I told you that it’s going to be hot today and it was! It got up to 37°C, jangan tak tau. Dah lah panas, pastu kering pulak tu so memang perit mencucuk2 rasa kulit bila kena keluar ambik The Little Misses tadi. All my plants tadi pun semua nampak layu keletihan aje walaupun they’ve already had a good dose of water pagi tadi from the sprinkler. My Mak jemur kerecek (kuih jawa buat dr beras pulut) dari pagi sampai petang, memang dah kering sangat2. Abah I kata, tak pernah dia dengar orang jemur kerecek 1 hari dah kering, hikhikhik. Dia kata best lah kalau buat bisnes kerecek masa Summer kat Perth sebab tak payah susah payah berhari2 tunggu kering, baru boleh jual. Satu hari aje dah boleh jual, wehehehe.
Tapi, rasanya anak dia ni memang tak kan bukak bisnes kerecek lah in the near future, hikhikhik.
Ingat tak nak keluar langsung hari ni but I kan kerja jadi supir aje so bila Mem besar berhajat nak bershopping, mak supir kenalah turutkan. Nasib baik Mem besar jenis yang suka shopping pagi2 morning, so tak lah panas sangat ronda2 cari barang tadi, hehehe.
Sambil keluar bershopping, sambil tu I ajak dia singgah the butcher’s shop sebab I nak beli paru2 lembu. I dah lama teringin nak makan paru goreng. Selalunya I makan bila balik M’sia sebab I tak tau nak prepare and masak paru ni. So, tadi I beli sekilo and nak suruh my Mak tolong masakkan and then marinate, pastu boleh I freeze them for future use anytime I rasa teringin nak makan paru goreng kan . Terer tak I menggunakan my Mak? hikhikhik
And as usual, bila panas2 ni, memang malas nak masak yang berat2 (but my parents still lah kena masakkan nasi kan ). I masak roast chicken untuk buat thai roast chicken salad. And then I masak roast potato for The Little Misses and for our side dish. My parents makan the salad with nasi so tak lah rasa lapar sangat kan. My Mak kata sedap jugak makan salad Thai ni dengan nasi macam tu aje, hehehe.
Thai roast chicken salad. I guna dressing from this recipe. I guna sebijik aje chili, Abah I kata tak pedas langsung! hehehehe.
Ini dari dekat. Nampak lagi yummy kan! .
Talking about something else now…
We’ve had this 1 plant for around 4 years now. Dari cuma sebesar 1 pot kecik tu aje sampai lah sekarang.
Now, this plant looks like this!
I dah lupa nama plant ni apa. We now call it Cousin It from the Addams Family sebab ‘rambut’ dia yang berjurai sampai ke tanah tu . I pun dah lupa macam mana rupa the pot sebab the whole plant dah surround it fully. It’s been gorgeously flowering for the past week. Cantik sangat we all rasa with it’s purplish pink flowers.
Ini rupa bunga dia dari dekat.
Anyone knows the correct name for it?
35 comments:
panas ker kat perth? kat malaysia ni esp kat utara; penang, kedah, perlis, kelantan asik hujan jer dah berhari2.. sampai dah banjir pon kat sini :(
Fulamak sangat kagum dengan overflowing plant u tu!!! Selain kagum, nak tergelak pun ada tengok dia. Macam mana angkat masa pindah haritu ah?
bagus anak mak! hihi
wowwwww!! tu la word yg terkeluar dr mulut k.nor bila tengok bunga tu.. amazing betul!! cantik !!
Raino,
hari ni memang panas sgt2 padahal belum Summer lagi! But hopefully esok hujan as predicted, bolehlah sejuk sikit :-)
Dinas,
Masa pindah haritu I trimmed 'rambut' dia so orang tak terpijak2 masa mengangkat, hehehe.
Kak Nor,
cantik kan! Memang rasa mcm nak belai2 aje 'rambut' pokok bunga tu, hehehe
memang bijak anak mak nie..hehehe. Sama lah Jamie pun kalau masak yg leceh2 nie mesti tunggu balik kg dulu suruh mak tolong masakkan.
Panas ye kat Perth, KL pun sama..panas terik..
mak akak tak balik lagi rupanya..ingatkan dah balik sekali dengan makcik baru2 ni..lama jugak ek dorang berjalan....bunga berjurai2 tu lawa la kak..tapi kalau boh kat umah jaja ni..rasanya penuh satu porch keta agaknya..
aloha LG, apakah itu kuih kerecek tu? bubuh gambar i nak tengok. sure sedap.
ur parents sure teruja tgk all the tanaman sayuran/herbs kat ur backyard. oh, same here i pon tak tau buat paru goreng or how to cook it.
oh ye, hari tu i beli artichoke tak masak2 lagi ni. i've never eaten or tried cooking artichoke in my whole life! blom khatam blaja dgn google cam mana nak masak/eat this. have u tried cooking artichokes at all? i teringin sangat.
sini sejuk gilaaaa LG!!! 10-15°c, slalunye around 12-13°c gitu. i siap pasang heater, kalau tak rasa cekik je nih. best aaaa kat perth terang benderang & ceria slalu!
