Tuesday, 15 March 2011

Lagi cerita pasal anak dara dan peminatnya

Ini ada cerita funny…

Miss 11 ada peminat setia aka a nice version of a stalker at school. Budak lelaki ni dah minat dia sejak dari tahun lepas lagi. Dua2 pergi sekolah rendah yang sama tahun lepas.

Tahun lepas, diaorang ada end of the year dance for the Year 7s yang Miss 11 pakai dress and bermekap2 sikit2 tu. And for this, selalunya the boys akan ask the girls out to the dance as their ‘date’. And at the dance, the girls were ‘told’ by the teachers yang kalau any boy ask them to dance, always say ‘yes’ because they are all friends and it’s a friendly dance pun.

Aaanywayyyy…..

Miss 11 tau yang budak lelaki ni akan tanya dia supaya pergi dengan dia to the dance. And Miss 11 dah ‘ketakutan’ so dia suruh her best friend (budak lelaki) to ask her out cepat2 so she has an excuse to say no to this peminat setia. Punyalah drama sinetron kan, hahahahaha.

And masa at the dance, Miss 11 sentiasa buat derk aje kat this peminat setia and bila dia nampak peminat setia ni datang dekat ke dia, cepat2 dia lari gi cari her best friend ni to ask him to dance. Muahahahaha…

Sekarang ni pulak, dia kata nasib baik lah dia cuma ada 2 kelas aje yang sama dengan peminat setia dia ni. Dia kata, bukannya dia tak suka kat budak ni sebagai kawan tapi she finds him a bit ‘creepy’. Sebab peminat setia dia ni akan cari ways untuk duduk sebelah dia kat kelas, kat dalam bas bila pergi excursion, kat benches kat sekolah. Tapi peminat setia dia ni tak kan bertegur sapa dengan Miss 11, dia senyap aje tak berkata2. Cuma makin lama, duduk dia makin dekat sampai Miss 11 kena pindah tempat lain.

(Mungkin lidahnya kelu untuk berkata2 bila face to face dengan Miss 11. Sangat terpesona melihat kejelitaan nya agaknya, muahahahaha).

Pastu masa picnic kat sekolah yang we all pergi hari tu, peminat setia dia ni, ulang alik berkali2 jalan lalu depan tempat we all duduk. Miss 11 masa ni dah belah pergi jalan dengan kawan2 dia. I dengan The Other Half lah yang tak larat nak tahan gelak bila tengok peminat setia ni asik lalu lalang depan we all aje, hikhikhik.

Pastu, nak jadi cerita, pagi tadi, I pulak kena tegur dengan emak peminat setia dia ni. Kiranya emak dia pun dah ‘kenal’ ahli keluarga Miss 11 lah sebab siap boleh tegur I lagi tu padahal I tak kenal pun dia, hahahaha. You rasa anak dia bagitau kat Emak dia pasal Miss 11 ke?

Bila I cerita kat Miss 11, dia kata, “jangan lah Mum baik2 sangat dengan Mak dia. Kalau Mum nampak Mak dia dari jauh, make sure you melencong or pergi tempat lain ye!

Wahkahkahkahkah….. Sian anak I itu Open-mouthed smile.

Macam ni I kena bukak Miss 11 fan club lah kan and me as her manager, hikhikhikhik….

Ini baru sorang, tunggu lagi sorang tu besar, mau penuh uban terus rambut I ni!

Malam ni for dinner, I made japanese rice with stir fry veges and grilled fish for me. The Other Half had japanese-style brown rice with stir fry veges and smoked salmon.

IMG_8369

and smoked salmon sushi roll for The Little Misses.

IMG_8360

I buat sushi roll banyak2 so The Little Misses can take them for lunch esok. Tak payah I nak pening2 fikir esok pagi bila isi their lunch box Open-mouthed smile.

38 comments:

Ticer Syah said...

miss 11 memang cun melecun..nasib baik anak i kecit lagi.. only 9..kalau tak..leh kenen wat menantu..ekkekekek

FY said...

salam kak min =)
how are you and your family?
lama tak drop comment..
your daughter mmg sweet and pretty
boleh i buat adik ipar..hehe

NoRa said...

haha...saham miss 11 tinggi tu..
sedap ler sushi...

