Wednesday, 11 August 2010

Puasa lambat tapi raya nak cepat boleh?

I thought finally, masjid2 kat Perth bersatu hati and mula puasa on the same day. Unfortunately, that wasn’t the case, ada yang dah start puasa hari ni and ada yang akan mula puasa esok (macam we all lah :-)). I ingat nak pergi masjid Rockingham Raya nanti tapi tadi baru Rus bagi tau yang Rockingham dah start puasa hari ni instead of esok. So, kalau diaorang puasa cuma 29 hari and Raya on Thursday, tak kan lah I nak pergi beraya on Thursday kan sebab tak kan nak puasa 28 hari aje, hehehe…. So, kena cancel lah beraya kat situ nampak gayanya :-(. (Ciss…puasa belum lagi, dah sibuk2 fikir pasal raya, muahahahaha).

Finally, tadi sempat pergi beli medjool dates untuk berbuka and bersahur esok. Got it for $10/kg, seronok I, hehehe. We love these dates sebab they are so juicy and fleshy and sweet :-). Kiranya makan sebiji dah kenyang lah!  :-D. Kalau pergi kat kedai middle eastern, bermacam2 jenis kurma diaorang jual especially masa Ramadhan. Kalau lah diaorang start jual kuih muih ala2 pasar Ramadhan, baru lah betul2 best kan, hehehe.

I ingat nak buat kuih koci untuk buka esok but tak nak pakai daun pisang nak membalut nya tu, sebab, dah lah mahal frozen pulak tu bukan fresh. Tapi I tak tau nak bungkus kuih tu dengan apa….hmmmm…. Maybe I just kukus dia bulat2 tanpa pembungkus, pastu curahkan kuah santan atas dia masa tengah panas2 tu. Jadi tak agaknya? Kalau tak jadi kuih koci, I bagi lah dia nama lain kan! Susah apa, hahahaha….

Then I kena buatkan another sweet kuih for Miss 11 sebab dia ni jarang makan kuih yang ‘pelik’. I might make chocolate cake, pastu potong kecik2 and freeze. Bila nak makan, tinggal keluarkan satu-satu and defrost aje kan :-). She’ll love having ‘instant’ choc cake masa buka and I’ll love it too sebab tak payah susah payah fikir nak masak kuih apa untuk dia :-).

Our dinner malam ni sempena nak sambut puasa esok, berat lah sikit. I made nasi biryani ayam makan dengan sambal telur, stirfry green beans n cauliflowers and poppadum.

IMG_4725

Biryani paste tu I pakai yang instant dalam botol aje. Sedaplah jugak rasa dia.

IMG_4727

Biryani ala Perth sebab makan dengan sambal telur! hehehehe…….

Esok pagi sahur toasts aje!

P/S disebabkan esok dah kena bangun sahur, I akan bersiaran/update blog lepas subuh lah sepanjang ramadhan ni. Since The Other Half nak keluar rumah pagi2 buta pergi kerja kan, I might as well stay awake jugak lepas subuh tu. And sambil2 tu, boleh lah I mengupdate blog.

P/P/S Makin ramai sedara mara kaum kerabat I yang tau pasal blog I ni, habis lah I! Tak boleh lah I nak berceloteh segala secret kat sini kan, hahahaha…..;-). Memang sahih kena kekal kan blog ni PG and G aje lah :-D.

28 comments:

lydia said...

Betol2....
biler cousin2 dah tau, tak berapa privacy...;-)

rainoserez said...

sedap sedapppp..!
kita kat sini dah start posa dah hari ni. 1st day, letih jugak lah..
neway nak tanya, PG and G tu apa?

an15 said...

i ikut member je nak raya bila hehehe...kalo raya on friday, sure x best sb most people keje or ada kelas.

Hanizatul said...

I baca post U yang lepas, ada kuih sagu ...punya la teringin nak makan....tak dak orang jual pulak petang ni...dugaan dugaan....hari ni family I buka puasa dengan sweet sour dorry fillet je...

lemongrass said...

Lydia,
hahaha... bila makin ramai tau, makin banyak yg tak boleh bagitau kan :-)

Raino,
PG tu Parental Guidance Recommended and G tu General. Kalau kat M'sia U and what else ye?
You buka apa tadi?

An,
tu lah kan, I nak Raya hari Sabtu tapi rasanya tak kot, hehehe...

lemongrass said...

