Malam ni I nak tulis dalam Bahasa lah. Bukan sebab nak bergossip tapi sebab nak cerita pasal budak2 tu (well, tentang 1 budak sebenarnya ).
Sekolah baru aje mula 2 minggu lebih. Tapi 3 hari lepas, anak I yang sulung tu bisik2 bercerita dengan bapak dia. Anak I yang tu memang anak bapak sikit, apa2 aje cerita rahsia, dia akan cerita dengan laki I tu. Mungkin sebab Emak dia ni garang bebeno agaknya, tu yang dia lagi berani cerita dengan Bapak dari Emak, hehehe.
Bapak dia jenis yang dengar cerita sampai habis, pastu fikir masak2, pastu bagi nasihat bernas. Emak dia pulak kadang2 jenis yang dengar cerita baru separuh jalan dah buat tafsiran dia sendiri, pastu mulalah kadang2 hangin aje, hikhikhik…. Memang I pun takut kalau dapat Emak macam tu kan .
Anyway, seperti biasa Laki I tu akan ceritakan balik lah ke I (secara rahsia sebab dah berjanji dengan anak dia yang dia takkan bercerita kat I, hikhikhik). Pastu, siap bagi amaran kat I lagi jangan sampai anak sulung tu tau yang I tau.
Eleh, I pandai pegang rahsia lah tak macam awak tu, hahahaha.
Ini yang dia bisik2 kan kat bapak dia…
Ada budak lelaki sama kelas dengan dia ajak dia pergi dating tengok wayang!
Anak I tu terkejut giler bila budak ni ‘tanya dia keluar’ (alih bahasa ke english sendiri lah ye ).
Pastu anak I tu tanya lah budak lelaki ni, “ada orang paksa/suruh/dare kamu ke suruh ajak saya keluar?”
Dia jawab, “eh tak lah. memang I nak ajak you keluar tengok wayang.”
Anak I, “kenapa saya?”
Budak lelaki tu jawab, “sebab saya rasa kamu cantik.”
Anak I jawab, “saya cantik? betul ke you tak silap orang ni? entah2 budak lain tak yang you nak ajak keluar?”
Budak lelaki, “memang betul saya tak silap orang .”
Anak I, “saya kena tanya mak pak saya dulu sama ada diaorang benarkan ke tak.”
Ahhhhhhhh…… anak I dah memikat hati orang, muahahahaha
Selepas berdiskusi dengan bapak nya, bapaknya kata, kalau nak pergi tengok wayang beramai2, boleh aje. Tapi kalau nak pergi tengok wayang berdua, tak payahlah. Dan kalau nak keluar dating, tunggu lah bila dah besar masuk uni nanti. Sekarang ni, baru sekolah menengah, tak payah lah susah payah fikir pasal pakwe. Keluar aje ramai2, lagi best. hikhikhik…..
Anak I sebenarnya cuma excited bila budak tu kata pergi tengok wayang aje, bukannya dia nak pergi dengan budak tu. Best weh tengok wayang kat panggung ni . I rasa kalau budak tu bagi dia tiket pastu dia tengok sendiri, lagi dia suka, hahaha.
Pastu, esoknya dia bagi lah jawapan ke budak tu…
Budak lelaki tu tanya, “macam mana? apa Mak Pak you kata?”
Anak I, “diaorang kata tak boleh. Tapi, kalau nak pergi ramai2 boleh lah.”
Pastu, anak I sambung, “btw, you tau tak yang saya ni belum pun 12 tahun. Bulan April ni baru nak masuk 12.”
Budak lelaki tu, “Apa? No way! Saya ingat awak macam kami2 semua, dah 12 atau 13 tahun. Minta maaf banyak2, saya tak tau awak masih belum 12 tahun lagi.”
(anak I tu lompat kelas setahun, tu yang budak2 sekelas dia semua sama ada 12 atau 13 tahun, hehehe).
Tapi nasib baik lepas tu, budak lelaki tu tak berperangai malu2 dengan dia and still kawan dengan dia macam biasa.
So, sekarang anak I rasa macam 10 kaki tinggi sebab baru 11 tahun dah ada orang terpikat dengan dia, kehkehkehkehkeh….
