Wednesday, 19 June 2013

My florentine bars

A lot of people in Malaysia have tersangkut with the florentine cookies/bars craze lately.

I’ve made florentines before for Christmas but a different version yang ada cornflakes, glace cherries and dried fruits and nuts.

This time nak lah cuba yang guna almonds, pepitas and sesame seeds ni pulak.

But everywhere I jumpa, semua recipe guna Florenta mix/ tepung florenta yang sudah semestinya takde dijual kat sini.

So, terpaksalah I googled for florentine recipes yang ada ciri2 the famous florentines kat M’sia tu.

And then terpaksalah alter here and there to suit with what I have….

And this is what I made today.

My version of the florentine cookies/bars without using the mix.

IMG_5731

IMG_5732

Macam mana rasa dia?

Sangat2 lah moreish nya. Tak boleh berenti, asik nak mengunyah aje!

Tapi I tak tau lah whether rasa dia sama atau tak dengan yang kat Msia tu.

IMG_5728

But I still have to tweak the methods a bit so I can get an even crispy layer.

Sekarang ni, hujung2 dia sgt crispy but yang kat tengah not as crispy.

Jangan tanya recipe dulu ye sebab I masih nak betulkan a few steps.

Kalau dah perfect nanti, insyaAllah I’ll put it up here.

12 comments:

Nota Cikgu Anum said...

my fav. klu beli time Raya bkn utk hidang kt tetamu tp utk perut sndri. sungguh evil kann :)

ibh_sue said...

Dah meraban td kat IG..Jamu mata pulak kat sini..Hehehe.. Sue pun tak buat lg sebab tak jumpa tepung tu. Next time boleh try resepi ni. :)

vivien_capri said...

u are a food scientist :D

indahhouse said...

Salam Sis,
Subhanallah. Florentine ada resipy tanpa tepung mix ya? Pandai kak LG buat..
Saya belum berkesempatan nak try bermacam resipi.. dapur masih bersemak dgn barang, dok alih barang dr bilik lain lagi. Entah bila nak habes kemas sejak dr masa pindah haritu. Gatal dah tangan ni nak try resipi, mau tabur tepung kat ruang tamu nih. :D

m.u.l.a.n said...

wowwoowwww... my fav ni..!!! tapi tak rajin la i nak buat.. rajin makan je.. mmg tersohor lately.. tapi dah lama ujudnya florentine bar ni kan..

emy pokden said...

ahh sedapnyer..kalu beli ni mahal jugak tau...

FEENA ZAIN said...

waa... harap2 akak dapat update resipi bila da perfect nt... sgt best mkn bnda ni... kalo da stat mkn, susah nk berhenti... satu balang biasa jual dalam rm25.... makan sndiri je.. tak hidang kt org pun... huhuhu... cara masak dia macam buat muesli ke?

norhidana miswan said...

tgk ni pun dh terasa2 kt tekak, kalu dpt bt nih mmg best... nk try bt utk biskut raya lah

lemongrass said...

Cikgu Anum,
memang sedap sgt kan! Tu yg susah sikit nak bagi kek tetamu, hahaha

Sue,
senang ke nak cari tepung florenta tu kat Msia? Kat sini mmng tak kan jumpa punya lah, hehehe

Vivien,
I wish I am so tak lah susah for me to think of the ways to perfecting the cookies :-)

Indah,
Salam. Kat msia snng nak buat dgn tepung florenta mix tu. Kat sini, terpaksalah google cari recipe lain, hehehe.
Takpe, nanti bila rumah dah siap semua, boleh lah Indah masak mcm2 kan :-)

Mulan,
memang dah lama wujud tp biasalah kan kat Msia tu, food yg femes ikut phases. Skrg tgh phase Florentine cookies ni kan :-)

Emi,
kalau kat Msia, diaorang jual brapa ringgit utk 100g?

Feena,
InsyaAllah I'll put it up here. But so far, I dah buat a few times, masih tak dpt shape yg cantik yg sgt2 nipis and crispy dia sekata. memang kena buat a few more times lagi lah. Happy lah budak2 and hubby I sbb dpt makan slalu, hehehe
Dia lebih kurang muesli without the oats.

Dana,
memang sedaaaaap sgt2

Nurul A said...

Florentinesss!! Sedap giler ni...simple n tak rasa guilty sgr bila makan. sebab nipis je ;)
Tapi kalau dah makan sebalang sekali hadap, sama la jugak kot...hehe

Nurul A said...

Florentinesss!! Sedap giler ni...simple n tak rasa guilty sgr bila makan. sebab nipis je ;)
Tapi kalau dah makan sebalang sekali hadap, sama la jugak kot...hehe

violet said...

assalamualaikum, kak..bila nk update resepi biskut ni ye? xsabar ni nk cuba yg xguna tepung ready mix.