Sunday 7 June 2009

Ku sangka terang benderang dan ceria hingga ke akhir, rupanya mendung datang menjenguk juga, hehehe. Setelah 5 hari bersama Mak n Pak mertua, hari ini agak lebih mencabar dan menggugat emosi saya dan Suami saya. Bukan setakat menantu ‘mithali’ saje yang terasa geram sedikit, tapi anak ‘mithali’ itu pun terasa sedikit geram. Nasib baik cuma tinggal 2 malam saje lagi mereka di sini, jadi tak kan sempatlah gunung berapi nak meletup :-). Kalau cuti mereka lebih panjang dari 6 hari, saya rasa agak susah untuk saya menunjukkan muka manis dan ceria hari2, hahaha… Susah lah saya nak kekalkan kejelitaan awet muda saya jika hari2 muka saya ini terpaksa berkerut menahan geram kan ;-)….

Saya dan Suami tidak tahu mengapa Mak mertua tiba2 sahaja sedikit ‘pendiam’ hari ini, seperti ada yang tidak menyenangkan hati nya. Sungguh mengherankan saya dan Suami saya. Pagi tadi, seperti biasa, saya yang memasak breakfast untuk semua orang sebab Suami dan anak2 meminta pancakes untuk sarapan pagi. Mak mertua saya pun seperti biasa hanya keluar bilik selepas sarapan siap dimasak jadi tidak mungkin lah dia terasa hati sebab itu kan, hmmm…. Kemudian semua orang memuji pancakes yang saya masak tu termasuk lah Pak mertua sekali, mungkinkah dia terasa hati sebab seolah2 saya menunjuk2 akan kebolehan saya memasak? Takkan lah saya tak nak masak yang sedap2 untuk anak2 saya dan Suami saya semata2 tak nak bagi Mak mertua saya terasa hati. Atau mungkin dia tidak cukup tidur kot malam tadi di sebabkan mee kari yang saya masak tu….Arghhh, tak paham.. tak paham….!!!

Oh ye, baru saya perasan, sepanjang Mak mertua berada di sini, belum sekali pun dia memuji masakan saya atau mengucapkan terima kasih kerana saya memasak sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Seolah2 dia tidak suka masakan yang saya masak :-(. Sebenarnya, Mak mertua saya rasanya teramatlah jarangnya memuji masakan saya selama ini. Pak mertua saya mengucapkan terima kasih dan memuji selepas setiap kali habis makan, mungkin kah itu yang membuatkan Mak mertua saya terasa? Tadi saya pergi ke rumah kawan untuk minum petang dan kawan saya berkata kepada Mak mertua yang saya ni pandai masak macam2 dan sedap2 belaka, sedikit pun Mak mertua saya tidak mengangguk kan kepalanya menyetujui kenyataan itu. Suami saya yang selalunya tidak peka benda2 seperti ini pun tadi perasan yang Mak dia buat derk saje kepada kenyataan itu…. Sedih betul saya rasa sebab macam dia tidak menghargai penat lelah saya memasak sepanjang2 dia berada di sini. Pagi tadi pun, selepas sarapan, mereka keluar bergumbira dan saya tinggal di rumah untuk mengemas rumah dan menyiapkan persiapan dinner di dalam slow cooker. Tadi semasa dinner, dia cuba berkata yang sweet potato yang saya masak dalam slow cooker itu sedap tapi sedikit pun dia tidak memuji ayam yang saya masak bersama2 sweet potato itu. Mungkin memang betul seperti yang saya beritau kepada Suami saya, Mak mertua saya tidak suka masakan saya langsung agaknya! Nasib baik lah anak lelakinya aka Suami saya suka segala masakan saya kan, hehehe. Satu lagi yang saya rasa agak terkilan, dulu semasa di Adelaide, jika kami di jemput ke rumah mereka untuk dinner dan Suami atau saya tidak menolong di dapur, Mak mertua saya akan bermasam muka. Tetapi, bila mereka di sini, boleh pulak nya mereka tidak kisah jika mereka tidak menolong langsung di dapur! Saya tak kisah jika mereka tidak menolong di dapur langsung tetapi jangan lah jadi hipokrit, di rumah sana lain, di rumah sini lain. Itu yang saya rasa betul2 tak aci kan, hehehe….

