Friday 27 August 2010

Sila percaya mata anda :-)

Malam ni entry emo sikit. I kan dah lama makan hati sebenarnya. Mentang2 lah musim durian kat M’sia sekarang ni ye, kalau I jalan2 gi mana2 blog, mesti tayang gambar tengah makan durian lah, gambar tengah kopek durian lah, gambar tengah beli durian kat gerai tepi jalan lah, gambar bubur kacang letak durian lah, gambar lauk pauk letak tempoyak lah, gambar roti jala makan dengan serawa durian lah. Tapi gambar tengah demam sebab bahana banyak sangat makan durian and gambar kaki luka terpijak kulit durian, tak nak pulak you all tunjuk ye! Muahahahahaha…..

Nyampahsssss I tau! .

You all ingat, cuma bloggers kat M’sia aje ke yang boleh tayang durian berlonggok longgok kat blogs tu?

Blogger kat Perth pun boleh jugak tayang gambar durian ni, jangan jeles tau! :-P

26082010016

See, I no lie one! Betul apa mah!

You all teka lah, kat mana agaknya I ambik gambar ni. (Ni kira gambar ala2 Mission Impossible lah sbb tak nak bagi orang kedai tu nampak. Tak pasal2 I kena halau keluar kedai, hehehe. Tu yg gambar pun blurry semacam sbb ambik guna handphone murahan I aje).

Torkojut I semalam masa pergi grocery shopping,masuk aje kat entrance kedai tu, terus nampak buah durian 1 longgok. Confused sekejap I sebab kena fikir whether I kat Perth or tengah mimpi kat M’sia, hikhikhik. Tapi kan, sebab durian ni from frozen stock, memang takde bau durian langsung. Kalau berbau lah, mau pengsan Mat n Minah Saleh yang bershopping kat situ semalam, hahahaha….

The Other Half bila nampak gambar ni, terus cakap, “It looks like the durian costs $697/kg because you can’t see the dot.” Hehehe. Takde lah dia jual longgok macam tu Cik Abang weh kalau rege dia $697/kg, mau ada 2-3 orang pak guards jaga durian dari kena curi, hahahaha :-D. Harga dia cuma $6.97 aje per kilogram. Tapi I tak beli pun sebab tak kuasa I nak bawak masuk basket I semalam.

The Then Other Half said, “I want durian for Raya.” Ish! Nampak sgt Mat Saleh nya. Orang lain makan rendang, ketupat, lodeh, sate and biskut Raya masa Raya, dia nak makan durian masa Raya. Memang tak ngam betul lah suggestion dia tu.

Speaking of Raya, I ingat nak buat rumah terbuka Hari Raya ke 2 nanti. Tapi instead of masak lauk pauk Raya, I akan buat theme ‘food that I cooked to empty out the fridge and the freezer and the pantry before the move’ open house. You all  rasa rasa kan, ada tak orang nak datang kalau I buat theme macam tu? hehehehehe……

32 comments:

nur said...

salam...sy tak suka durian tapi suka LEMPUK....sedap..

kucingorengemok said...

laaa, dah ada tu eksyen pulak tak nak beli, nanti balik rumah terkenang2 sampai demam... ;)

PatinPasta said...

LG,

Hahaha! Dapat bayangkan level menyampah dan terkejut LG bila tengok durians kat blogs and di depan mata.

Isk.. naper tak rembat sebijik dua ke? Cepat LG, takut nanti abes stok, gundah gulana kang. :D

lemongrass said...

Nur,
we all pun suka lempuk. Kat sini senang lah jugak dpt lempuk ni, improted fr M'sia n Siam :-)

KOG,
muahahahaha. Saje je eksyen semalam konon2 jadi Mat Saleh, tak berkenan langsung kat durian tu :-P

lemongrass said...

Aida,
I ingat nak beli jugak tp terbayang yg I kiranya cuma beli kulit durian aje yg berat2 tu, so baik I beli durian flesh aje kat kedai cina, hehehehe....

Cikmin said...

ai pun terkejut nampak entri ni...dalam hati cakap...LG balik mesia ke?hiks.. :P

Deliah's Deli said...

salam min...nyampahsssss I tau-bt open house cm gitu :))

lemongrass said...

CikMin,
I pun terconfused semalam, ingat tetiba aje dah balik M'sia bila nampak durian longgok mcm tu,hehee

Deliah,
hikhikhik...orang buat open house, kita pun nak buat, tp sebab nak mengempty kan fridge n freezer, hahaha...

blu4sky said...

mak aii besar gedabaknye durian tu..
LG..tak menyesal ke tak beli durian..kang semua kena borong...

hana said...

Hakakkkkk.....nih yg jeles nehh!! Tp nyapo kok ora di tuku??! Blikan kite jerk la kak! Kat sini pong mahal nk mampuih sebijik. Tp dah dua taun tunggu kok xde timbul2 lg durian atos kuwi! Huh!

an15 said...

kat Kongs pun ada, isi saje tp cam keras kematu je. I nampak ada frozen puteri ayu kat situ gak, around 6 dollar per pack...

