Monday, 8 November 2010

2 different appetites

Emak I kata kalau tengok Miss 7 makan, memang kita akan terus rasa lapar balik and nak makan apa yang dia makan. Tapi kalau tengok Miss 11 makan, memang sikit pun tak teringin nak makan apa yg dia tengah makan tu walaupun kita tau yg the food is so so sedap.

Memang betul apa yang dia cakap tu! hehehehe.

Tadi I masak spaghetti bolognese and Miss 7 makan the spag bol in her bowl dengan begitu berselera sekali. Tapi dia tak mintak tambah lah, cuma dia makan sampai licin the bowl. Miss 11 pulak makan the spag bol dengan muka terkulat2 nak menghabiskannya. Dia kata sebab dia dah kenyang sebab tu dia tak lalu nak makan. Tapi dia tak makan apa2 sangat for afternoon tea tadi pun so tak tau lah dari mana datangnya kenyang dia tu. Orang lain semua dah habis makan semangkuk spag bol, dia masih terkebil2 nak menghabiskan even half a bowl! Penat I menunggu dia makan tadi. Last2 I cakap, tak payahlah habis kan, termuntah kang susah pulak I nak mengemas! Padahal I bukannya bagi banyak pun.

Tapi kalau suruh makan sweets and chocs, boleh pulak tu mintak tambah! Gerammmmmm aje I!

IMG_5889

IMG_5893

I cakap dengan dia, kalau orang tengok dia makan the dinners I cook, memang orang akan ingat I tak pandai masak lah, hehehehe.

Sorang kena ‘paksa’ makan and sorang lagi kena ‘paksa’ berhenti makan, muahahahaha……

24 comments:

JaJa'Z said...

tgk body diaorang pun dah tau kak...badan miss 11 memang nampak sangat kurang makan..hehhehe

kak, dah balas email dah.. :p

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Miss 11 tu dah mula nak jaga badanlah kott..

hehehe..

3E said...

Kak Mynn...
Kalau I pulak terbalik....Edelyn makan bagai nak rak...Elyssa pulak sikit jer....budak2 'kan...

azieazah said...

Kalu cam tu, next time, soh yang boleh makan banyak tu duduk sebelah yg kurang makan, dan tungguuuu....

bila tak leh abih jer, dia boleh jadi Tukang Perabih..

hehehehehe

ejaescobart said...

kak LG,

kalau nak diet dok kat sebelah miss 11, kalau takmo diet dok sebelah miss 7.. huhu

Unaizah said...

Budak-budak camtulah macam-macam pe'el. Yg suka makan tu, we as mothers seronoklah tengok. Tp yg makan tak laju sangat tu buat kita risau je.

Miss Layaleya said...

sy leh kwn ngan miss 7.. suka mkn jgk.. hehehe.. terliur tgk spagetti.. haisshhh.. tahan2, dh mlm ni.. diet2.. hehehe:)

blu4sky said...

LG, sama lah ngan anak2 i..klu suruh mkn..sama mcm miss 11.. terkulat-kulat...tu belum suruh mkn sayur lg.. tp klu makan manis..besar je mulut bila mkn... geramkan..

Jamie said...

sama gak dgn anak2 kat umah ni, sorang suke sgt makan sorang lagi boleh tahan kalau 2-3 hari tak makan. Kena paksa baru nak makan tu pun 1-2 suap jer, tapi kalau coklat, aiskrim and sweets takyah suruh, laju jer..selagi tak abis selagi tu dok mengunyah jer...

myrainbowdreams said...

dia dh start jaga body la tu,kak..
hihi..

somuffins said...

LG
'spag bol'? Muahahahaaa...
:-)

Flower said...

Samalah ngan anak2 I. Yg tua tu, Omar kalau suruh makan, rasa mcm suruh makan ubat. Kkdg mcm nak terbelahak nak terkeluar balik. Tp kalau potato chips, cokelat mmg habis. Hari tu bawak gi ke Makan2, org lain makan roti canai lah, nasi lemak, dia order chippies je. My girl lak, I rasa nak suruh dia jaga2 makan. Apa kita masak semua nya sedap, apa kita bagi, semua nya masuk. Tak kiralah makanan melayu ke, cina ke or org putih.

A~ said...

totally understandable. hahaha.
adik-beradik i terbahagi 2, 2 suka sangat makan (including me) 2 lagi memang tak suka makan. kalau tengok geng mkn tu sure sumer org teringin nak join. kalau tengok lagi 2 yg tak suka makan tu sure suma org ingat my mum tak pandai masak.
but since i came here in aussie, i jadi manusia tak lalu makan. kalau tengok cara i makan mesti orang ingat org yg masak tu tak sedap. haahhaha. slalu kat rumah ni i tak lalu makan masakan sendiri.. so memang la i masak tak sedap :P

kucingorengemok said...

paksa memaksa budaya kita, kih kih...

meriahceria said...

dulu witra dia mmg susah nak makan, skrang ni, kalau makan taknak benti lak. miss 7 nmpk berisi skit dr kakak nye kan akak...tp both of them really cute...

Melatie said...

From my experience,some girls are like that at that age, included my only daughter. Now, no more, she even cooked whatever food she like to eat and forced us to buy all the ingredients for her to cook. Spag bol is the "in things" in their life now. Her peers will compare who knows how to cook this and other dishes.

Janji dia makan dah ler..kalo tak ikut cara dia nanti dia rebell..rebell with a cause lagi susah kita dibuatnya. Masa tu tak tahulah LG nak menghadapinya. Saya dah rasa, Alhamdulillah saya mampu mengatasinya and now we(me & my daughter) are friends. Sometimes, je jadi "anak".

MamaFaMi said...