Satu lagi perangai Mak mertua saya yang cukup kami tidak suka ialah sifatnya yang suka mendisiplinkan The Little Misses even sebelum sempat kami mendisiplinkan The Little Misses. Sebagai contohnya, jika Miss 5 sedikit nakal, sebelum sempat kami marah Miss 5, Mak mertua akan terlebih dahulu marah Miss 5. Kami tak kisah dia marah The Little Misses jika memang betul2 perlu dan kami tiada di situ. Tetapi yang kami geram nya, kami ada di depan mata dan kami memang pun sudah sedia untuk memarahi The Little Misses jika mereka nakal tapi Mak mertua akan sentiasa memberikan ‘ceramah’ dahulu sebelum kami! Sehinggakan Suami saya selalu terpaksa memberikan ‘ceramah’ sedikit kepada Mak nya supaya ‘chill out’ dan membiarkan kami yang marah The Little Misses. Suami dan saya rasa anak2 kami ni tidak lah senakal mana jika di banding kan dengan ramai lagi anak2 orang lain. Bukan kami saje yang rasa anak2 kami ni selalunya bersopan santun dan berbudi bahasa, kawan2 dan rakan2 kami yang lain pun bersetuju dengan kami. Mungkin Mak mertua saya rasa yang dia dah lama makan garam jadi dia lebih tahu segalanya dan ingin semua orang tau yang dia tau segalanya! Saya ingat dia sudah tidak membuat perangai begini lagi, tapi betapalah silapnya saya sebab semalam dan hari ini, sudah beberapa kali saya mendengar dan melihat dia melarang Miss 5 dari membuat sesuatu di depan mata saya sebelum sempat saya membuka mulut!!! Tetapi, disebabkan saya ni menantu mithali, saya tak lah kata apa2 kepada Mak mertua, saya biarkan dia sahaja… Mak saya sendiri pun tak buat macam ni tau!!!!

Suami saya menyuruh saya cancel cuti saya esok dan pergi kerja sebab dia sudah dapat merasai yang jika saya ikut bersama2 mereka berjalan2 esok, gunung berapi di dalam hati saya ini akan meletup, hehehe… Sebab gunung berapi di dalam hatinya pun dah ingin meletup jugak sebenarnya. Ada lagi banyak benda sebenarnya yang menggeramkan perasaan tetapi biarlah saya memendam nya dalam hati, hehehe…..

Takpe, mereka akan balik semula ke Adelaide hari Selasa ini dan saya akan kembali ceria seperti tiada apa2 yang telah berlaku :-). Tak guna saya fikir panjang2 pun, bukannya saya berjumpa mereka tiap2 minggu, cuma setahun sekali paling kerap pun. Let them be……

29 comments:

Anonymous said...

salam LG....lamanya saya menunggu entry anda untuk hari ni hehehe ;p sabar lah wahai pn.LG...anda ada dua hari je lagi untuk melayan karenah ibu mertua anda tuh....saya dapat rasakan yg dia mmg la cemburukan kecekapan anda di dapor ketika menyediakan makannan yg sedap2 itu...btw, mlm ni masak apa ??? hehehe ;p

Anonymous said...

laaa boleh tak perasan dah cerita ehh dinner masak apa? hahaha ;p

Ms Red Hat said...

Dearest Mynn

Sebagai seorang sahabat yang melihat dengan kaca mata sendiri karenah "ibu mertuamu" tadi - saya faham perasaan sedih anda. Saya rasa sebenarnya dia memang akui awak pakar masak cuma terlalu berat untuk lidah beliau memberi pujian dan mungkin tersemat perasaan cemburu tapi kita bersangka baik sahajalah supaya tidak bertambah kerutan di dahi.
Yang penting suami dan anak-anak awak menjilat sudu-garfu dan pinggan setiap kali selepas makan masakan anda!Dan Allah memberi banyak pahala atas kesabaran anda melayan karenah ibu mertua yang cerewet itu!

Hehehe Mynn if my MIL is fussy, i just hang my pots and pans and order straight from the shop! Anyway I admire your patience!

