Monday 24 August 2009

Menu berbuka hari ke 3 berpuasa:

kurma

spring rolls

jemput2 pisang (nama glemer banana fritters)

vanilla cake ( Miss 10 yg nak )

chicken kebab

Semua orang sekarang dah kekenyangan except The Other Half. I suruh dia minum air banyak2, sure lah akan kenyang punya, hehehehe… Pandai lah dia cari makanan kalau betul2 dia lapar lagi nanti tu sebab Chef dah gantung apron for tonight, hahaha….

DSCF6882

DSCF6885

Punyalah banyak I masak, kalau tak kenyang lagi tu, memang lah ada belaan agaknya kan. Muahahaha… Esok nak masak apa pulak ye? Baru aje nak masuk 4 hari puasa, dah pening nak fikir nak masak apa untuk berbuka, belum lagi 3 minggu ni! Nak masak main meals tu tak lah pening sangat, nak masak kuih muih tu yang memeningkan sebab I ni bukannya pandai sangat buat kuih muih melayu. Tekak orang2 kat rumah ni leaning towards western tapi bila bulan puasa, tetiba our taste buds teringin pulaknya nak makan kuih muih melayu especially The Other Half. Semalam dia dah mintak apam gula melaka kan, haritu dia ada mentioned nak makan kuih manis guna pulut (lopes lah tu agaknya), pastu nak makan buah melaka… Bila pulak Mat Saleh ni tukar jadi melayu, hikhikhikhikhik…..

Ini pulak gambar The Little Misses masa tengah makan dinner tadi. Bulan puasa ni, we all makan dinner lambat lah sikit sebab nak bagi kuih muih tu settle dulu dalam perut, solat maghrib dulu, baru lah makan dinner.

DSCF6889

DSCF6890

Actually, from the sides, rupa diaorang ada lah some similarities kan (cuma rambut aje lah yg membuatkan nampak lain sangat :-)).

18 comments:

Mira Marlena Abdul said...

Oooh lovely iftar menus u got there kak!Lupa nak wish selamat berpuasa...semoga ramadhan ni membawa berkat kpd kak Min sekeluarga..AMIN...

Biasalah kan,bulan puasa je tekak ni mula nak mengidam makan yg tak selalunya kita masak masa hari2 biasa...including myself and my kids!Looks like the misses really bersemangat berpuasa thn ni ek?
Punyalah banyak makanan,kalau Mr TOH still hungry tak taulah camna nak buat lagi kan? Chef dah gantung apron...ekekeke

Azita Zain said...

amboi min! berderet menu hari ni...! mmg pening kalau fikir apa nak masak dlm bulan puasa ni. kena listkan menu untuk setiap hari. kalu hari2 biasa tu kengkadang boleh juga skip tapi bulan ramadhan ni mesti 2x sehari...cutenya LMs..kalu ngandung dan terkenan kan ker best! hehehe...

arapink said...

menu best2 belaka...kalo ara dok umah kak min, mau naik berat 2x ganda...kekeke...

pada pandangan mata ara yang tak berapa nak bulat ni, miss 10 mirip husband akak, dan miss 5 iras kak min... :-)rambut tu tak pasti...kekeke

kak min try buat kuih talam daun pandan, my mum punya menu hari ni. bau daun pandan tu yg tak tahan...bergegarrrr jiwa...kekeke

lemongrass said...

Mira,
baru 3 hari puasa kan, tu yg masih berkobar2 buat kuih muih :-). Sebab Alya puasa penuh, tu yg I tanya dia aje apa yg dia terasa nak makan, so kenalah Mummy masak mcm2! Hubby tu klu lapar, pandai lah dia buat air panas sendiri, hehehe...

Kak Ita,
tu lah kan, rasanya makin pening nak fikir nak masak apa masa bulan puasa ni. Nasib baiklah we all tak mkn berat masa sahur, so tak lah pening nak fikir masa tu :-).
Psst.. Nak ngandung lagi ke Kak Ita? ;-)

Ara,
Wahhh, best nya ada orang tu Mak dia yg masakkan berbuka hari2, hehehe... I ni kan kuih melayu yg tak simple, memang lah tak tau buat, hahahaha... So, kuih talam tu memang lah out terus!

azah said...

salam min...comel2nya the two misses ni..kalau dah jadi anak dara nnt mesti jadi rebutan...rajinnya masak, bak sini cikit...

arapink said...

iyer ler...mak kiter masakkan utk berbuka hari2...kekeke...pipi merah nih..malusss..

maklumlah kak min, kita ni wanita bekerjaya, balik umah dah nak maghrib...cewahhh..ayat selamat tuh!....

wakakaka :-)

adad said...

simple jek menu akak hari ni. banyak plak kuih muih tu. kalo FIL suka la berbuka ngan kuih muih. tak makan nasik pon takpa tapi MIL plak suka carik nasik. king plak nak western. last2 jiya yg penin. hahahahaha

CS said...

LG, menciii taw.. I dah aim nak buat jemput2 pisang tapi terpaksa abaikan niat untuk memenuhi citara hubby yg nakkan bubur kacang.
Mintak sket 3 biji boleh? BTW, rajin betul chef masak mcm2.