Mak Pak dia pulak yang fening lepas ni sebab ada lagi 5 tahun of sekolah menengah.
You all rasa kan, akan ada tak perbincangan diskusi ala2 ini lagi lepas ni?
btw, anak I dah tau yang I tau sekarang ni. Dan I pun tak make a big deal out of it with the hope yang next time, dia akan cerita pulak dengan I .
Psst… I pun dulu masa Tingkatan satu dah mengada2 ada pakwe, kahkahkahkah….
56 comments:
tergelak i dengan statement
i quote Anak I jawab, “saya cantik? betul ke you tak silap orang ni? entah2 budak lain tak yang you nak ajak keluar?” unquote...
blu4sky,
I guess sbb selama ni takde sape pandang dia so tu yg dia heran tetiba this guy asked her out, hehehe
Hahahaha))) Gelak giler baca entry ni! I yg tadi murung dah kembali ceria...and I'm feeling 10 feet tall macam Miss 11!
*hmm...big oredi mummy's girl ;)
min, kalau zahra mesti dah terang-terang ceritakan. baguslah miss 11 berani dan confident dengan budak lelaki tu. budak remaja kat sini ramai yang terjebak main ikut je bila diajak.
Hehehhehe..senyum sendiri bila baca n3 ni..tingat plak zaman sekolah dulu..hehehhe...Apa2 pun..dah beso dah Miss 11 tu..Kak LG dah ada anak dara yg cantik...pasni jgn penin2 ya nak jg anak dara yg cantik2 tu...heee
Tak mustahil ramai yg nak ngurat diaorg..(^_^)
Kak Emily,
hikhikhik...big oredi. we all yang fening. nasib baik my hubby ni is very rational so tu yg anak dia dengar nasihat dia (so far, hehehe).
Zany,
Kalau Zahra, memang dia akan story kat I aje segala benda, hahaha.
I guess sbb Miss 11 tau yg dia still muda lagi and still needs adult supervision bila nak pergi mana2, tu yg dia tak kisah cakap no to this boy :-).
Sue,
We all ingat maybe ada lah 2-3 tahun lagi baru ada orang nak ajak dia gi keluar tengok wayang sebab she's still 11. Rupa2 nya dah start awal, hahahahaha.
LG,
I rasa I ni gang dengan you la...suka sangat jump into conclusion before dengar story habis...lol...patutlah anak I pun tak kuasa nak kongsi cerita dia or minta nasihat from me.Whereas father dia jugak yang tahu segala-galanya.Maybe it's the asian thingy and mat salleh thingy la..hihihi!Hmmm...budak sekarang macam tu la..anak lelaki I pun macam tu also..tapi dia start lagi early..when he was 5 and there's this 4 years old girl yang syok kat dia.Adoi,pagi-pagi buta this girl will call him almost everyday.Masa tu cute tapi bila dah 10-11 years old, risau jugak...ahaks!
Shereen,
I guee with guys, nothing much can ruffle their feathers unlike us Mums :-).
My daughter tu pun, masa dia 3 tahun, ada this 4 y.o. boy who told everyone that he's going to marry his princess, Alya, one day. Masa tu memang lah cute sgt2 bila dengar but now, cannot sleep if ada orang ckp mcm tu, hahaha.
gelak2 i baca n3 akak..
tp oklah kan tat boys tidaklah terus malu2..still kawan mcm biasa..:)
zmn i dulu stakat letak kit-kat dlm meja je la kalo ada peminat rahsia kat skolah hahahah
i rase mcm bace drama yg dialih bahasa. hahaha :p dah ade anak dare :D tak lame lg 15 16 tahun mesti lg peningg :p
My anak2 sekarang ni pun mmg suka berbual n berkongsi rahsia ngan bapak. Kalau nak apa2 pun mesti minta bapak. Walaupun mcm tu, diaorg still takut ngan bapak. Kalau buat nakal kalau kita ugut bagi tau ngan bapak mesti takut. Ngan mak pulak, kalau bapak marahkan diaorg semua report mintak belas kasihan ngan mak. Tp bila mak pot pet pot pet, bukannya nak dengar. Tp mmg bila ckp ngan bapak, bapak mesti dengar sampai habis, bagi nasihat or buat fikiran tak melulu.
