Thursday, 21 April 2011

Cerita bergambar :-)

Kalau kat M’sia, when your kids turn 12, sure sibuk nak pergi buat IC kan. Kalau duduk overseas and your kid is still a M’sia citizen, still kena buat IC jugak but Mak Pak selalu terlupa nak buat at that time, hehehe.

With Miss 12, since she is still a M’sian citizen, memang kena buat IC jugak lah. We thought of going back to M’sia during this April school holidays semata2 nak buat her IC tapi tickets AirAsia takde yg murah2 pulak nya.Tickets MAS memang jangan harap nak murah at this time Smile. We ended up booking AirAsia untuk balik towards the end of this year. So, memang akan kena denda lah sebab buat IC lambat kan but I would rather kena denda dari kena bayar ticket mahal2, hikhikhik….

But kalau buat IC pun nanti, we all still kena guna alamat rumah Nenek and Atuk since mana we all ada alamat tetap kat M’sia kan. Tanah ada lah (hadiah dari Nenek and Atuk) but rumah takde, hahahaha.

Semalam, sempena birthday dia, we all tak buat apa2 pun except going out for dinner malam tadi. She doesn’t mind sebab she’s having a dinner+movie party with her girlfriends esok ni. But instead of going to the movie, we are doing it at home aje. We are going to ‘convert’ the lounge into a cinema-ish area. Orang lain ada bilik khas untuk home theatre, we all ada lounge room aje, hehehehe. And Miss 7 dah volunteer nak jadi the theatre usherette, hikhikhik.

She invited 5 of her friends aje but tak tau berapa ramai yg boleh datang sebab it’s the school holidays and also the long Easter break so ramai yang dah buat plan jalan2 balik kampung Winking smile. I cuma akan buat pizza aje pun untuk dinner for everyone (including all the junk foods associated with party and movies), senang nak buat and gerenti dimakan!

Malam ni Mak Pak kena makan salad aje lah sebab malam tadi dah bantai all fried food and chips and esok nak bantai junk food and pizza, hehehehe.

Layan ye some photos of us (minus the food!) that we took last night.

DSCF8252

The birthday girl aka anakcinadarimanaentah, heeeeee…..

DSCF8255

3 orang minah, sorang minah jawamari, sorang minah cinamari, sorang lagi minah campur2arabmarijawamariozmari. Open-mouthed smile.

DSCF8256

2 orang minah dengan 1 orang mamat ensem ala2 bruce willis, muahahaha….

DSCF8258

1 orang minah jawamari berkepit dengan mamat bruce willis. Mamat bruce willis tu kata kat minah jawamari tu, “nasib baik you dah kurus sekarang so bolehlah duduk atas riba I tanpa peha I rasa kebas.” Yang terus diikuti dengan minah jawamari mengelbow mamat ala2 bruce willis itu dan berkata, “nasib baik YOU yang dah kurus so bolehlah kita berdua duduk sama2 atas kerusi kayu ni tanpa patah!

Gambar food tak ambik sebab minah jawamari dah kelaparan dan mamat hensem ala2 bruce willis tak kuasa nak tolong ambikkan gambar, hahahaha.

49 comments:

Netnet said...

sweet laaa satu family ada mcm2 jenis muka lorrr... satu jawamari, satu matsallehmari..

blu4sky said...

hahahhaa...bab kutuk mengutuk membawa bahagia..hihih...

LG, takle register / get temporary IC kat kedutaan Malaysia kat sana ke..kot lerr boleh takde lah kena denda bila buat IC betul hujung tahun nanti..

Yan said...

hee.. best nya.. akak lak senyum2 kambing ni. turut bahagia.. INSYALLAH hingga hujung nyawa ye.

MULAN said...

happy belated birthyday miss 12...

so comel... wish u happiness, great health & success forever..

cikBunga said...

slim betui loving cuple ni yek...jeles nenguk betapa slimnya korang....
hepi besday buat miss 12 dah jadi anak dara tau....

melin melinda said...

I baru ingat nak pi Perth this Nov jugak and nak visit you. Harap2 dapat berjumpa lah.

nur easy said...

sweet.. happy family ;)

Xana Razak said...

kak
rasenyer semalam dlm berita Jab. Pendaftaran kata dah boleh apply ic online...cuba akak try tgk kat site diorang

Cik Cempaka said...

famili yang sudah kurus murus.. =)

jelez

amirah said...

hihihi kelaka la mamat bruce willis dgn minah jawamari ni..suka2..

lemongrass said...

Net,
tu yg bila we all jalan sama2, semua ingat blended marriage with anak2 angkat, hahaha.

Blu4sky,
kutuk mengutuk disertai dgn senyuman, hikhikhik...
I tak tau pulak IC boleh buat ke tak, I tau passport boleh buat kat sini.

Kak Yan,
amin ya rabbal al amin....