LG > Alaaa.. tunjuklah pic orang yang pakar masak Paru Goreng tuu... sekali dengan orang makan cili sebiji kata tak pedas.. (memang la..)
Wow! bunga apa agaknya, lawo beb!
nak tengok kuih kerecek gak! bunga itu memang mantap, sebijik macam dalam addam's family! nasib baik takde pokok frankenstein :P
cantiknya bunga tu..kalau tambah 4 tahun lagi camana lah agaknya rupa pokok bunga tu..
Salam LG,
Bertuah badan mak dan bapak ada bersama. Memang kalau mak ada jangan lepas peluang, cakap aja nak makan apa nak masak apa sure punya dia buatkan.
Auntie suka jugak makan paru. Buat masak cili sedappp.Nak masak paru ni, mula-mula kena potong dulu, 2" x2" lebih kurang dan rebuskan. Lepas tu barulah kita potong nipis dan kecik2..kalau rajin, rebuskan sekali lagi, lepas tu barulah digoreng taruk le garam kunyit sebelum tu. Dah nampak garing, masukkan cili boh, bawang besar, air asam...tak pun potongkan tomato atau taruk saja sos tomato, taruk gula sikit....makan dengan nasi panas...aduii sedapnya.....
(pssttt...laaa, sape pulak yang nak kan resipi ni ha??? ) he!...he!...rasanya orang lain pun dah tahu masak paru ni...tapi tak pe le Auntie nak kasi kat LG....harap-harap Abang Mat Saleh you tak kepedasan! ;D
LG, dah sah2 lidah jawa...klu setakat 1 biji cili...mmg takde kick..hehehe...
jawa tetap lah cari nasi ye? hehe.
If I am not mistaken... Its called Pigface~ a type of succulent.. and the flowers will open up bila sun shine on it.. am I right?
Cheers ~ lisa
LG
Syoknya ada mem besar bole tidur bawah tiak dia, hehe..
Kerecek tu inang2 ke? Is it colorful?
kak....ayu pun mcm akak gak klu mak dtg umah ayu.ambik kesempatan masa dia ada utk srh dia prepare something yg ayu suka mkn tp tak reti nak buat.hehehe...
huhu...lawa seh 'rambut pjg mengurai dihiasi bunga'tu.akak pecahkan la pokok tu dlm pot2 lain then hang kat depan umah.cantik tau!!!
Salam LG, 'Cousin It from the Addams Family' tu sangat cantik. U tanam dalam pasu tinggi ker? Tak pernah lagi jumpa pokok spesis ni :)
Salam, Sukanya tengok bunga tu, mesti tak boleh hidup kat m'sia ni..
mcm pokok janggut versi giant. hehe.
Jamie,
hehehe, macam biasa lah kan. Bila lagi nak 'mintak2' ni :-).
Jaja,
Mak Abah I masih kat sini lagi, 2 minggu lagi baru balik :-). Pokok bunga tu memang besar, lagi besar pot, lagi nesar dia hidup, hehehe.
=),
Kuih kerecek tu bahasa jawa, kalau melayu di panggil inang2, hehehe. My parents memang seronok tengok bunga2 n pokok2 n the vege garden but sayangnya they come here too early, masih tgh nak membesar, hehehe.
I pun tak pernah makan artichoke or cook artichoke before. Tapi bila tengok cooking show, rasa mcm nak try aje but sampai skrng still 'takut' nak makan, hikhikhik.
I lagi suka sejuk dr panas 37 ni sbb boleh pakai so many layers of clothing. Klu panas, I tak tergamak pulak nak pakai singlet aje bila keluar, wakakaka.
Kak Azie,
Nanti I tayang gambar diaorang dgn the girls :-).
Sooyaree,
kerecek we all midget nya size, tu yg malu sikit nak tayang, hehehe. The malay name is inang2 or rengginang.
Pinatbate,
agaknya klu 4 tahun lagi, mau tertutup semua lantai kat luar tu ;-).
Auntie Yan,
Salam. Tak salah bagi resipi, manalah tau kan ada orang yg terbaca n nak masak paru :-). Mak I pun masak lebih kurang mcm tu lah. Goreng paru tu dulu sebelum buat sambal, memang tak berhenti klu makan! :-).
Blu4sky,
muahahaha...I pulak dah perasan lidah mat saleh, sebiji pun dah rasa mcm pedas sgt2, hikhikhik ;-)
KOG,
Takkan terpisah jawa dan nasi, muahahaha.
Lisa,
Thanks for the info. I've googles it and mine looks exactly like some of the photos. Pity about the name though ;-). They do open up when the sun's on them which make it so pretty :-).
Cik Som,
Jeles laki I kalau I nak tidur bawah ketiak mem besar, muahahaha.
Betullah tu, kerecek tu inang2 tapi we all terlupa letak kaler so putih aje semua, sgt lah tak menariks! :-D
Ayu,
bila lagi kan nak merasa air tangan diaorang ni. Masa ni lah kita buat list segala yg nak di makan, hehehe.