sweet... :)
Nanak,
betul tu, at least that boy still act normally kan, takde rasa awkward dgn my daughter :-)
Anis,
Wah, best tu, dapat kit kat. We all dulu cuma surat cinta kat dlm laci meja aje, hahaha
Nadia,
pening I nak alih bahasa apa yg dia cakap,hahaha. Memang I tak boleh kerja jadi translator lah :-)
Nora,
My kids takut sgt2 kalau I marah tapi slalu jugak diaorang tak dengar apa yg I cakap, tu yg I herannya. Takut dgn I tp tak dengar cakap I.
kita ni maybe jenis cepat melenting, tu yg diaorang rasa leceh nak cerita dgn kita kan :-)
Kella,
kisah cinta budak2 :-)
hai kak..
saya silent reader.. :)
miss 11 memang cantik kak..
dua2 cantik tapi miss 7 belum cantik lagi sebab masih dalam kategori comel..
ehehee..
sgt kelakar..tp itu la reality sebenar.. budak2 sekarang da maju kedepan..==))
wah wah wah dah maju setapak lah anak dara u LG. confirm lepas ni akan ade lagi diskusi2 jiwa dgn pak dia :)
k.min,
waaa.... i kan, masa umur 12 tahun, takde org nak tekel sebab hitam dan sgt kurus. umur 17 tahun pun still takde org nak, sebab alasan yg sama. sob sob.. jeles la mcm ni dgn Alya. tapikan, dia memang lawa pun :D
LG
Noir baru jer berblog about the same issue kan?
Mana boleh ayah nak berahsia dengan emak pasal rahsia anak, kan??
Ala sweetnya... teringat kat adik dulu (beza saya ngan adik 8 tahun) masa dia dapat surat cinta dari kawan, hahaha... zaman sekarang ni ada lagi ke orang tulis surat cinta? Semua dah ber FB bagai
hehe.. zaman skang makin advance kan..
Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K Hadiri Perasmian Masjid Bersama Sultan Kedah Di Kg Permatang Pasir
Hahahaha....nak gelak dulu sbb:
1-mcm masuk kelas BM blk.slalu tu masuk kelas akak time ur PIL ada kat umah akak.hehee...
2-alya n ur reaction.hehehe...
btw alya mmg cantik pun.no wonder la klu ada yg b'kenan.but that guy tak tau brp pjg que yg menanti si alya tu.hehehe...
You better watch out hihihi your little girl now is already anak dara. Sure Miss 11 on cloud 9. I was 9 when a boy secretly liked me and was 10 when i got my first letter from a boy. I turned out allright, so Mommy don't worry kay.
heheh..LG..tak lama lagi, lagi fenin arr nak tackle issue anak kena tackle ni..hehe..
bujang nomor 1 saya pernah diajak dara sunti waktu darjah 6, dia terus bilang si tua tak bagi. bila ditanya kenapa dia kata 'bukankah kamu berdua yang terus2 mengingatkan lepas sekolah menengah baru boleh?
sekarang ni situasi yg sama, beda nya si dara tahu si tua hanya beri izin jika ramai2. tapi tetap nak berduaan. si tua masih garuk kepala ni.
kalau tahu nak macam ni, patut dulu i tiru cara suami you. cakap lepas pengajian tinggi atau lepas bekerja baru boleh.
p.s bujang nomor 2 resah baca entry ni. rasa tergugat dia :}
kalau bebudak kat mesia skang nie, xde mananya nak tanya ngan mak bapak kalau ada orang ajak kuar gi tgk wayang.... depa gi aje terus sendiri.. ntah2 siap ponteng skolah... tau2 anak dah lari dari rumahlahh... ngandunglahhh.... hishhh!!!
nie kire sangat2 laaa bagusnya kak LG, dia tanya gak kat mak pak....
Marina,
thanks for the compliment :-). I tak boleh bayangkan macam mana rupa Miss 7 nanti bila dia besar, hehehe :-).
