Sebenarnya saya berasa sedikit sedih sebab malam ni adalah episode terakhir saya menulis cerpen ‘ibu mertuaku’ , rasa macam dah sebati pula dalam jiwa menulis dalam BM ni, hahaha… Tapi disebalik kesedihan tu, terselit perasaan ceria sebab mulai esok, saya boleh bergumbira semula :-). Cuma kena berjaga2 sedikit sebab saya tidak mahu menunjukkan perasaan ceria hati saya di depan The Little Misses yang sedang bersedih sebab Nana n Pop kesayangan mereka akan kembali ke rumah mereka semula. Jika saya terlalu ceria walhal mereka bersedih, sudah semestinya mereka akan musykil kan, jadi baik saya pendam kan dulu perasaan ceria ini dan pasangkan ‘topeng’ sedih ke muka :-(, hehehe…. Ciri2 menantu mithali, hikhikhik….
Seperti yang telah di rancang di dalam jadual, Suami, anak2 dan Mak n Pak mertua pergi berjalan2 ke Mandurah pagi tadi sementara saya pergi bekerja. Tenang hati saya semasa bekerja tadi sebab tiada gangguan emosi :-). Suami saya bercerita yang Mak dia sangat gembira semasa di Mandurah tadi. Suami bercerita yang Mak nya begitu ramah berbual2 di sepanjang perjalanan tadi dan sentiasa murah dengan senyuman. Ini membuatkan dia dan saya tertanya2, mungkin disebabkan ketiadaan menantu ‘mithali’ tadi yang membuatkan Mak nya lebih ceria. Mungkin dia lebih gembira jika saya tiada bersama. Mungkin dia ‘takut’ dengan saya kot, so bila saya tidak ada, dia boleh bergerak dan tersenyum bebas, hehehe… Apakan daya, kehadiran saya tidak di perlukan, sob sob… Hmmm……
Pak mertua saya pun tersangatlah gembiranya sebab dapat ke Mandurah menaiki keretapi sebab memang itu yang dia ingin lakukan semasa berada di sini. Tapi yang saya nak tergelak, pak mertua saya ni teramatlah asyik nya dengan GPS system kepunyaan dia. Ke mana2 kami membawa dia berjalan2, dia akan terus memasang alat itu sebaik sahaja memasuki kereta dan akan leka melihat GPS nya daripada melihat pemandangan yang indah di luar tingkap! Begitu juga tadi semasa menaiki train yang di idam2kan nya itu. Suami saya berkata, sepanjang perjalanan ke Mandurah dan balik, dia tidak langsung memandang pemandangan di luar tingkap keretapi, matanya leka memandang sahaja ke GPS dan ke laptopnya! What’s the point! Tak ke lagi bagus dia melihat pemandangan yang cantik2 di sepanjang perjalanan itu? Hairan betul lah, hehehe…
Oops, nak luruh jantung saya dibuatnya, tiba2 mereka datang semula ke ruang tamu. Kita sambung kemudian ye…
15 minit kemudian….. sambungan cerpen…
Dan untuk dinner terakhir bersama Mak n Pak mertua, saya masakkan jemput2 udang kegemaran Pak Mertua as entree, butter chicken, cucumber raita, poppadum yang dimakan bersama nasi minyak sempoi dan roti paratha as mains. Saya lah yang memasak sorang2 di dapur while Mak mertua saya duduk senang lenang membaca surat khabar di ruang tamu. Mereka hanya duduk di meja makan bila makanan semua sudah siap terhidang. Nasib baik ada Suami yang rajin menolong saya menyediakan meja makan tadi jadi ringan lah sedikit persiapan untuk dinner tadi. Tapi seperti yang dijangkakan, tidak ada sepatah pun pujian atau ucapan terima kasih yang keluar dari mulut mereka. Mak mertua saya makan nasi dan roti canai bertambah tapi sedikit pun tidak berkata apa2 kepada saya. Selepas mereka selesai makan dan saya dan Suami mengemas meja makan, mereka terus beredar ke ruang tamu! Saya luahkan rasa terkilan saya pada Suami. Dia hanya boleh berkata, “saya minta maaf bagi pihak Mak n bapa saya yang kadang2 memang agak liat untuk mengucapkan terima kasih”. Kemudian dia menyambung, “tapi saya amat2 menghargai segala yang isteri saya telah buatkan untuk keluarga ini dan untuk Mak n Bapa saya sepanjang mereka berada di sini dan saya sayang sangat2 dengan isteri saya!” Auwww…… tangkap syahdu sekejap, tak jadi saya nak bermasam muka, hahahaha…… (tapi saya rasa lebih romantik bila di translasi kan balik ke dalam BI, hehehe).
