dengan rumah i pun tak ada daun kesum dan bunga kantan.

Kalau u ada tanam daun kesum and bunga kantan, boleh bagi i tak? hehhehe..

hope to see u again

eliyaezlinalias said...

gembiranyer kakLG pokok cili berbuah eh....heheheheh
petani berjaya neh!

Nadia said...

Rasanya takde la mahal pun harga cili tu sebab lebih kurang jer dgn harga dkt malaysia. Sebab you guys are earning in AUD, so tak aci la nak convert harga cili tu ke RM. Kalau org malaysia yg earn in RM beli cili RM17/KG, it is comparable la dengan harga cili di AUS.

lemongrass said...

Sue,
tu lah kan, tak payahlah I beli chilli lepas ni ;-)

Rozita,
Memang sgt2 lah best nya kalau lepas ni boleh aje petik cili mcm petik tomato n cucumber tu kan :-)

blu4sky,
hahaha...I dah ada topi nyonya sayur tu, so memang cun sungguh I nanti kalau berjual kat stall kan, hahaha

Tinytini,
alhamdulillah kalau semua berbuah lebat :-)

Jun,
Salam. Part menanam, membelek and menuai tu memang I suka sgt2. Tapi bila part menyiram n meracun n membaja tu yg I lemah sikit, hehehe

Zany,
Kat WA ni memang segala benda mahal banding dgn Eastern states. Tak tau lah apasal, padahal most of the sayur ditanam kat sekitar WA aje.

Afid,
hahaha...tunggu I bela ayam n ikan dulu, baru lah segalanya fresh kan ;-P

Ayu Safieza,
tu lah nya, sekarang ni tak payah lah mengada2 nak makan chilli, Tunggu aje lah sampai chili kat belakang rumah tu masak, hahaha

Sara,
Salam. I bila roast ayam, guna recipe yg berbeza2 setiap masa sebab saje nak cari kelainan. Tapi slalunya ada garlic, lemon, black pepper, five spice powder and salt aje. Lumur luar and dalam and bawah kulit.
And kalau you nak slow roast ayam tu, guna 140C aje and make sure ayam tu letak atas rak so bila juice ayam tu keluar, tak bertakung bawah ayam n jadikan dia basah.

Alin,
Salam. Apa khabar?
I kalau buat asam laksa, mesti tak kaw punya. But I rasa banyak instant paste laksa yg ada jual kat kedai china kat northbridge tu. Tapi I tak pernah pergi kedai cina kat northbridge tu so tak tau ada apa kat situ.
I ada tanam bunga kesum but kantan takde. I pernah beli bunga kantan kat asian grocery shop kat down south ni.
I tak tau bila boleh pergi city lately ni though sbb setiap hari ada aje errands nak kena buat.
You datang lah South :-).

Eliya,
memang gembira betul bila tengok chilli sebiji tu, hahaha'

Nadia,
For me, sekilo chilli for 20 Australian dollars tu dah kira mahal sangat2 lah walaupun we are earning in australian dollars. Duit tetap sama kat mana2, and for me that price for chili adalah mahal. Tak tau lah kalau orang lain kata harga tu murah. Bila masa I convert ke ringgit malaysia pulaknya?

shah_izan said...

sis
cni kat jb pon cili mahal
masa raya ari tu rm17.00 skg -cili merah
last week, dgr diaorg ckp cili padi rm20.00/kg
mmmg sah, kena ikut mcm sis, jd peladang berjaya
hehehe

PUTUBAMBU said...

uishhh...jadi toley cili pulak dah..!
hehhee..

bagus ni!

Zul said...

cili memang mahal, try tanam, asik mati je, sebab kena siram hari2, sekarang tanam daun kesum n serai, so nanti raya x yah beli sebabtng serai samapi 3 dolar,heheh

Asmara said...

buat niaga mesti untung makcik! ehehe..untungnya tangan sejuk, semua tanam menjadi. :D
*sini dah salji. time sejuk nak panas time panas nak sejuk la pulak. ngee..

lemongrass said...

shah_izan,
agaknya skrg memang musim chilli mahal sedunia kot. Nasib baiklah skrg ni dah nak Summer kat sini so boleh lah jadi penanam cili berjaya, hahaha

Putu,
hahaha..mentang2 lah sayur2an kita tgh galak berbuah kan, terus tanam hasrat nak jadi tokey sayur :-D

Zul,
maybe tassie sejuk sgt kot utk chili? Nasib baik Perth ni so far ok aje except too hot s'times. Tapi memang cili n serai n kesum, hari2 kena siram or else layu aje.
Kat sini serai $1 sebatang :-)

Asmara,
I kena pergi Farmers market lah kalau nak niaga but malas nak bangun pagi2 keluar rumah angkut hasil, hehehe...

Nadia said...

i xmaksudkan u yang convert harga cili tu ke RM, tp org2 lain yg komen tu. Bila diaorg ckp mahal giler, i think derang convert to RM. Padahal harga dkt sini pun mcm tu. Skrang ni mmg semua barang pun mahal :D