Ada kebenarannya tau.. kenkadang gaya seseorang tu makan, boleh mendatangkan mudarat kepada orang yang melihat dia makan, macam mama dengan my mom! Hahaha... Ada sekali tu, mama dah kenyang. My mom ajak makan dengan dia. Dengan kekwatnya mama mengatakan, tak maulah, dah kenyang. Then she started eating her nasi.. chap chup chap chup bunyi dia makan. After 10 minutes, I took my plate and start menceduk segala mak datuk nenek! Hahahaha

NenekPenne said...

tengok Ms 7 tu pun dah tau suka makan....

ohh tetiba teringat pasta sauce i kat dalam freezer... sekarang ni kan, kalau tak abis, i simpan jer dalam freezer mcm u selalu buat tu... jadinya tak adalah membazir..

Ayu said...

hm...ayu lak budak b'dua tu kena paksa berenti mkn.klu tak selagi ada benda yg boleh dikunyah,akan dihabiskan dlm masa 1 hari.semlm depa kejekan biskut naga (ayu yg bg nama tu sbb mcm bentuk naga) baki raya aritu.dah 3mggu ayu salin bekas n ltk atas meja mkn tp sorg pun tak sentuh.alih2 mlm td depa pi melantak smpai abis 1 bekas.

tu pun ainnur leh tnya lg psl biskut cekelat yg ayu xbuka...bila leh mkn.mmg saja tak buka dulu sbb nak abiskan apa yg ada.

mohdandmeriam said...

salam Min..hehe samalah dgn 2 orang cucu auntie tu..seorang Marissa kena suruh berhenti makan dan Muzafar kena pujuk macam2 baru makan..entahlah ya..dari perut ibu yg sama tapi berbeza perangai makannya.

rapheydhillo said...

Sis LG,
Yg nak kena paksa berenti tu agak2nya sama le spesis mcm i ni ;-)

lemongrass said...

Jaja,
Hehehe...I pun dulu sebenarnya mcm Miss 11 tu, sekeping aje. Bila dah besar baru lah tau makan.
Tunggu ye for the surprise :P

Azrina,
I hope not lah sbb muda belia dia lagi. Kalau I hidangkan choc kek ke fries ke, sure tak berdiet dia tu, hehehe.

Asilah,
Edelyn tu makan banyak pun macam tu aje kan badan dia. I wish I dpt badan mcm dia, hehehe.

Kak Azie,
hahaha...masa dinner memang duduk sebelah2 tapi tak berkesan langsung.

Eja,
Memang betul tu. Tapi yg siannya I lah sbb I duduk dekat dgn Miss 7 masa dinner, hehehe.

Unaizah,
Yg geramnya, klu makan choc ckae, boleh aje pulak lajunya! hehehe

Layaleya,
Miss 7 tu sama dgn daddy dia lah, semua makan and nampak mcm sedap aje, hahaha.

Blu4sky,
Tu yg buat kita geram kan. Kalau makan semua mcm tu, takpelah. Ini bila suruh makan benda manis2, terus senyum n bertambah2.

Jamie,
Agaknya klu kita buat dinner n lunch letak choc semua, memang tak payah suruh makan, diaorang makan kan :-).

Myrainbowdreams,
Kalau start jaga badan, surenya lah tak nak makan sweets n chocolates. Ini chocolates yg dia suka sgt2! hehehe

CikSom,
Aussies kan memang mcm tu, segalanya diaorang pendekkan. Tu yg jadi spagbol, hehehhe

lemongrass said...

Nora,
Memang eldest and youngest mcm tu ke? hehehe. Tu yg I kdg2 bila I tgh malas, I masak chips aje sbb gerenti nya my eldest tu akan makan! :-).

A~,
I dulu pun maybe mcm dia jugak lah walaupun my Mak masak sedap, hehehe. Dah besar ni baru lah jadei mcm Miss 7, kena ingatkan diri to stop bila tgh makan benda yg kita suka, hehehe.

KOG,
betul tu, hahaha

Julie,
Hopefully, Miss 11 ni nanti akan sukalah makan bila dia besar nanti. And I harap Miss 7 pulak akan slow down sikit, hahaha.

Melatie,
But we as parents, tak bolehlah nak ikut cara diaorang all the time. Or else, they'll think they can get their way all the time.
I cuma letak a small amount on her plate each time, tu yg I akan paksa dia makan kalau dia tak habiskan sebab bukannya I letak banyak. Selalunya I akan paksa dia habiskan the protein partlah.
All teens will go through the terrible stage. My hubby and I are well aware of it and hopefully we'll get through it with no permanent scars.

MamaFami,
Hahahaha. Memang memudaratkan tu namanya kalau duduk makan sebelah your Mak! Kalau hari2 duduk makan sebelah dia, mau naik badan kan :-).

Net,
senangkan kalau letak dlm freezer ni, bila tgh malas, tinggal keluarkan and defrost aje. Tak payah susah2 :-).

Ayu,
hikhikhikhik. Tapi kalau tengok badan Ainnur n Faris tu, tak lah nampak mcm budak2 yg boleh menghabiskan sebalang biskut kan :-). Macam tu, kena ada barang utk dikunyah setiap masa lah ye kat rumah Ayu :-).

Auntie Meriam,
Agaknya masa I pregnantkan diaorang dulu, perangai makan I lain2 kot tu yg bila kelaur budak2 tu, jadi lain2, hehehe.

Dhill,
Hahahaha...bolehlah you join dia makan! Sure orang lain pun terus nak makan jugak :-)

PUTUBAMBU said...

cuba bagi spaghetti tu kat I..
kejappppppppp je licin..
kalah Miss 7..! ekekek