Saya rasa 6 hari adalah jangka masa yang maksimum untuk saya dan Suami tinggal bersama2 dengan Mak n Bapa nya di dalam satu rumah. Suami saya pun sangat2 bersetuju dengan pendapat saya ini, hehehe…. Dia berkata bahawa dia rasa percutian kali ini adalah percutian yang sangat kurang dengan perasaan geram dan bermasam muka sebab masa bersama2 yang pendek dan ketiadaan saya disebabkan kerja, hehehe… Suami saya tadi berbisik ke telinga saya, “kita memang sudah pasti tidak akan kembali semula ke Adelaide untuk bermastautin di sana!” dan kemudian dia berkata “ jika mereka tiba2 ingin berhijrah ke Perth, kita sudah semestinya akan segera berhijrah ke tempat lain, UK most probably!”. Wehehehe…..
Saya akhiri cerpen bersiri ini dengan rasa sungguh syahdu. Terima kasih kepada pembaca semua yang sudi membaca kisah bersiri ini tiap2 malam dan sanggup menunggu sehingga entry saya di post, hehehe….Dan terima kasih juga atas sokongan dan ucapan yang memberangsangkan dari kawan2 semua. Saya tau, saya tidak sempurna dan amat jauh sekali untuk jadi menantu yang mithali. Mungkin juga saya selalu membuatkan Mak mertua saya kecil hati dengan keletah saya atau dengan sifat saya yang entah apa2 ni. Mungkin juga kami berdua teramatlah ‘stubborn’ nya dan dua2 hendak menang setiap masa tapi saya rasa sekarang ni saya lebih banyak mengangguk sahaja dan tidak berkata apa2, dah makin malas nak melayan kerenah dia tapi dia masih seperti dulu, hmmm……. Mungkin satu hari nanti dia akan berubah :-)…..
Sebagai penamat, jom layan gambar yang Suami saya ambil di Mandurah tadi..
Anak cina sesat, hehehe…..
Cantik kan dolphin yang berenang2 manja di tepi bot cruiser yang mereka naiki tadi.
Anak cina dan anak arab berjalan bersama2 minah saleh blonde dan dua orang mat saleh. Mesti semua yang melihat mereka berjalan bersama2 menoleh dua tiga kali kan, hahaha…..
27 comments:
Salam akak LemonGrass,
Syabas mera betti.... (cakap ala2 hindustani tuh...)
Akak berjaya mengharungi 6 hari bersama MIL & FIL...
Sekiranya saya di tempat akak, entah di mana saya nak cari sumber 'kesabaran' tu...
Alamak kak, gambor dinner tak de ker? Heheheh
SALAM PERKENALAN....
cik Lemon,
Apa macam sekarang lega? semua dah selesai. Dah kira menantu mithali la tu siap masak macam-macam bagi. Orait tu ego saje MIL cik lemon tak nak puji menantu dia.
Hi Mynn,
I have been an avid but silent reader of your blog. I nak tinggalkan mesej sebab hati I bergerak ke arah itu. I can totally understand what you are going through as I had similar problems with MIL (PIL passed away when hubby was young). Anyway, your MIL punya behavoiur sebijik macam MIL I. Anyway, itu semua dah jadi kenangan as MIL passed away last year after a short ilness, but the sad part was we never became buddies..apa nak buat nasub badan. I laughed when you wrote that dia jadi silent when you are around and never "puji" your masakan. Sama lah kite....
Thank you for keeping me entertained with your celoteh and giving me inspiration for cooking our dinner here. Sometimes hubby and son nampak macam impressed jer..ha, ha, ha !!