Dinas Aldi said...

Mak ai, creepy la pulak asyik nak duduk dekat tapi tak cakap apa2. At least kalau dia start sembang2, takda la creepy sangat, kahkah! Sabor jalah dengan budak2 ni.

blu4sky said...

wah LG..caya lerr sportinngnye parents..boleh gelak2 lagi bila tgk the peminat setia miss 11... klu my dad dulu...br dpt munga dah kena marah bagai nak rak.. belum lagi ajak keluar dating..hahhaa.. sbb tu i x pernah ada boyfriend sampai abis form 5..phobia gilerr kena marah oleh my dad..

an15 said...

Kak Min, ada org cakap kalo kita nak pikat anak, kena pikat mak dia dulu heehhehehhe :p

zarin said...

ish memang creepy ah bila dok makin dekat makin dekat without saying anything kan! kok ye pun cakapla hi ka tanya nama ka hahaha :D
miss 11 tu memang sweet laa... penatla u nanti nk layan peminat dia suma nanti

Liasari said...

owwhh so sweet! i dah lupa macam mana rasanya to have a secret admirer/stalker ;-)

ati_emylia said...

saham tgh naik tuh k.min....heheh

emy

cutefroggie said...

it shows that ur doters dah jadi anak dara!!! Siap sedia yer mummy!!!huhuhu

nqr said...

hahhahaa..ni budak yg sama ajak dia pi tgk wayang tuh ke????

Maya Marisa said...

LG dear,
ni baru betul cinta monyet. memula kena ada admirer. mcm time kita kecikX2 jugak....kan...

Nurunadia said...

Comel je miss 11 malu2 n takut2 ngn secret admirer.. :)

Unaizah said...

Jenuh la you...2 anak dara nak control hihi. The Little Misses kan ke Pan Asian...tu yg ramai peminat tu.

Aracy Flavia said...

This is so cute & funny! :DD

hnyhar said...

miss 11 memang cun pun kak LG..no wonder she got that creepy guy as her secret admirer.. :)

Aswani said...

kak LG, kesian budak tu,tapi ni soal hati dan perasaan, mana leh paksa2 kan hehehe

Anonymous said...

alahai miss 11.. dah ada yg berkenan.. sis, gaknya mak budak lelaki tunak merisik2 dari u la tu.. itu yg tegur u.. ahaks.. kang tetiba dia tanya u pasal hantaran plak.. (merepek je i ni..)

miss 11 feeling uncomfortable due to the boys buat macam gitu.. lidah dia kelu tu.. alahai soo sweet..

kalo bukak fan club confirm tht boys jadik orang yg 1st skali register.. hahaha

Madam Sooyaree said...

Ala comelnya... Tak pun suruh Miss 11 gi terjah stalker tu. Biar takut sket

Emma Nyiu said...

Kak LG,, msti sakit kpla kan memikrkn anak dara dah mula diminati.hehe.. Apa2pon, Miss 11 mmg sgt cantik. ^_^

lemongrass said...

Ticer Syah,
bila diaorang dah besar, 2 tahun tu tak nampak sgt perbezaan kan, hikhikhik ;-)

Farah,
Salam. How are you? Miss 11 tu bila dah masuk high school ni aje baru tetiba ada admirers :-)

Nora,
hehehe....ini baru aje Yr 8, tak tau lah mcm mana nanti bila dah makin besar :-)

Dinas,
tu lah nya.Miss 11 ni bukan orang yg jenis pilih kawan sgt. As long as orang tu baik and cakap2 dgn dia, dia akan borak2 balik dgn orang tu. Kalau dia kata orang tu creepy, memang something wrong lah with the boy, hahahaha.

blu4sky,
Wah, your Dad garang betul ye! Kalau I jadi you pun mau phobia jugak, hehehe.
I guess with us, we all nak dia sentiasa rasa yg dia boleh talk to us about anything including boys so tu yg setakat admirer, we all ok aje :-).