Nur Ede said...

Salam min..

Alahai... special nyer... durian kat sana siap letak dlm karung comel lagi... mesti sedap kan..

Rina said...

LG, org pn takut nk curi durian berduri tu... mana nk gi selit? lols!

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh Kak LG,
Heee....kira orait lah tu, naaak jugak makan durian...ada org melayu kita....tak makan langsung....!!!

Satu lagi pasai cekodok yang tak der botox tu..hee....lagi kedut lagi kecut lagi sooooooodap jemput2nye....

Cam kita jugak la...lagi berusia....lagi valuable..

Yati Harvey said...

LG,
I ingat since dah lama i menghilang, I just bacalah tapi bila you kata nak buat majlis raya menghabiskan stok pantry, torkojut bosar den...hampir2 jatuh kerusi dahlah tgh melepek ni...
Astaga! I syorkan you pegi makan durian...sebelum virus emo melarat wakaka...selamat berbuka...

A~ said...

aloha kak :D
boleh i teka durian tu kat mana tak? sure kat woolworth/ safeway tak pon kat coles. betul tak?
tu la, nyampah jugak kan org2 kat sana tu tayang2 durian, while we all takbleh nak melantak sesuka hati di sini.
anyways, i think ur hubby mintak durian while raya is valid apa. ahahhaha. u ingat tak kalau balik kampung time raya if musim durian, selepas makan juadah raya, org akan serve durian sebagai pencuci mulut. hehehhee. its like.. "budak-budak, mari kerumun durian ni" hahaha.
u buat open house raya ke-2 ye? i balik kampung la masa tu.. di tepeng! yaaaaayyyy!!
ptg ni insyaAllah gi berbuka puasa di rumah ttm. apa je la dia masak nanti ye.. tak sabar!!

cheers, take care :) selamat berbuka puasa.

[z@ck] said...

sis bt theme apa pun org akan dtg..sebab mesti sedap punya..tgk deco pun dah dapat agak =)

Unknown said...

LG...jgn heran la skrg durian dah popular tau, tak main musim2....anytime ada kat mana2.
Toksah kat luar negeri, kita kat Malaysia ni pun setahun sekali merasa durian...tak larat nak makan selalu (hehe berlagak ni..mentang2 bnyk)

ain said...

aittt...nape min tak beli..??kang kempunan nanti!!!

psst..jgn ada yg sakit perut pas balik dr ur open house, udah le.hihi

Anonymous said...

haha, one city less to escape durians...i love lempuk durian daun upeh though

Farra Dhelina said...

1st paragrph tu..byk nya pktaan "lah" hehehe..

ada jugak ye durian kat sana..

Diary Kayangan said...

ah ah ahhahahhahaha.. ingatkan pasal apalah akak makan hati tadi, la haiii, pasal durian rupanya. hmm, actually 2 days ago i was thinking to tanam durian kat nz ni, agak2 boleh hidup tak sis.. bukan ke tanahnya subur, i ingat nak trylah tanam, who knows boleh tumbuh subur macam kiwi and strawberry tu kan. tanam kat laman rumah je ke.. :)

Rusniza Mohd Nor said...

haha kalau akak jemput ngan menu camtu saya sudi nak dtg tapi apakan daya raya ke 2 tu dah terbang balik Mesia so adalah reason yang munasabah kalau tak dpt dtg bukan tak sudi hehe..takut r nak beli durian sini takut nnt rasa dia tak besh...

Sriyana said...

napa tk beli je LG. sure malam tak leh tidur nanti mimpi nak durian..hihi

Unknown said...

LG... kami shopping kat Mirrabooka Sq. Once I found the durian there. Dia orang jual around 5 dollars/kg. Tak apalah. Next year I balik ke Malaysia, I redah ajelah kebun my grandfather. FOC je. Ha ha ha. Anyway, you still Malaysian ke dah jadi Aussie? Tahun depan election tak balik? I nak mintak subsidi kerajaanlah, bayar tiket kapal terbang kalau nak my vote. Ha ha ha... sabor aje aku.

lemongrass said...

Blu4sky,
I suka beli yg frozen and isi dia aje tu sbb dah gerenti sedap. Yang ni, tak boleh nak tengok isi dalamnya so sure nyesal klu balik rumah and tengok keras dengkung aje :-)

Hana,
Kat jepun takde tanam duren ke? Nasib baik lah kat Perth ni dekat gak dgn Siam, tu yg banyak2 boleh import :-)

Anis,
yg frozen isi aje tu, we all pernah try, memang sedap giler, manis and creamy. Tapi kena letak luar dulu lah before makan, kalau tak, patah gigi, hehehe

Nur,
Salam. I tak pernah beli durian sebiji2 kat sini ni sbb tak boleh nak tengok isi dlm macam mana, hehe

Ratu,
muahahahaha... betul juagk tu kan. Kalau berani selit dlm seluar, memang lah saje cari bala, hahahah

Ayu,
Waalaikumsalam.
Hubby I memang minat durian ni, sama banyak makan dgn I :-).
Orang perempuan pun kalau makin tua, makin berharga jugak ke? hikhikhik...