Wawa,
tak sangka pulak anak I pun dlm golongan itu, hahaha
Shahlin,
memang so not looking forward to more 'date asking', hahaha. But it's good sbb dia nak berdiskusi dgn we all kan :-)
Shidah,
I masa 13-15, ada pakwe, memang mengada sungguh kan, hahaha. Nasib baik studies still cemerlang :-).
Tak sangka pulak Alya lagi cepat dr I, hahahaha.
Cik Som,
tu lah nya, I thought I could see how he handles it first and then 2-3 taun lagi baru I boleh follow.
Tak sangka, cepat pulak, hikhikhik
Sooyaree,
sekarang ni semua face to face, surat cinta zaman kita2 dulu, hahaha.
Mama Hanim,
Nasib baik my 7 y.o. still takde orang asks her out lagi, hahahha
Ayu,
I pun punyalah ambik masa yg lama nak tuis semua in BM tu, hikhikhik...
Queue dia panjang tapi setakat ni semua 'invinsible' lagi, hehehe
Unaizah,
you pun sama advanced dulu2 ye, hehehe. I dpt first surat cinta lambat, when I was 13 :-)
Yat,
Nasib baik ada Dad dia yg cool aje in this situation kan. So, dpt lah dia handle it first before I yg hangin slalu ni, hehehe
Noir,
hehehehehe. At least boy no. 1 sgt mendengar kata :-).
Your girl pulak, maybe she sees her friends going on dates, tu yg dia pun rasa nak join sama, hehehe.
Boy no 2 has to wait for his turn to come one day, hahaha
Yazrina,
I guess dia tau yg dia still 11 and still illegal to stay at home by herself alone and still need adults supervision. Tu yg dia tanya we all. Hopefully, she'll keep on asking us forever lah, hehehe
hahahaha...buat ai senyum2 pagi ni baca entri u yang ini...i confirm lepas ni mesti ada lagi entri macam ni...u memang boleh simpan rahsia laki u..tapi u tak boleh simpan rahsia dengan we all your readers kan...mesti nak cite kan..hiks..cuba u renungkan LG..masa berlalu dengan pantas kan..hari ni u sedar anak u dah ajak di orang tengok wayang...tup tap tup tap...ada orang nak meminang pulak...owhhh betapa cepat masa berlalu pergi....(sebenarnya nak kata..betapa cepat tuanya kita...)
Kak,
Good that ur Miss11 tanya.. Lau zaman sekarang ni agak2 sya lah.. Jarang2 lah budak2 nak bertanya boleh ker tak.. Main harung ikut suka jer.. And Kak.. Both ur Misses memang comei pun.. Entah2 seminggu dari sekarang ada lah sorang lagi yang ajak dating plak.. ;)
Untuk sya punya masa depan..Rasanya samalah nanti.. Sure anak sya anak pak.. Sebab sya Garang! Hahaha..
Perangai kak Min dgn saya memang sejibik!Kadang2 belum lagi budak2 ni habis cakap saya dah sembur macam bazooka..hihihi..My kids pun memang macam tu..apa2 sikit lari dekat bapaknya dulu..kadang2 dlm rumah i'm the last one to know..tulah pasalnya..
Vah vah vah...MIss 11 sudah dapat memikat hati senior yek?Hebat tu!Ala,rugilah kalau dia taknak pegi tengok wayang!!Hahaha..takpe nanti mana tau rezeki next birthday pulak kan?
Psst..kita pun dulu mengada jugak tau!:D
salam kak min...ank cantik sbb mak dia cun kn..kn3...gelak besar bile hbs bace entry ni sbb statemet "I pun dulu masa Tingkatan satu dah mengada2 ada pakwe, kahkahkahkah…."...
patut la miss 11 dh ade org usha..mak borek,ank rintik...hehehe :-)
cntik u anak sulung u tu.yg ke2 pun cntik.
pakkal anak bujang kita mch kecik.kalo sudi nak jg...gehehehe...
sib baik anak u tak memberontak.sbb bapak dia x bg kuar berdua.good girl
kak min..
sebenarnya kan..since i follow ur blog... then tau lak miss 11 nak naik high school..ble agak juga la akan come out this story... believe me kak min..sure akan lagi banyak kes macam gini nanti...
tapi bagus miss 11 ..apa apa pun dia refer pada parents dia... good gurl!!