Anis,
wahkahkah, dah jadi kerja I pulak sekarang ni to look around just to make sure Mak budak ni not around me! :-D

Zarin,
Memang sgt creepy, padahal they 'know' each other since last year. But this boy memang tak cakap langsung dgn my daughter so my daughter pun malas lah nak layan orang pelik ni :-)

Lia,
hahahahaha...zaman kita budak2 hingusan dulu. Such sweet memories kan :-)

Emy,
masa saham tgh naik ni lah boleh jual mahal kan :-P

Katak_Ayu,
agghhhhhh!!!!! pening kepala my hubby :-D

nqr,
No, budak lain :-). Budak yg ajak dia gi tengok wayang tu still borak2 dgn dia and friendly dgn dia, normal habis, hahaha.

Maya,
I love cinta monyet sbb bila terfikir balik, memang buat gelak :-)

Nurunadia,
Admirer dia tu yg takut and malu2 nak tegur Miss 11, hehehehe. Miss 11 'menyampah' sikit kat budak tu :-D

Unaizah,
Kalau we all menetap kat M'sia, agaknya lagi ramai ke peminat diaorang? ;-)

Aracy Flavia,
hehehehe....bringing back our cinta monyet memories for us :-)

Hnyhar,
Kalau dpt cute guys as secret admirer ok jugak kan, ini dpt creepy guy, sian dia, hahahaha

Aswani,
Betul betul! :-D. Mana boleh paksa2 nak suka kat orang kan :-)

Sarasofia,
Tu yg Miss 11 said to me, sure nya that boy dah bagitau Mak dia yg dia minat Miss 11. Tension aje anak I tu, hahahha.

lemongrass said...

Sooyaree,
Sekarang ni bila budak tu duduk sebelah dia, she'll just up and leave so dia kata bagi budak tu paham sikit. But so far, budak tu still tak paham2, hahahaha....

Emma,
Tahun lepas takde pun problem ni. Masuk aje high school, macam2 terus, hehehehe

afid said...

kikikiki..'ketakutan' tu...x tahan....comel je

Nisa Ali said...

miss 11 tu cantik sgt..mane tak ramai peminat kan?

DeLLa said...

amboi...little tiny step nak terima menantu..hihi..gurau ye..miss 11 gorgeous sgt la..adik nya pulak nyusul nnti..kejap je kan anak2 beso..sedar2 esok..time utk terima menantu pulak kan..my little aisyah..ade peminat kat tadika...kemain lagi uuu..lambat datang tadika je...bising dok tanya "mana aisyah?mana aisyah?"..lucu

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

hihihi..
lawak ekk..bila anak dara dah semakin besor.. hmmm.. anak perempuan pulak tu..kene extra take care nie kak..huhuhu

Ara said...

hai kak min...

dah macam kawan baik ye...hehhee.
mcm tu lah bila anak2 dah membesar, nak lagi anak-anak dara. best dengar cerita ni...
nnt miss 7 lak ramai peminat. kat msia pun ramai dah peminat dia...hehehhe

Ayu said...

peeewwiiittt!!!! hehehe...pandai alya pakat dgn mummy dia ek...xbg mummy dia baik2 dgn mak peminat dia tu.tp klu ayu jd alya pun cuak dgn boys mcm tu.

Deliah's Deli said...

hik..hik..hik..:))) bagus la klu dia mcm tu..senang nk jaga min..

takut tgk anak dara skrng, ramai yg pantang cuit..gedik terus..huhu

noor said...

mmglah rasa creepy, sbb org tu suka kat dia... :D teringat masa zaman sekolah dulu kan... sampai skrang I really avoid to this one creepy guy (skrang he has his own family), tapi masih teringat2 lagi masa lampau :D
Nak tanyalah, do you do sit up, to strengthen up tummy's muscles? Bila you dah kurus, perut pun kecut jugak ke? and got back to its original look? Ke kena buat something supaya dia tak geleber. i am not sure, if it's the fat yg buat geleber atau the loosen muscles... sorry for my lack of vocabularies :D

PUTUBAMBU said...

wah..wah...
org cantik..ramai le peminatnya kan..

cepat lah omaknya dapt menantu lepaih ni..hikhik

lemongrass said...