Take care!
kak..cian plak kt akak ada part yg sedih:(..xpe sabar ye..pasni da tinggal akak sefamily aje mesti ceria n gembira ...errrm nmpaknya da 3 mlm ni misz ur dinner yang nyaman tu...:p kalo tak wetengku yg ngelih ni jd warekkk...:)
LG.. Salam
As your silent reader, I should salute you dgn apa yang you tempuh for the past 6 days. Welcome to the real world of a marriage. Tak semua dapat perfect PIL. Apa-apa pun, keep up the good work with your family. Take care..
akak..xpalah, x dapat MIL yg ngam tp dr cerita akak sy tahu akak dapat suami yg sgt baik..
alhamdulillah, x tumpah perangai maknya ke anak..ngeee..
sy suka part "jika mereka tiba2 ingin berhijrah ke Perth, kita sudah semestinya akan segera berhijrah ke tempat lain, UK most probably!”. Wehehehe…..
waaa..seronoknya kalau akak pindah kat sini..hehe
tp, masa tu sure sy dah balik malaysia :D
LG...sayu pulak i baca entry u kali nie..he..he.. tp syabas sbb semua dah selesai...
LG, should you ever decide to come to UK, Paklong and and I will be the first to welcome you. Tapi kalau tak migrate pun, datanglah jugak.
LG, kena nyanyi auld lang syne dengan penuh perasaan nih. Jgn lupa hugs n kisses sekali. Hehehe...
Mimi,
slm kenal fr me too :-).Akak dpt sabar sbb fikir ramai lagi menantu perempuan kat seluruh dunia yg dpt MIL lagi teruk dr Akak, hehehe...Tapi nasib baik 6 hari aje kan!
Cik Moon,
agaknya ego dia tu lah yg membuatkan tak terkeluar2 pujian dr mulut dia,hehe. Dlm hati dia agaknya berkata yg dia lagi terer masak dr I so buat apa nak sibuk2 puji masakan I yg tak seberapa kan :-).
Hi Rahmath,
Thank you for coming to my blog and becoming an avid reader of it. I do appreciate it :-). Unbelievable isn't it when you find out that MILs everywhere can be the same, hahaha... Maybe there's a certain MIL mould somewhere that they have to conform to once they become MILs! I don't think my MIL & I will ever become great buddies but I just hope one day that she can accept me as I am with all my flaws and faults :-).
I'm glad that yr family is impressed with your cooking now ;-)
Mummyseri,
I pun dah gian nak ambik gmbr makanan ni :-). Mlm ni sama ada I masak best2 atau we all keluar dinner outside meraikan kemerdekaan! Hahahaha....
Jue,
thanks for being a reader of the blog :-). Sangat lah envious kadang2 tengok menantu2 yg dpt perfect PIL ni but sgt bersyukur jugak sbb my PIL tak seteruk n se nasty some other PIL :-).
Irma,
klu diaorang pindah sini, we all nak pindah sejauh mungkin so diaorang tak boleh nak ikut sama, hahaha... Ini my hubby punya cadangan lah!
Moi,
sayu ye? alamak sian nya u, hehe. tapi it's good semua dah selesai kan :-).
MakLong,
Best nya dpt welcoming party ni. Thanks for that :-). One day mmng teringin nak pergi sana, insyAllah..
CikSom,
wahahaha... I nyanyi dlm hati but part bertemu lagi tu yg tak larat ;-P.
Syukur, penantian akhirnya berakhir, kepulangan yg dinantikan, bukan ke sini tapi ke sana.
Lupa lak. PIL masa dlm boat tu ada gaya jadi Indiana Jones. Sbb tu asyik ber GPS, mcm pergi adventure to the unknown....
muahahahhahaha..btl2 cerpen ni/....fully BM tu hehehhehehe...tak pe kak..dh ok tu layanan akak heheheh
salam LG, sebagai silent reader blog ni membuatkan hati saya tertanya2 dan membuat kesimpulan sendiri.. minah saleh tak sama dengan perangai, sopan santun, kata-kata memuji seperti makcik2 melayu kita.
saya sgt teruja dgn kesabaran dan keberlakonan dr LG.
salam perkenalan dr saya
min...touchingnya entry kali ni. x pe lah min, kalau your mertua tak ucapkan terima kasih atas penat lelah min, asalkan your d other half menghargainya, pd akak dah cukup berbaloi kan. depa pun dtg cuma sekali setahun aje. kalau selalu, mmg nak kena la.hehehehe!!