Kak Yati,
How's life up there in the US? Kalau I buat party nak habiskan stock pantry tu kan, boleh I buat macam2 guna all the pasta and pasta sauces, all the canned beans, all the canned tuna, hahahaha

Aquahartz,
Betul betul betul, hehehe. I jumpa kat Woolies :-). Kat Melbourne Woolies ada tak durian longgok ni? hehehe...
Weh, mentang2 lah Raya kali ni masih lagi dlm musim durian, you pun nak beraya dgn durian lah ye :-P.
Psst... TTM sure masak sedap2 tu! jeles I :-)

Zack,
kalau lah you kat Perth, dah lama you menyinggah kan :-)

Zana,
Kalau kat M'sia tu, memang sentiasa boleh cari durian kan sepanjang tahun, cuma ada banyak or sikit stock aje lah. Kalau kat sini, boleh dpt sepanjang tahun jugak, tapi yg frozen lah, hehehe

Kak Ain,
I masih belum nak makan durian sgt2 ni. Nanti klu dah rasa nak makan sgt2, baru beli yg frozen nya :-).
Gerenti tak sakit perut nya lah, hehehe

lemongrass said...

Noir,
Still ada lagi ke orang jual lempuk durian the old fashion way? We've go tlempuk here as well but wrapped in plastic direct from the factory :-( but beggars can't be choosers hey, hehehe

Farrah,
Orang M'sia kan so kena lah ada banyak lah, hahaha :-P

Nana,
kalau tanam durian kat Invercargill tu, memang gerenti tak hidup. I rasa, tanam apa pun tak hidup kat tempat sejuk tu, hikhikhik ;-). You kena pergi North Island kot baru boleh tanam durian :-)

Rus,
Ciss, mentang2 lah dia balik M'sia utk Raya, hehehe. Takpe, Raya kat sebulan, boleh lah you dtg rumah baru I :-)

Mommy Lily,
Mals nak beli sbb tak boleh tengok isi dalam nya. Kalau dpt yg tak sedap, rugi aje nanti :-(

Elee,
Macam tu, tunggu aje lah next year kan to get that FOC durian galore. Kalau I jadi you pun, I akan bertapa kat dusun aje, hahaha.
I still M'sian tp tak vote :-)

Diary Kayangan said...

betullah tu sis, thats why nyamuk and serangga2 pun tak boleh survive sebab sejuk sangat. akak tak tengok lagi nana kalau wudhu' nak solat, menggelejat2 kesejukan..haha.

hmm, kalau nak tanam kat north island tak boleh kat wellington, mau tercabut pokok tu ditiup angin.. hari2 dah macam ribut dah. buat risau je, rasa macam nak kiamat pun ada tapi ok jugak, nana ni kadang2 isya' terlebur sebab tertidur, so bila angin kuat cam ribut ni, memang takutlah nak tinggal..dibuatnya tengah tidur ribut ke kiamat ke.. adoiyai.. hehe..

ok dear, anyway.. invercagill and bluff part2 sudah ready untuk ditengok.. punyalah lembab nana ni nak menge'post' entry tu. sejuk2 jadi malas pulak.. (hehe, padahal tak sejuk pun memang pemalas..)

A~ said...
This comment has been removed by the author.
A~ said...

sedap la ttm masak. i buat 3 kuihs: kuih lapis u tu, buah melaka & donat masterchef yg huduh belaka. hahhaha. ttm kata lawan tokey. kakaakkakakakka.

ha'ah kat sini durian ada kat woolies/safeway, kadang2 kat coles. yg murah sket kat pasar cina/ pasar vietnam, queen vic mart.
yippieee i balik still musim durian. tapi i tak brapa boleh makan durian coz badan panas/demam/ gastrooesophageal reflux. i tak sabar makan manggis/rambutan dan lain2. coz diorang ni musim sama kan.

lemongrass said...

Nana,
Samalah kita bila tang nak berwudhu' tu. Rasa nak pasang heater aje dlm bathroom tu kan :-).
Thanks ye for the photos of Invercargill n Bluff tu!

Aquahartz,
Muahaha...sampai 3 kuih you buat, patutlah TTM kata you lawan tokey!
Mu hubby suka sgt2 manggis tu, kalau balik M'sia, memang akan cari manggis. Pulun lah ye you melantak buah masa Raya nanti :-).

hannahghazni said...

wah! banyak gileerrr durian! ni mesti lah kat wooliess kann. kat newcastle ade gak jual durian beberape kali setahun. tapi sekali die letak 2 biji je maksimum. heheee. tade lah berlonggok macam tu. mungkin die tahu kat newcastle tak ramai perot melayu.

ha pehtu durian newcastle murah siket. 5 dollar something sekilo. durian thailand kan? dah letak awet tu pasal tak berbau dok.

kadang2 kalau teringin kempunan sangat beli le jugeeekk, walaupun hargenye mencecah rm40 sebijik. huhuhu~~~

ornag malaysia, hargailah duriann! :)