CikMin,
hehehe...kalau tak ceirta kat blog, tak panas lah blog I nanti kan. Tapi I tunggu nak cerita kat blog sampai Miss 11 tau yg I tau kisah dia tu, hehehe.
Tu lah kan, ingat lagi masa lahirkan dia dulu, tup2 la ni, dah ada orang nak pergi date dgn dia, hahaha
Messy Mummy,
We all dua2 garang tapi garang hubby lain sikit dr I yg hangin setiap masa, hahaha.
We all pun actually tak boleh nak stop dia keluar tengok wayang dgn kawan2, tp tu lah, mesti beramai2 and kena berhantar n berambik, hehehe
Mira,
kalau dgn Zahra, I ngam aje, dia akan cerita semua kat I. Dgn Alya ni, dia lagi suka cerita about boys dgn Dad dia, maybe sbb Dad dia sama gender dgn the boys kan so dia rasa maybe her Dad will understand more lah, hehehe.
Psst...oh, you pun sama lah ye mengada dgn I, hahahhaa
Alang,
hahahaha....Mak dulu ada pakwe kat sekolah aje, luar sekolah tak pernah pergi dating langsung :-D.
Anie,
terima kasih :-). Mungkin sebab my girl tu muda lagi kot, tu yg tak memberontak. And mungkin sbb we all kata dia boleh pergi tengok wayang kalau ramai2, itu aje yg dia suka sebenarnya, hehehe
Imanamani,
We all were thinking maybe lama lagi lah, masa dia 15-16 tahun baru ada orang akan usha2 dia. Tak sangka pulak, dah ada orang usha dia sekarang, heheheh.
Kalau dah semakin besar nanti lagi ramai peminat.
Undang2 kak Zai pun macam tu juga kalau masih diperingkat menengah kena keluar beramai2 tapi kalau dah masuk 'U' baru boleh dating berdua2an..
tu baru intro... selamat menempuh alam-makbapak-budak-remaja yang mencabar ;)
Wah! Bagus ni. Nanti cepatlah dapat menantu;-)
kih kih kihhhh, ada peminat dahhh...bagus bagus
cute... cute sungguh.. geram tengok your kids ni.. comel2..
Kak Zai,
Masa sekolah menengah ni memang muda lagi kan. Baik fikir pasal study aje. Bila dah masuk uni tu, dah boleh lah kalau nak fikir pasal cari pasangan ;-)
KOG,
hikhikhik...the next 10 years, memang akan penuh dgn cabaran lah kan :-)
Shasha,
hahaha...adalah yg Dad dia nanti tunggu kat pintu dgn senapang klu bawak balik boyfren awal2 :-)
Abbot,
dari dia kecik dah ramai peminat. Tapi masa kecik, cute aje bila orang minat dia. Skrg ni, fening aje bila dia ada peminat, hahaha
Mulan,
susah jugak kan ada anak perempuan ni :-)
sis..
she is growing to the teenhood.. alahai.. anak dara u dah ada yg berkenan.. but it is gud that she discusses wit ur hubby..
terbayang kalau amani ckp ada boys nak tackle dia.. hahaha..
Vavavahhh...belum 12 tahun sudah ada prg ajak dating! tapi alya memang cantik dan nampak matured:)
Kalau i belum 12 tahun dulu ada boy ajak dating kalau i bagitau my mum, mesti dia pengsan tak cayaa hahahaha
Sarasofia,
Kalau amani ckp skrg ada boy nak tackle dia, sure rasa cute sgt2. Tapi once she's in her teen, rasa risau jugak lah kan, hehehe.
TTM,
tu lah yg I tak larat nya. Nasib baik dia jenis yg tell us everything, kalau tak, mau pengsan I, hikhikhik.
Psst..I dulu tak berani nak bagi tau Mak I bila I dpt surat cinta, kahkahkah.
Min...
So sweet...sure Alya malu2 kucing bila budak tu ajak dia keluar.