CS said...

Syabas LG. You're almost 'there'. Dont let the setan ganggu gugat kemithalian you as a superb DIL. Nak tanya, hubby you is the only son ke?

Aymy With L♥ve said...

K myn, banyak2 bersabar ler... orang tua ni memang kadang2 kerenah dia susah kita nak paham kan... yang penting kita dah cuba sedaya upaya nak entertain n amik hati diaorang dan niat kita ikhlas... bukan sengaja2 nak tunjuk sapa lagi hebat kan... tapi betul mcm akak cakap, tak guna fikir panjang2... lagi byk pikir, lagi serabut kepala... sabo yer kak...

Anonymous said...

LG, reading your story reminds me of PRamlee's film Ibu Mertuaku, Maklong bersyukur that my MIL is such a lovely person. She's just like my own mom away from home. Sabar je la... If I were in your place I don't think I'll be able to be as good as you. You've done your best. Unfortunately you can't make everyone happy. Lets hope she'll mellow with age.

nj said...

LG...
It's getting difficult ye...
Psychologically, I'd think that is a way of her showing she'll be leaving soon and gonna miss u guys... And I believed so.
Through all the wonderful days they'd spent with all of u esp the cuties...I strongly believe there is nothing wrong or bad about u or ur hubby, it is just how an elderly would react in circumstances...jgn ambik hati sgt ye LG, 2 hari je lagi kan

lemongrass said...

Lynna,
saya ingin menulis lebih awal tapi apakan daya, Mak n Pak mertua melepak2 bersama2. Kemudian CSI pula ditayangkan di TV,jadi lagilah lambatnya, hehe...Mungkin dia cemburukan ke organisasi an saya kot, hahaha

Salina,
Selalunya dia lagi peramah dari tadi tapi ntah mengapa, dia agak pendiam semlm, malas sudah saya nak fikir :-). Takpe, like you said, asalkan anak2 dan suami dan kawan2 suka makan masakan saya dan beri pujian, sudah cukup buat saya, hehehe..

CikSom,
memang betul, suami saya tu adalah anak tunggal dlm keluarganya! Itu lah sebab nya saya lah menantu 'tersayang' seorang, hehehe

Aymy,
tu lah kan, bukannya kita nak menunjuk tp nak bagi/masak yg terbaik utk diaorang, still tak puas jugak! :-)

MakLong,
My MIL ni rasanya dgn keluarga aje yg dia tak berapa lovely, hehehe. But mmng betul cakap u, kita tak boleh nak gembirakan hati semua orang :-). Biar aje lah kan....

Noorma,
Maybe what you said is true,dia tengah bersedih sbb nak berpisah, tu yg dia monyok aje semlm. I tak ambik hati sgt tp geram n sedih jugak lah kan, but takpelah, tinggal hari ni aje lagi :-)

Flower said...

Mynn
Kesian sungguh saya dengan Mynn. Macam tu agaknya hidup dengan mertua. Sorry lah kalau saya menyinggung perasaan Mynn. Mungkin dia berkelakuan gitu sebab dia kurang senang anaknya berkawin dengan Mynn sebab Mynn dah 'mencuri' tempat dia didalam hati anak lelaki dia. Kadang-kadang ibu akan terasa especially bila anak lelaki berkawin. Iyalah mungkin sekarang yang no. 1 bukan lagi dia. Yang pandai masak dan manja2 kan anak dia bukan lagi dia. Jadi macam Mynn ni musuh dia dalam 'perlumbaan hidup'. Walaupun saya tak mertua, tapi saya ada seorang adik ipar perempuan yang dulunya ego spt MIL mynn. Dia ingat dia 'lebih' dalam hati abangnya. Maklumlah abang nye/DH saya yang banyak menjaganya sehinggakan dia terlebih kurang ajar. Tapi di suatu hari DH dah tak tahan lagi terus menerus 'told her off' (apa lak benda alah ni dlm BM). Sampai sekarang walaupun tinggal sepekan, tak pernah tandang menandang,tak pernah kunjung mengunjung apatah lagi bertelefon. Kalau berjumpa pun hanya saya yang bercakap adiknye (walaupun satu tau apa yang pernah dia buat) tu dan DH hanya memerhati dgn muka yg serious. Kalau berckp pun hanya yes, no n maybe. Barulah dia tau berapa tinggi langit n bumi ni. Walaupun adiknya berulang kali ingin berbaik kembali, ais telah menjadi air, kesabaran tu ada had nya. Sorry no cure.