berakhir sudah cerpen bersiri yang terasa amatla panjangnye ni..hiih
tergeliat otak nak bace tulisan LG dlm BM sumenye..sebab dah biase msk blog ni mesti nak gelak2 n bace dgn ceria..
anyway..well done la =)
mmg sepatah haram dorg takkan paham..hihih
k.myn....akhirnya tamat sudah hari2 penuh 'penyeksaan' akak.wweehhh...kejam sungguhnya bunyinya tu.hehehee...tp ayu respect akak sbb leh sabar dgn kerenah dorg.klu ayu la...lom tentu lg kot.tahniah kak!
psl dorg tak appreaciate apa yg akak dah buat tu biarla kak...bak kata akak,yg penting ur hb n anak2 hargai seme tu.tu lg penting sebnrnya sbb dorg tu la tmpt kita b'gantung hrp n b'manja.
kak...baru ayu perasan,miss 10 tu leh geng dgn faris la.klu dorg jln sama2,sure org ingat adik beradik sbb faris pun ank cina gak.
LG, kompius nih..LG keja ka? bkn as a home manager ka?
Tp kan..walaupun kecik ati dgn sikap MIL u tu, tp u tetap untung bcoz cik Abe still be by ur side kan..kan.. i like!..:-)
LG,
Happy Merdeka! Bestnya you dah boleh hooray. Myself nak update blog pun tak cukup masa. But from tomorrow till weekend husband cuti so I boleh bernafas la sikit...Today I buat western breakfast and they all suka makan alhamdulillah senang & mengenyangkan. Going to try yr muesli lak....
Congrats dear... dont bother too much abt her ok...its not worth it.. dah memang semula jadi agak nye... as long as ur hb appreciate u ok.. my PIL lagi teruk...i went thru so much worst sampai dah jadi kebal hahaha.. u get silent treatment.. yg me... ade ke dia kata aku ni too short for their son hahahha... i think they lupa tak all good perfume comes in small bottle.. harum semerbak...long lasting lagi hahhaa
kak LG,
sekian lama baca cerpen akak ni.. dapatla disimpulkan bahawasanya ur MIL tu sememang nyer sayang kat akak.. cuma dia agak malu2 kambeng nak ngaku.. dan dia jugak agak malu2 ayam nak puji suma masakan akak yg sedap2 belaka tu.. hehe..
anyway.. congrats kat akak atas keberlakonan akak as a menantu mithali.. bleh menang award ni.. hehe..
SALAM PERKENALAN ;)
Salam LG,
Laah akak baru berkesempatan jenguk sini setelah teramatlah bz dengan persiapan family day ofis baru2 ni...Pandai LG menulis eh..hehee..Akak tumpang simpati dengan nasib menantu seperti LG yang tidak langsung diberi penghargaan oleh MIL, tetapi nasib baik FIL still ok kan..apapun kena banyak bersabar je laaa..maybe satu hari nanti, insyaAllah dia akan nampak bahawa inilah sebenarnya menantu dia sayang..sedikit sahaja ujian dan hati LG diduga tu...ada menantu lain lebih teruk jugak rasanya..tp akak pun x pandai nak berkesah, sebab LG tau, semenjak kahwin akak x pernah rasa kasih sayang dari seorang ibu mertua...dia pergi dulu semasa tempoh pertunangan akak dgn hb...tapi kan, kisah akak dengan "adik" mertua..haha(adik ipar yg x kawin dan duk sorang di rumah pusaka hb) tu pun boleh tahan jugak karenahnya..pilih kasih pada anak2 buah mmg nampak sangat...tapi akak telan jek..lama2 dia sendiri yang tau hati budi kita ni ikhlas ke or menunujuk2..memang sungguh, kesabaran ada ganjarannya LG..Harap LG banyak bersabar dan berdoa selalu agar hati MIL tu akan lembut dan semakin sayang pada LG dan fmly..k, salam kasih..muaaahhhh!