My Aiman sekarang dah ada perasaan lovey dovey kat kawan perempuan dia huhuhuhuh..buat I takut je coz dia baru nak masuk 11thn dah ada perasaan cam tu, kalau budak2 zaman I dulu umur cam ni masih lagi berkejar-kejaran kat padang tidak kira lelaki perempaun but budak2 sekarang lain benar rasanya. Dah pulak tu tak mau ummi dia cium dia kat public malu katanya sbb dah besar...alahai rasa macam rindu my baby aiman boleh cium sesuka rasa :)
btw I'm waiting next story about Miss Alya :)
so sweet...alya bagus bagi tahu daddy instead of tanya kawan..mummy bagus share gan kita semua so nanti senang pk apa nk cakap kl same thing happens in future..hihihi
"Psst… I pun dulu masa Tingkatan satu dah mengada2 ada pakwe, kahkahkahkah…."
aduhhhhh sakit perut baca,.....
Mrs Zack,
Alya lagi banyak terkejut dr termalu2, hehehe.
Budak2 lelaki memang mcm tu, diaorang cukup malu bila parents kiss them in front of their friends. Masa Alya in Yr 7 last year, her male friends pun jenis yg takdenya nak hug or kiss their parents, hahaha.
Semua nak tunjuk cool aje :-).
Siti Raudhah,
nasib baik lah dia close dgn Dad dia so senang lah dia nak bercerita about boys to him kan :-).
Sulam Qistina,
hehehe...biasalah zaman kecik2 dulu, ada pakwe masa kat sekolah aje :-)
Sorry dah a few days terlepas train.. now that my guest dah tak dak baru lah ai dapat bermain main dialam maya..
Hehehe at least dia tanya someone.. i think i am like u dulu... budak tu belum habis berbual i dah interframe.. nowadays i am a listener.. dgr dulu baru interframe.. adakah usia mengajar ku menjadi penyabar muahahahah.. yelerrrr
Long gone were the days where i got really excited bila i got to know Hairi nak pi dating.. now its more like a warning session when he balik dekat subuh.. haizz anak anak..
the beauty of innocence...macam mana la nanti kalau si kecik tu pulak yang orang ajak dating ek... nasib baik dapat daddy cool..tapi macam mana dia tau yang akak dah tau..?
wah.. kak lg form 1 dah ada pakwe? hehe
sy masa form 2, senior baru ajak dating saya dah lari. :P haha lawak bila teringat balik.
alahaii sweettt jerr conversation Miss 11 dgn that boy tu kak LG..heheheh tersenyum2 sy baca.. kakakakaka.. pandai Miss 11 jwb dan bg jwpan pd that boy.... and Congrats to both of LG and hubby coz..blh handle this matter dgn cara yg terbaekkkkkkkkkk lah..hehehehe
wah.. kiranya ni..mana tumpahnya kuah le ni kan? ekekke
nampak benor le dah jadi anak dara Miss 11 ni kan? dlm diam dah ada admire..
tapi i setuju le ngan suggestion your hubby tu utk keluar ramai2.. instead of diorg berdua je..
kena pandai kawal diri.. awak tu pompuan..
Rima,
I kena tunggu sampai yr age lah ye baru jadi listener ni agaknya, hikhikhik :-P.
I rasa kan sampai bila2 kot I will have early curfew for my girls sbb surenya tak lena I nak tidur kalau diaorang tka balik lagi kan.
Am,
Dia tau I tau sbb she mentioned it casually to her Dad about the boy infront of me. Tapi I buat2 pura2 tak tau about the boy. Then she told me lah and I angguk2 aje, hehehe
Nurul,
hahaha...cinta monyet masa tu.Pastu, bila I pergi asrama masa form 4, I tinggal aje budak tu tanpa notice, kahkahkah
Shaza's,
I pun bila dengar her answers when the boy asked her out, was quite impressed jugak lah sbb she wasn't overly eager or terhegeh2 :-). She was very cool about it, hehehe.
Putu,
tu lah kan, kalau nak keluar ramai2, tak jadi hal punya. Kalau nak keluar berdua ni, what's the point kan, kecik lagi pun, tak payah lah nak fikir pasal pakwe2, hehehe
Post a Comment