Sekali lagi, maaf ye jika menyinggung perasaan. Terasa pulak nak berkongsi pengelaman yang tak seberapa indah ni. Macam-macam betul hidup berkeluarga ni.

my little family / kaftanbatik said...

LG, mungkin semangat 'perkauman' masih menebal dlm diri ur MIL tu dan dia sedikit tidak open minded & ego sket la... Biasa la, bkn semua org boleh terima bangsa asing dlm keluarga depa. mcm org2 tua kat kg kita jgk la..hehe.Lagi satu, dia mesti sedikit tercabar dgn ke'terror'an u memasak (yg ni tidak dinafikan lagi..hehe) apa2 pun MA mmg admire la dgn tahap kesabaran u & yg penting d other half pun menghargainya..tu pun dah cukup kan? hehe..caiyok2..!

nasib baik my MIL ok jekk...(hopefully?? hahaha)

Ayu said...

k.myn...klu n3 seblm ni pp ayu sengal dibuat akak,n3 kali ni lak buat ayu b'fikir panjang.hm...nak beri nasihat,ayu tak pandai since akak lbh dulu mkn garam dr ayu.nak bandingkan pengalaman ayu dgn my MIL,we all tak close sgt.tp hubungan kita org so far so good la...

pape pun ayu hrp akak b'sabar la byk2.biasala org tua kak...ada kerenah n ragamnya.kdg2 dorg buat mcm tu sbb nakkan perhatian kita (especially ank dia la).nak m'duga kita (sape lg klu bukan menantu t'sayang) pun ye gak...maklumla jarang2 jmpa.

ain said...

rasanya akak boleh fhm apa yg min rasa. ye lah, lepas kita bersusah payah memasak, try to make them happy tp tak de sedikit pun pujian atau ucapan tq. kalau org luar mungkin ianya bukan 1 isu. but she is ur MIL. tp kan akak rasa, dia tau u masak mmg sedap, cuma sbb rasa cemburu min amik anak dia, tu yg dia react like that. and menegur miss 5 tu pun adalah reaksi dia not so happy with u bukan sbb miss 5 nakal.

apa2 pun, akak harap min lebih byk bersabar, jgn sampai meletup ye nanti keadaan akan jd more worse. lg pun just another 2 days je kan.
just be happy!!!

Fazlinil Irma said...

akak..smile :)
utk sy yg senang dgn cerita2 akak..
x palah kak..MIL akak tu dah xde sapa dia nak 'manja2'..
akak sorg la menantu dia sampai hujung nyawanya..
mungkin ambil masa sedikit utk hadirnya kemesraan tu..
teruskan berusaha dan berdoa..
sy doakan satu hari nanti lembut hatinya dgn menantu dia yg tunggal ni ;)

masa tu pujian sampai melimpah2 tak tertadah telinga nak dengar.. hehe...

adslmh said...

hi! saye ni silent reader tp hari ni saje nak comment hehe
agaknye kalau mertua tu mmg begini kot, tak kira kulit cmne pn kan
walaupun saye tak pernah cuba masakan anda, saye nak puji jugak!
anda mmg pandai masak!
:D

btw, anak2 anda sngaaatttt comel!

mrswongjowo said...

LG...
as I said before kita serupa...he..he..mine still around tak tau sampai bila coz of the health condition. Alhamdulillah they are easy..tak pernah complaint or anything and my husband usually 'lepas tangan'. Tak pe saham akhirat la ni. The MIL n FIL tak menyusahkan cuma kekadang terasa hati bila ada few IL yg dtg jenguk wearing their expensive cloth and accessories duduk berpeluk tubuh...hish..hishh baik tok sah datang! Kita yang terhegeh-hegeh prepare itu ini...well istighfar banyak-banyak je lah.... Good Luck to you and doakan I sentiasa menjadi isteri yg diredhai dan menantu yg disayangi he..he....:)

Mimi Sharif said...