(*psstt..xleh tulis pjg2, nnt jadi cerpin or ceramah pulak..hehe)
Nora,
mmng kepulangan yg sgt2 di nantikan. Even my hubby pun tadi ckp, dia rasa stress level dia turun dgn mendadaknya hari ni, hehehe...I rasa I nak aje rampas GPS dari dia haritu, tension I asik dengar the beeping sound fr it! Hahaha
Azie,
Mmng cerpen budak SPM kan ;-P
Siti,
Slm kenal. Thanks ye sbb sudi baca my blog. My MIL tu sebenarnya polite dgn other people. Yang I heran lagi, dia akan segera menegur my anak2 klu diaorang terlupa ckp please n thank you tapi dia sendiri lupa nak ckp pelase n thank you to me. Mat saleh ni mcm melayu gak, ada yg polite abis n ada yg kasar abis, manusia kan, mcm2 perangai :-).
Kak Ain,
tu lah, nasib baik lah setahun sekali aje or less, anak dia pun tak larat nak ajak diaorang dtg more than that, hahaha..
Dila,
I pun mula2 tergeliat jari nak tulis dlm BM, tapi bila dah lama rasa ok pulaknya. Cuma kdg2 kena lah memerah otak nak translate ke BM tu, hehehe..
Ayu,
tu lah kan, nasib baik lah my kids n hubby appreciate apa yg I buat esp hubby. Tu yg I tak kisah sgt apa yg MIL nak buat, lantak lah dia. Anak Ayu, faris dgn Ainnur dua2 mcm cina, mmng boleh join lah, hehehe
MamaAnis,
I keje separuh hari aje, during school hours tu yg best nya :-). Mmng lah happy bnyk sbb Hubby I tau perasaan I and dia pun rasa sedih jugak bila Mak dia perangai kdg2 mcm apa aje..Adalah jugak gang I, hehehe
Mrswongjowo,
I dah merdeka, you lama lagi ye? Mmng susah sikit kan kdg2 nak berblog dpn orang tua ni sbb nanti diaorang ingat kita ni pelik betul, asik dpn PC aje, hehehe
Rima,
hahaha, lawak betul yr PIL, adake itu pun dijadikan alasan. But nak buat mcm mana kan, dah kita mmng tinggi mcm tu aje :-). Lagi kecik botolo perfume tu, lagi mahal ye n lagi wangi ye ;-).
ejaescobart,
slm kenal :-). I wish lah yg dia sayang kat I. Rasanya jauh panggang dr api kot! Tapi dia mmng sayang kat cucu2 dia, menantu dia aje yg dia kureng sikit, hahaha..
Kak Ummi,
mmng kdg2 envious tengok orang yg mesra dgn MIL tapi I mmng bersyukur sgt2 sbb MIL tak lah seteruk setngah MIL tu, hehehe. And bersyukur jugak sbb cuma jumpa diaorang setahun sekali aje maximum :-)tu yg boleh sgt2 bersabar dpn diaorang. my MIL ni mmng sayang kat cucu tp lain sikit lah cara sayang dia berbanding dgn Nenek2 kat M'sia walhal 2 orang ni ajelah cucu diaorang. Tapi nak buat mcm mana kan, dah mmng perangai diaorang mcm tu, hehehe...
wahh dah selesai yee
haha..saya pun slalu tertunggu2 LG update pasal your in laws. agak funny wpun nampak mcm you tension aje hihi..
anyway mmg begitu la susah nak ambil hati org tua. semakin tua semakin susah. even mak bapak sendiri pun perangai dia akan lain bila dah semakin tua..tkpe asalkan dapat menantu yg sabar mcm LG ni
glad you are back to normal now..=)
Mommy Lily,
alhamdulillah dah selesai, hehe.Betul ckp you tu,orang tua ni tak kisah lah apa bangsa, makin meningkat umur makin mcm2 perangai so sabar aje lah kan :-).
LG, i rasa MIL U rasa tercabar bila tengok U terrer masak lagi dahsyat dari dia, jadi bila FIL U puji dia bengkek jer..tapi tak pa..semuanya dah berakhir, at least tak lah teruk sgt taun ni..ada org MIL lagi dahsyat.
Pasal PIL tegur cucu dia tu I rasa adatla kan..org tua memang tak tahan dgn kerenah budak2, tak macam kita parents yg dah lali dgn perangai anak2 kita sendiri. My FIL pun cam tu, tapi anggaplah itu satu teguran membina sebab dia nak cucu dia jadi baik..hehe..anyway congratulations!
Post a Comment