Fazlinil Irma said...

kak min..cuba buat seri muka guna resepi mat gebu..sure sedap..

sy dok sini dok gheja buat kueh tu ja..hihii

ain said...

banyak tu min. kalau akak lah, just buat main dish aje. yg lain2 cari lah kat bazar ramadhan. tengok min nyer kebab, teringin pulak nk makan. boleh beli kat bazar ptg nanti.

jana said...

mynn,
baguslah lah you dapat masak macam-macam untuk keluarga,kuih muih berbagai jenis,zana di sini kuih-muih beli je pasal tak sempat nak buat,balik kerja lambat jalan jammed pula.Bila tengok you masak kuih berjenis untuk anak-anak rasa bersemangat pula,tengok kebab tu macam sedap je,nanti nak beli kyros kebablah kat Malaysia ni kebab tu lah yang terkenal.mynn kulit spring roll tu you buat sendiri ke atau beli yang dah siap.
walaubagaimana pun zana rasa berbangga dengan you kerana tak lupa mengajar suami dan anak-anak you makan kuih muih melayu.Tahniah Mynn

Rahmath @Anak_Mami said...

Hi Mynn,
HAri-hari menu you mengancam jer, terliur plak I tengok pepagi nie and I have a long day to go.Anyway semalam was the first time I pegi bazaar Ramadhan USJ 4 kat umah, I beli Ikan bakar, pulut panggang dan otak-otak. Kuih kat umah I ada goreng karipap (buat banyak and put in the freezer, bila nak goreng jer).Anyway I nak try buat kuih Talam Suji, entah jadik ker tak, and the rest masak lauk-pauk jer.

ibundo said...

Selamat berpuasa. Mesti menu untuk berbuka hari2 sedap.

Ayu said...

aaiiiyyooo....b'deretnya menu akak.w/pun simple tp sedap.ayu lak klu weekend leh la msk b'iya2 sbb tak keje kan.klu weekdays leceh skit nak2 klu hb shift ptg.ayu kena blk s'diri.rushing nak tggu n naik train bagai.tu lom t'masuk train delay or pack.jwbnya tapau jela lauk or kuih2.

~Am said...

Hai....I just started following akak nye blog...bestla blog ni, semangat pulak nak masak (walaupun saya ni pemalas orangnya)...u made it look so simple....hehehe

pizet said...

tu lah kan br brape hari pose dah pening pikir menu buka posa...harap2 blh la bertahan dari pegi bazar ramdhan...

lemongrass said...

Kak Azah,
masa tu baru lah Daddy dia beli senapang patah tunggu depan pintu ye, hahaha... ;-). Masa puasa ni, pening I nak kena masak macam2 kuih!

Ara,
bila lagi kan nak bermanja2, hahaha :P

Jiya,
tu yg nanti jadi mcm I, mcm2 masak sbb nak ikut selera semua orang..pastu jadi mcm restoran, hahahaha....

Cik Som,
psstt...jemput2 tu I yg teringin nak makan(mcm you lah). Tu yg I buat jugak, pastu, orang lain yg makan beria abiskan, hehehe...

Irma,
klu buat serimuka, paling banayk we all makan maybe 5 potong, tu yg malas betul nak buat (macam2 alasan kan bila dah malas ni, hehehe).

Kak Ain,
jangan lah citer pasal Bazaar Ramadhan, sedih ni :-). Klu I kat M'sia pun rasanya lagi bnyk beli dr buat, hehehe

Zana,
Bila nak makan kuih muih tu kat sini, terpaksalah I buat jugak sbb bukan senang nak jumpa kuih muih tu kat sini :-). Dah Mummy n bini dia melayu kan so terpaksalah diaorang berkenalan dgn kuih muih melayu, nasib baik kuih muih melayu ni sedap2 kan!

Rahmath,
I ni dah lama sgt teringin nak makan pulut panggang inti serunding daging tp punyalah malasnya nak membuat, hehehe... Dulu pun masa we all duduk M'sia, boleh katakan hari2 pergi bazaar ramadhan sampai naik muak makan benda beli aje :-). Wknd ni nak buat karipap lah n just put them in the freezer like you..

KakPah,
Selamat berpuasa untuk Kak Pah sekeluarga. Tak lah sedap mana, tp ok lah dgn tekak we all :-).


Ayu,
I masak masa bulan puasa ni start pukul 4 dah masuk dapur so boleh siap semuanya by 6. Tu yg ada masa nak buat kuih yg simple2, hehehe..Nasib baik lah I kerja sampai tgh hari aje :-).

Am,
Thanks ye sbb sudi singgah n follow my blog :-). I pun sebenarnya slalu malas nak masak, tu yg most of my dinners, simple2 gilers, hehehe

Pizet,
I kalau duduk M'sia rasanya memang tak boleh tahan nafsu nak pergi bazaar ramadhan tu, mengancam mata betul some of the food kan!

mieoney said...

biasalh tu kak time2 puasa nie byklah mknan yg kita mengidam..kdg2 sblm nie tak mkn tp time2 puasa tulah mengidam nak mkn..hehe

tp kat sini snglah sketkan cari jer kat psr rmdhn tu cuma kena sediakan ongkosnye jerlah...hehe