Akak LG,
Kabare?
Sy ni silent reader ajer...
Tp suka sgt dgn blog akak ni expecially your resepi yg mcm2 tu...
ye la, sy ni kat Kulim jer...
Mana nak pandai masak2 western ni kan...
Jadi, mmg sy akui sy curi2 resepi akak ni...
merasa la jugak makanan omputeh ni...
mengikut tilikan saya, MIL akak ni jealous dgn akak...
dia agaknya tak bleh terima melayu-jawa macam kita ni pandai masak2 makanan dia...
hahahahah

Anonymous said...

isk tsk ish...nak komen lg la hehe...kalau betol pun mak mertua LG ada perasaan krg senang dgn menantu dia yg mithali tuh (puji neh takde apa2 maksud tersirat ehhh LG ;p) tp jgn la "lash it out" to Cik 5 yg comel tuhhh....cian dia tak pasal2 jadik mangsa keadaan...bak kata kwn saye...gajah bergadoh, kijang tersepit??? hehehe ;p

Ajzie said...

your mil dah nak balik kan.. harap semua ok ok ajeeee.. peace... hihihiwewe

lemongrass said...

Nora,
kiranya yr hubby mmng dah tak boleh nak baik lagi lah ye dgn his sister? My MIL ni kdg2 baik, kdg2 lain mcm. My hubby kata maybe dia ni ada perpetual PMT kot, hehehe. But yg heran nya my hubby mmng tak pernah jadi Mommy's son so mmng bukan jenis yg bawah ketiak mak aje so tak tau lah kenapa. But like you said, probably dia terasa sbb skrg ni my hubby tanya my pendapat first and mintak my 'persetujuan' before buat s'thing instead of tanya mak dia, hehehe...

Mama Anis,
tu lah, mmng beruntung lah jugak I sbb my hubby mmng tak pilih pihak n tak menangkan Mak dia aje. Di pun terasa jugak bila mak dia kdg2 treat wife dia tak brapa betul :-). Tu yg we all just buat tak tau aje sbb bukannya lama pun dia kat sini kan, esok dah nak balik n merdeka lah kita orang, hehehe

Ayu,
tu lah kan,ramai orang bnyk lah ragam so tu yg I buat tak reti aje bila dia berperangai mcm ni, malas dah I nak fikir2 lebih2 :-).

Kak Ain,
Agaknya dia rasa kdg2 mcm I ni bukan the perfect wife or the perfect Mum kot tu yg dia tak brapa ngam dgn I, hehehe. Mmng lah I ni tak perfect tapi dia pun 2X5 dgn I jugak kan, hahaha :-).

Irma,
Perangai dia yg kejap mesra kejap masam tu yg buat we all tak larat, hehehe. Sebab tak dpt nak agak apa yg buat dia masam tu :-)

Aida,
slm kenal. Betul ckp u, mertua ni tak kira warna kulit, lebih kurang aje semua, ada yg baik, ada yg tak brapa baik sgt dan ada yg teruk abis, hehehe...Takpelah klu dia tak minat masakan kita, asalkan anak2 n suami suka, cukup lah kan, hehehe...

Mrswongjowo,
hehehe....U pulak siblings in laws pulaknya ye yg buat perangai. Manusia ni mmng lah kan, sabar aje lah dgn perangai diaorang ni.. Jgn lupa senyum sekali, hehehe..

Mimi,
slm kenal :-). Agaknya lah dia jeles sbb dia ingat cuma mat saleh aje yg pandai masak ni, hehehe. Pastu dia tension agaknya sbb I boleh masak western n asian dgn jayanya tp dia tak brapa boleh nak masak asian, hahaha....

Lynna,
nasib baik lah my kids ni jenis yg tak kisah sgt bila kena tegur or kena marah sbb dah terbiasa kena marah n tegur dgn we all, so diaorang tak lah ambil hati bila kena tegur dgn Nana dia. Tapi anak2 I patutnya bagi lah chance I marah or tegur diaorang dulu kan instead of MIL aje yg nak beria2 tegur, hehehe...