Hanizatul,
Sedap jugak kalau buat kuih sagu ni utk berbuka ni kan :-).
I like sweet and sour fish! :-)

Dinas Aldi said...

Comelnya poppadum! hari ni dah selamat first day puasa kat Msia.
kehkeh, nasib baik blog ni tak jadi 18SX!

K.Nor said...

salam min, slmt berpuasa buat min sekeluarga..

blog k.nor pun dah mula dihidu dek kerabat.. sbelum ni mmg tak ada siapa yg tau kecuali suami dan anak2.. skrg ni dah tak best nak pot pet. part yg paling tak best ada la yg duk nyindir2.. frust gak rasanya.. :(

dia org ni tak faham niat kita blogging ni nak sharing kan... bukan nak menunjuk2..

PatinPasta said...

LG,

Uiks! Baru smalam saya dok pikir nak masak beriani, singgah sini terus nampak gambo menggoda! Adoi la! Hehe!

* sebut pasal sanak sedara, dok tingat bila LG mula berblog bahsa Melayu baku bila mertua datang bertandang. hehe! raya nih derang datang ke?

A~ said...

salam ramaddhan! harap2 kurang la dugaan tgk matsaleh2 ni makan minum kat spital tu :P

i balik m'sia raya ni. yahoo!!

Kak Rose said...

LG, selamat berpuasa... kita dah 2nd day kat mesia... kuih koci u tu akan jadi badak berendam lah kalau cam tu... he he... tp sedap gak!teruskan bereksperimen!

kucingorengemok said...

bila cerita pasal 'ibumertuaku' guna bahasa melayu... lepas ni kalau nak cerita pasal ibuku kena la tulis german, hihi

selamat berpuasa!

meriahceria said...

Ahah, kurang privacy lau spupu sepapat tahu gak. Dpt yg ok takpe, tp dpt yg kaki sinis, perli jek...pening gak...sedap nye beriani tu akak, sya pernah terpikir nak buat tp takut ye tak jadi sebab penah buat skali, langsung tak jadi:(

jualan kain said...

yer la sis LG kalau sepupu spapat tau mmg kurang privacy la.. kalau sis nak privatekan blog ni jgn lupa add sya yer.. sya ni kira silent reader blog sis semua entry sis sya follow without fail tau.. hehehehe

salam ramadhan utk sis LG dan keluarga

arapink said...

salam kak min

hahahha...dah tak leh nak ngumpat2 sgt...lagipun bln puasa ye....hehehe...

briyani dgn sambal telor?...urmmm kena coba nih...something different :-)

♥MAMASYAZA♥ said...

memang tak suka kalo sedara maram, sahabat handai tau kita ada blog, leceh..takleh nak buat sesi luahan perasaan, tak leh nak mengutuk n mengumpat..hehehe

zeta said...

smbl baca smbl telan liur..smbl baca smbl telan liur..haishh..kurg sket pahala posa sy..:p
org jakun nasi beriyani la katakn..jarang sgt mkn nasi beriyani..
Sy ni lg kedekut..kwn2 yg kenal sy pon xbrapa tau yg sy ada blog..lg la sedara..hehehe
Kak..kalau2 la nk private kn blog ni..jgn lupa sy jugak tau..hehe..

SJB aka SUELYN J-B. said...

Wah makin famous yer :D.

when the night light is off said...

Please include me in your private list.

Apa your kaum-kerabat nak kata, biarkan mereka kata. Kalau U privatekan pun mereka tetap berkata-kata.

Mia's Mom said...

Salam LG :-D

Ramadhan Mubarak! Kat sini pun masjid tak bersatu jugak. Ada masjid yang start semalam (macam kami) dan ada yang start hari ni. Since it is summer here, our imsa' is at 1.54 in the morning and berbuka at 9.04 malam - about 20 hours gitu! Nasib baik it is quite cold yesterday - taklah rasa lapar atau dahaga sangat cuma letih aje! Kat Perth macam mana ya?

Zaitun said...

Selalu kalau makan nasi beriani mesti dengan ayam atau daging sesekali tukar dengan sambal telur tentu sedap lain dari yang biasa.

ICAZIESYIRA said...

selamat berpuasa. :D

Yours Truly said...

Selamat berpuasa lemongrass sekeluarga! Your nasi briyani mengancam!

lemongrass said...