Afid,
Kalau boy yg dia suka, sure dia excited tp budak yg creepy, tu yg dia takut, hahaha

Galeri Makanan,
Rupa dia biasa2 aje actually tp peminat setia ni bukan tengok kat rupa kan :-).

Della,
Budak2 skrg, tadika dah start minat2 orang ni ye, hahahaha. Kecik2 cute sungguh kan!

Lemang,
tu yg tak laratnya, I ada 2orang pulak tu. Pening kepala nak jaga bila diaorang besar nanti :-)

Ara,
Miss 11 ni dr kecik memang dah ramai peminat, maybe sbb rupa dia yg sweet tu kot. Kesian kat Zahra sbb takde sape minat dia, hahahaha

Ayu,
I pun 'takut' gak kat boys yg mcm tu. Dulu masa I kat high school, ada jugak boy mcm tu, lari jauh2 I, hahahha.

Del,
Tu yg I klu boleh tak nak make a big fuss about it so Miss 11 rasa she can talk about anything to me. Takut jugak jadi apa2 kat budak2 perempuan ni kan :-(.

Noor,
I pun tak tau why some boys act so creepy kan, hehehehe. Kita yg kena rasa seram and geli geleman kdg2 :-).
Perut I memang tak kumpun bnyk lemak sgt masa I put on weight. But bila dah kurus skrg, dia lagi leper but still ada kulit gelebeh sikit jugak. I slalu buat core body exercise mcm sit ups/crunches, side crunches, leg raise while we are lying flat on the floor utk strengthen the abdominal muscles.
For us I guess, bila kita gemuk or preggy dulu, the skin stretches so tu yg kulit yg gelebeh so memang kena exercise utk tighten it up a bit.

Putu,
Habislah we all kena start kumpul duit dr sekarang utk buat kenduri kahwin ye, hahahaha ;-)

Anonymous said...

peminat setia lidah kelu, haha. good read, i enjoy post ni.

MamaTiaMia said...

Salam LG,thanks,my emak dah beransur baik dah especially bila ada dua nurse kenits paksa makan ubat,no mercy at all the nurse kenits hee..hee;)hari tu about 3 weeks i tak boleh tengok gambar kat blog you,now baru okay balik:):) i kagum pasal you all kurangkan berat badan ni..hmm i kalau nak kurang kena puasa,so tak berdisplin lah;)Hmmm banyak peminat Miss 11 ye..she is very pretty and sweet mestilah..and the mommy dah mula risau yerr..nanti turn adik pulak:)My kenits pun pandai dah minat si david archuletta,apa pun they still like goat very much and keep asking me to take them back to farmhouse,so this year i have OZ in mind again;)p.s kueh sepang tu macam badak berendam and kihh kihh oh ya uwan guna teatowel buat sebab i couldn't get daun pisang ..hee..hee:)

MamaFaMi said...

Hai Min, cepatlah bermantu nampaknya! Haha.. pas tu, cepatlah pulak jadi nenek... nenek vogue lagi! Hihihi... tapi kan, ma rasa, mesti Miss 11 tu rimas kan? Ye la, cam tak de freedom, asyik diperhatikan je...

lemongrass said...

Noir,
Hahahaha....wouldn't it be fun to go back to that stage with peminat setia :-D

MamaTiaMia,
Salam. Wah, garang jugak ye budak kenits 2 orang tu, memang obedient sangat2 lah ye the patient kalau 'nurses' garang :-D.
I thought memang Uwan suka that teatowel corak, tu yg dia guna teatowel buat kuih sepang, hahahaha

MamaFami,
Miss 11 memang rimas dgn peminat dia ni sebab asik ekor dia ke mana2 aje. I suka jadi nenek vogue tapi not now lah, hahaha

blu4sky said...

LG, biasalah zaman dulu2...and my dad was a teacher...lagi lerr.. i think cara parenting skrg dah byk berbeza dr cara dulu.. we want to be friend with our children.. klu zaman dulu main jegil mata je, kita dah kecut badak.. hahaha

TopsyTurvyMum said...

dan dan nak jadi manager terus tuu..tak tahannn..hahaha!