Ajzie,
A'ah, esok pagi2 morning dah nak balik so tinggal 1 mlm aje dgn diaorang, yeay.... hehehehe

Ida said...

Salam Mynn,

Mmmm...kesian kat u memendam rasa...tak perla...bawa2 la bersabar agar semuanya berjalan dengan lancar....doa-doala agar mereka juga mendapat hidayah Allah...mana tau kot2 satu hari depa berubah hati terus u jadi menantu kesayangan...

Ummi Qisti said...

sian akak..x pe kak...sebenornye dlm ati MIL akak tu mengiakan tp dlm mulutnya tu ada diamond ssh nak kuarkan..anyway saborrrrrrrrr byk2 kak yeh esok everything settle pas tu ape lg..kita enjoyyyy!! heee..

Flower said...

Mynn
Kakak my hb mmg baik. We have no problem with her. Ada jugak we all bertandang tandang ke rumah dia kat Bunbury. Tp yg bermasalah ialah adik pompuan dia ni. Susah nak ckp. Panjang ceritanye. Kalau nak ckp pun mau jadi novel mcm you jugak ni. Berjela lah comment I nanti.

Hani said...

LG, lepas baca your entry, rasa macam takut la pulak... memikirkan I akan pulang ke tanahair 2 WEEKS bersama mertua WITHOUT Mr.Samurai. mulai sekarang sudah merasa seram sejuknya.

tapikan nanti kalau I geram sangat, I tinggalkan jer diorang kat mana2. pandai2 ler diorang cari jalan balik ke Jepun nanti. wahahahaha. dahsyat kan menantu sorang nih :D

ICook4Fun said...

Munkin mak mertua you tu jealous kat you kerana you pandaimasak dan jaga suami dan anak anak. Apalah lagi suami dia puji masakan you sedap :) What to do...sabar sajalah dengan perangai dia after all dia dah nak balik. If not susah pulak hubby you nanti. Don't know to side you atau side mak dia sendiri :)

lemongrass said...

Ida,
I lah menantu dia sorang so kiranya I ni menantu kesayangan dan menantu paling tak disayang lah, hehehe...

Ummiqisti,
wakakaka...takut sgt ye terkeluar diamond tu, tu yg asik tutup mulut aje ye! ;-P

Nora,
wah, lagi dasyat u nya story ye. Jom lah sama2 tulis cerpen, boleh kita publish buku sama2, hehehe...

Hani,
I cuma nak wish you good luck lah sangat2 ye sebab I pernah buat mcm tu dulu, cuma beberapa hari aje dgn PIL without my hubby, itu pun I dah rasa cukup seksa, hehehe. Geram tak terkata!!!
Memanglah you ni menantu hantu klu u tinggalkan diaorang kat mana2, hahaha.....

ICook4Fun,
I know, maybe that's the case lah dgn MIL i ni. Tu yg I mmng cuma boleh sabar aje, hehehe... Malas dah nak layan her perangai :-).

weeda said...

Owhh...kisah cerpen sudah tamat hehehe...harap sis dapat bergumbira semula :)

lemongrass said...

Weeda,
mmng dah tamat kisah cerpen pagi tadi, baru lah boleh lepas nafas lega, hehe..

Mira Marlena Abdul said...

Hi kak,sebenarnya baru terbaca 'cerpen' akak ni setelah scroll down to the very bottom of this page.Nasib baik la akak tak selalu jumpa MIL akak ye? Sedih saya baca entry akak ni...yelah kita memang cuba sedaya upaya nak entertain MIL yg sepatutnya kita anggap macam mak sendiri tapi saya faham perasaan akak...bawak bersabar ye kak..nasib baik husband akak ni memahami situasi ni..yelah kadang2 tu anak memang nak menangkan maknya ye tak? Berdoalah semoga satu hari dia berubah...

Boleh tanya sket? Apa zodiac MIL akak tu? saja nak tau..kita ni bukanlah astrologer cuma kadang2 we can describe a person's behaviour by their star sign.

lemongrass said...

Mira,
dia sama zodiac dgn I, bday dia about 9 days after me. We r both Cancerians, maybe sbb tu kot asik menyepit each other aje, hehehe