Best jugak kan kalau letak kat 2-3 pots, barulah cantik aje mata memandang :-).
Kak Acik,
I tanam dlm pasu biasa, cuma saiz besar lah tapi I letak atas an old outdoor table frame, tu yg boleh berjurai2 :-).
Kak Rashidah,
tak tau lah kalau boleh tumbuh ke tidak tp tumbuhan ni memang suka cuaca panas :-).
Arianna,
Pokok janggut tu I pulak yg tak pernah tengok, hehehe.
kerecek tu kerepek kan. Goreng dia kembang. Kat sini pun ada jual. I selalu suruh diaorg bawak dari Katanning. Kalau nak keropok ikan pun ada diaorg jual. Bukan tu aja, serunding ikan pun ada. Baru je last week my friend bagi I se container serunding ikan. Makan ngan nasi impit, nasi panas or bubur nasi sedap tau.
Kak Zai suka makan paru goreng dengan nasi lemak.
Cantik bunga lg,pokok bunga yang kak Zai tanam yang dah bertahun2 pun tak mau berbunga apa lagi macam pokok yang lg tanam.
Maybe pokok tu Gladiolus.. entahla tapi sambil2 main farmville ni terperasan lah pulak ada pokok mcm tu..
haih kak Lg, sebiji je cili? Sedangkan org banjar pon makan pedas apa kes ni jawa makan sebijik je..ekekekkeke
cantik bunga tu..tapi mesti kat malaysia takde..
akak, postla gambar kerecek tu...and how it is eaten...I orang sarawak tak pernah dengar/tahu...plissss...
Salam LG :-D
Bukan business kerecek je you boleh buat LG, Keropok ikan, keropok ubi, ikan kering semua boleh lah tu! Agak2 you tak nak ke mintak your mak masak sambal tempe dengan kacang tu - terliur I bila teringat!
Mesti seronok, kan bila your Mum & Dad datang visit? Kirim salam to both of them. :-D
Aduh panasnya weather. Kalau panas memang malas nak gi jalan-jalan. If pegi jalan pun, pilih tempat yg ada aircon....pilihan utama shopping malls la.
Nora,
You slalu pergi Katanning ke? Or ada kawan yg slalu pergi Katanning? I know memang ramai jugak melayu kat Katanning tu kan :-). I pernah dpt 1 whole kambing fr Katanning, so nice :-).
Kerecek tu memang kerepek lah tp jawa style, hehehe.
Kak Zai,
Saya suka ratah mcm tu aje paru goreng tu. Tak payah makan dgn nasi pun laju aje sy telan, hehehe.
Yasmin,
pokok tu common name dia 'pigface'. I pun baru aje tau :-).
Afid,
hikhikhik..Bagi I dah pedas weh! :-P
Kniedaz,
Rasanya takde kot sbb Mak I kata dia tak pernah nampak kat M'sia :-).
Am,
hehehe, nanti I ambik gambar dia ye :-).
Mia's Mom,
Salam.
Hahahaha...I bukak stall bisnes dry food eh :-).
I tau nak masak sambal tempe n kacang tu cuma x sedap sgt lah. Tapi klu I suruh my Mak masak, sure dia malas nak buat, hehehe
Unaizah,
Hari ni dah sejuk balik, keluar rumah pakai jumper tadi :-)
My friend kawin ngan org katanning. I sendiri tak pernah gi katanning. Kambing katanning pernah I dpt. Kalau nak order pun boleh order from my friend. Kiranya dia tu my supplier segala jenis keropok dari katanning. Semlm I tanya ngan my friend ni, apa nama benda alah org sini panggil. Katanya reginang. My anak2 mmg suka. I pulak selalu bagi kat my kawan2 kat sini. Diaorg tak pernah makan benda ni kat msia. I makan pun dulu2 org bawak dari kedah.
salam chef LG... :)
nak tanye kat sana,ada separate pasar ke untuk halal one...sy selalu terpikir camne akak dptkan stok bahan mentah yg halal...hehe..
aik,jd supir bw parents jenjalan...mesti dh expert jlnraya mat saleh erk..sng x dpt lesen memandu kat sane...sori byk tnya...
mak akak ada lg ya...Wah syok la dia kan duduk sana
Kak!..bunga tu cantik la...
Nora,
best jugak kalau dapat order kambing fr yr friend tu :-). Rengginang tu memang ramai jugak orang jawa guna that term. Kat Melaka pun femes kerepek ni.
Asmal,
Salam but I ni definitely cuma cook aje not chef, hehehe.
kat sini banyak butcher shops yang halal sbb ramai muslims kat Perth ni so memang senang nak cari daging n ayam yg halal.
Drive kat sini lagi senang dr drive kat KL sbb drivers kat sini kebanyakannya ikut road rules, hehehe
Sue,
Dia syok bila gi jalan2 n shopping aje, hahaha :-)
Post a Comment