Mulan,
thank you for the wish :-)

CikBunga,
tu yg hubby I skrg amat2 lah suka nak bergambar sbb dah dpt 'new' body :-).

Melin,
InsyaAllah we all ada kat Perth in November :-).

Nur easy,
thank you :-)

Xana,
thanks ye for the info. Best lah mcm tu kalau boleh apply online. Jimat tickets, hehehe.

Cik Cempaka,
Skrg nak concentrate on Miss 7 pulak sbb perut dia chubby lagi :-)

lemongrass said...

Amirah,
Mamat bruce willis tu perasan dia sorang yg kurus, hahaha

K.Nor said...

hihihihi.. gelak abis k.nor baca dialog2 atas tu.. hihi.. mmg slim benor BW skrg ni ya.. tp kalau dah slim sgt tak nampak mana dah ruma seiras BW tu.. hahhaa

berbeza betul rupa 3 minahs tu ya :)

b a m b a m ' s said...

alololo.. sweetnya kak LG.. hehehe

Zaitun said...

Happy belated birthday buat Alya semoga menjadi anak yang membahagiakan ibubapa dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Gurau senda membawa bahagia.

Sizuka said...

hahahhaa.. k.min .. k.min.. sakit perut i gelak baca script u kat perenggan ke 2 akhir tu.

movie at home? bagus gak idea tu. i nak suggest kat iman la next week. she said she wants to celebrate kat kafa and sek kebangsaan. which means, i kena buat dalam 100 bijik cuppies. what?? tak kuasa nak melayan. satu sekolah cukup! nampak sangat mak dia pemalas.

Z-ni said...

Hi LG.. m just a silent reader all this while tapi hari ni terpanggil plak nak share some info. It's true that u boleh apply IC online je sekarang... ada dlm news today. Diorang process within 24 hours n boleh mintak wakil je pergi collect. U just go to JPN nye website ye!

Hv a nice day and happy belated 12th birthday to Miss 12!

zombiedaddy said...

Eh diktator despot, tell Matt that he's looking really awesome in the pics. Gua tabik spring sama lu. Bruce willis pun kalah la hahaha.

KayNisa said...

kak, series sweet sgt.. hihi

Kak Ezza@makcik blogger said...

rasa nya miss 12 ni ada senyuman HB you laa,so fusion lah anak dara you ni...

NoRa said...

so sweets la..wow kurus la ur hubby...

lemongrass said...

Kak Nor,
Lepas ni kan I nak suruh BW celup to build up muscles. Makin lah teruk perasan dia nanti, adeh... hehehe..
Adik beradik 2 orang tu memang takde rupa adik beradik kan :-)

Bambam,
sape yg sweet? I ke? Uish, bestnya ada orang kata I sweet, hehehe

Kak Zai,
Kalau takde gurau senda, senyap sunyi aje tak best jugak kan :-).
Terima kasih for the doa, amin....

Shidah,
Jangan ikut perangai I yg malas ini, cuma buat cupcakes 12 aje tuk bagi kawan2, hehehe.
Jadi lah ibu yg mithali, turut kehendak Iman buat cuppies jamu 100 orang, hikhikhik...

Z-ni,
Hi. Thanks for reading my blog. I tadi baca jugak that JPN news tp dia cuma kata utk renew old ic to MyKad, renew lost ic and renew damaged ic aje boleh online. dia tak cakap pulak klu first time buat ic boleh buat online ke tak. I try pergi their website, memang crash manjang, hehehe.

Weh Bro,
Matt kata dia dr dulu sampai skrg memang maintain awesome apa! hahaha. Tapi memang cekal betul lah that guy, losing 25% of his body weight in 4 months kan :-).

Kaynisa,
I memang dah awal2 sweet, hehehe ;-). Nasib baik the girls ikut rupa jawa kan so tu yg sweet, hahaha.

Kak Ezza,
Senyum mcm hubby tp mata sepet sgt2 mcm chinese kan! :-)

Nora,
He's lost 25% of his weight, memang sgt2 kurus skrg ni. Seronok sgt2 dia :-)

wati said...

LG cuba u bukak website JPN..i ada terbaca ic boleh buat online...kalau i tak silap lah ye...

[z@ck] said...

ha'ah laaa..ada ala2 bruce willis laaaa =P

sarasofia said...

Mak pak bday girl makin hottt.. Since dh kurus ni.. Wah wah wah.. Both of u makin bgaya.. Serius..

afid said...

macam2 ada...hihihi
Suka la 'mengelbow'. kelakar perkataan tu.

PUTUBAMBU said...

happy birthday to Ms. 12..! be a good girl okay..!

gambar you all bertiga fomfuan tu kan..mmg lain2 rupa..international sungguh..

eh, betullah..your other half ada rupa bruce willis sikit2.. bruce willis version kurus..kehkeh..

Rinah said...

suka pic paling last tue. sweet je :)

♥♥ EmmA ♥♥ said...