Dinas,
Kalau blog ni jadi 18SX, Mak I yg awal2 pengsan, kahkahkah :-)

Kak Nor,
salam.
Sedara mara I yg tau pasal blog ni, setakat ni, ok lagi lah. Diaorang relax aje baca blog ni, tapi kalau belakang kita diaorang cakap, tak tau lah kan, hehehe...
Susah jugak kan Kak Nor kalau kena sindir ni, terus jadi mcm tak best aje kan :-(

Aida,
Nasi biryani ni pakai paste instant aje, malas I nak godek segala mcm rempah ratus semalam, hehehe.
My In Laws tu kan agaknya dah jadikan I tanggang kot sbb diaorang tak tanya langsung pasal I, hahaha

Aquahartz,
The meals in the wards, I rasa you tak kan tergoda punya lah kan sbb they definitely do not look nice :-). Tapi kalau kat cafe tu, lain lah kan, especially the smell of coffee :-).
Berapa lama you balik M'sia for Raya?

Kak Rose,
baru lah I tau yg kuih koci takde baju tu namanya badak berendam! hikhikhik....

KOG,
I tak boleh cerita pasal ibuku kat blog ni sbb ibuku baca blog ini. Kalau nak tulis bahasa Jerman kang, dgn2 I sekali tak paham, hahaha

Meriahceria,
setakat ni, sepupu sepapat yg tau pasal blog ni, ok aje sbb diaorang pun ada blog so tak boleh lah nak sindir2 blog I, hehehe...

Ros,
Nasib baik I kat sini so kalau sepupu sepapat, makcik pakcik semua tau pasal my blog, diaorang cuma boleh cakap2 belakang I aje lah, hehehe...

Ara,
I kan dah tak larat nak makan asik2 kari daging atau ayam aje. Tu yg buat sambal telur, barulah kena dgn tekak jawa I ni, hehehe
Psst..bulan lain pun tak boleh mengumpat you! :-P hahaha

Mamasyaza,
Nasib baik I duduk kat sini, jauh dr sanak sedara sekampung so kuranglah sikit yg nak di umpat and nak diluahkan perasaan, hehehe

lemongrass said...

Zeta,
I pun awal2 dulu, tak ramai sedara yg tau pasal blog ni. Tapi bila sorang dah tau, pastu terus ramai lah yg tau kan :-D.
I ni jarang masak nasi biryani, tapi semalam terasa nak makan pulaknya :-)

SJB,
it's hard to be famous, hahahahaha ;-P

Melatie,
so far, my kaum kerabat ok aje dgn blog ni but tak tau lah kan in the future. Tu yg my blog ni jarang ada sessi meluah perasaan, hahaha

Mia's Mom,
Salam Ramadhan al mubarak tu you n family.
The boys puasa tak kat sana? Kesian diaorang kan sbb such a long puasa fr 2am-9pm! Adults pun tak tahan, lagilah kids kan.
Alhamdulillah, puasa kat sini tak lama mcm tu, less than 12 hours.

Kak Zai,
memang kan, I pun dah rasa tak larat nak makan kari daging or ayam semalam. Tu yg tukar ke sambal telur. Jadi sedap pulaknya, hehee

Ica,
Baru hari ni mula puasa kat sini but I still tak puasa lagi sbb tak boleh, tension I, hehehe

Eenza,
Nasi biryani menyambut puasa, hehehe

Diary Kayangan said...

selamat menjalani ibadah puasa akak, dari nana and other half yg sibuk send regards kat miss6.. mentel betul hubby i tu.. haha.

dear, apa kata pm nana address akak, nana poskan sambal pecal dari melb, local courier of course cheaper kan instead of get it posted all the way from malaysia..hehe. anyway, sambal pecal my ummi buat sendiri. bolehlah buat akak rasa2 kat tekak tu. ingatan dari orang jawa :)

lemongrass said...

Nana,
Thanks so much ye for the thoughts re. sambal pecal tu. Why not, instead of you post, you dtg sekali sini, lagi lah best. Boleh you buat pecal utk I sekali, hehehe.....

Diary Kayangan said...

haha.. aiyoh. itu kena arrange some other time sebab hubby i kompom muncung kalau kerumah akak without him sebab dia sesangat2lah nak jumpa bakal anak menantu tak jadi dia tu, hehehe..
akak send kat farhana.sairuji@yahoo.com ye.. insyaAllah next week pecal kasih syg tu sampai ok. mana tau in future nana pulak teringin nak makan macam2 boleh i datang rumah chef hebat ni kan :)