Nak balik m'sia ke..hehe
Suke baca entri akak LG.
^_^

lemongrass said...

wati,
website JPN tiba2 aje dlm 'penyelenggaraasn' tak boleh bukak the site I want, wahkahkahkah.....

Zack,
Lepas ni dia kena pakai sunglasses aje lah ye sbb tak nak kena kejar dgn fans, hahaha

Sarasofia,
Hubby I lah yg skrg ni terlebih2 bergaya asik nak pakai tshirt ketat2 aje, hikhikhik....

Afid,
Kalau guna menyiku nampak mcm polite aje so tu yg guna mengelbow, hahaha

Kak Putu,
thanks for the wish.
Rupa we all ber 3 memang lain2 so kalau jalan sama2, susah orang nak tau anak beranak ke bukan ;-)

Rinah,
thanks :-)

Emma,
Lama lagi nak balik, hehehe

Dinas Aldi said...

memang masih lagi macam muka Susan Lankester si Alya tu :)

Lee said...

Hi, been a silent reader for a while and always enjoy your family updates :)

btw, tot u might find this helpful...apparently u can apply for IC online nowadays.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/21/nation/8528328&sec=nation

Nazirah said...

Miss 12 looks like my friends doter, Ashley. Ashley campuran cinamatsalleh.. duduk pun kat Oz.. :)

Nazirah said...

Ops..it's Ashlea actually..staying in Perth too.. boleh jadi adik beradik dgn Miss 12 kalau duduk sebelah..

lemongrass said...

Dinas,
Hahaha...eh Mak susan lancaster tu Jawa kan? hikhikhik ;-P

Uncle Lee,
Thanks for dropping by and enjoying my ramblings :-).
I did read that news re applying ic online and when I went to the website, it only says for people reapplying for damaged or stolen or changing to the new style MyKad :-(.

Nazirah,
Is Ashlea's Mum chinese and the Dad Mat Saleh? Because we went to our friend's house once for a party and we met this girl who looks exactly like Miss 12 :-). Tak silap I, I did put their photo together in this blog, hehehe.

lemongrass said...

Nazirah,
I've found the entry of the girl and Miss 12. this is the link http://salam2benua.blogspot.com/2009/11/separated-at-birth.html

DeLLa said...

happy family..so sweet..my husband pun jawamari...perasan mcm maher zain..haha..(tang kepala je)

K.zoe said...

one of the best family ever. i am happy to see all those happiness. semuya gambar mesti senyum jer... :) what a blissful family. :)

lemongrass said...

Della,
Muahahaha...mcm mana jawamari boleh perasan ala2 maher zain ye? ;-)

Zoe,
Dalam gambar mesti senyum but our family is like every other family still has their ups and downs. Cuma tak tunjuk aje, hehehe

All Along the Way... said...

LG
U ni lawak tul la..jenuh gelak baca your entry..seronok tgk family bahagia u..

Rima said...

Hehehe lovely photos.. happy bday to ms 12.. she betul betul cinamari heheh

Wahidah said...

ne baru btol mix family..mcm2 ade...

apepun suke tgk one happy family berkumpul gini...

happy belated bufday to ur eldest..:)

lemongrass said...

All along the way,
sekali sekala melawak, hehehe.

Rima,
Memang sgt2 cinamari! Everyone here mesti assume Mak dia chinese, hikhikhik....

Wahidah,
1 big melting pot, hahahaha. Memang kuasa Allah hebat kan, walaupun anak beranak and adik beradik tapi semua rupa lain2 :-).

Ara said...

kak min, ara dah terbiasa dengan gambar2 hubby kak min yang dulu...

bila tgk gambar latest, mcm janggal pulak...hehehhe

Nazirah said...

LG, I dah pergi kat link yg u bg.. girl tu pun memang iras Ashlea.. but Ash is 2 years older than Miss 12.. Mom Chinese and Mat Salleh juga.. Boleh lah diorang bertiga buat club wajah seiras..hehe

blackcardomompods said...

Lg,dh lama x put a comment walaupun selalu dtg.terkejut gile tgk the other half dh look like 10 yrs younger da!!!dan lg pun look like teen daaa.mg berkesanlh diet korang.tabik!!

Nasib the other half duk aussie,if duk msia abisla kena kejar org.hihi.

Happy 12th birthday !dh jd anak dara da

My MAA said...

mmg selimmmm gilerrrr toh....K'min which restaurant is this? how's the food?

My MAA said...

ehhhhee....i perasaan one comment that ada sorang tu kan nak dtg visit u this nov yea....nnt i kena jd tourist guide dia la tuuuuu..

lemongrass said...

Blackcardamompods,
I think so too yg hubby I nampak sgt2 muda skrg ni bila dah lost all the weight, hehehe. Kalau jalan dgn anak dia in a few years time, mcm jalan dgn mistress aje lah kan, hahahaha.

Maz,
we all pergi Fast Eddys. seafood platter dia mcm seafood platter kat tempat lain aje for us, hehehe.