Wednesday, 8 May 2013

It’s good to be back in my own kitchen ^__^

Kita berhenti sekejap dengan cerita cuti2 Msia ye.

But before that, I nak ucap terima kasih banyak2 kat people yang sudi tegur I masa terserempak dengan we all masa kat Msia.

The Other Half and the girls dah senyum2 aje bila ada perempuan datang tegur I, hikhikhik….

And the bloggers and IGers yang sudi datang jumpa borak2 dgn I, thank you so much ye!

Nanti I buat a special entry about it Smile.

And sape2 yang nampak/terserempak dengan we all especially Nanad yang dok makan breakfast sama2 dengan we all kat Cafe Kembali but malu nak tegur…

Apasal malu?

I ni tak makan orang and I ni actually lagi lah pemalu nya. But I akan cakap banyak bila nak hilangkan malu, hahaha.

Anyway….

After school tadi, when the girls entered the house…

Miss 9 said, “Something smells really nice…

Miss 14 pulak said, “It smells like you are cooking curry. Are we having it with rice? But we just got back from Msia so why are we having rice again?

Eh eh eleh!!!!

Padahal masa kat Msia, adalah kot sekali aje Miss 14 makan nasi sepanjang 2 minggu kat sana.

And yet the way she talked, as though dia kena makan nasi tiap2 hari masa kat Msia! Eye rolling smile. (But she did eat sushi a few times which she says is not the same as nasi and lauk.)

Ceh!

Lagi kerap dia makan burger and roti canai dari nasi kat Msia tu.

Malam ni omak ekau masak nasi sobab bapak ekau dah lapor nasi!

Malam ni I masak beef rogan josh, makan dgn lauk kacang panjang and carrot stir fry and vegetable bryani (in a packet) yang I dah campur dgn nasi putih.

Tu sebab kaler nasi lain macam aje, hehehe…

IMG_5294

IMG_5297

Beef rogan josh ni I masak dalam oven. Senang aje, masak sebelum ambik budak2 and then masuk dalam oven and boleh tinggal pergi.

Tak perlu takut kalau kuah kari kering atas stove or api terpadam or what not.

For the girls I buat daging masak kicap.

Miss 9 makan beria2, siap tambah lagi while Miss 14 makan hanya untuk mengenyangkan diri and tak nak bagi I marah.

Sangat berbeza dengan malam tadi…

I made lasagne for dinner atas permintaan Miss 14.

IMG_5277

IMG_5280

She finished the whole thing sebab dia yang mintak kan…

IMG_5287

Malam esok I kena buat dinner yang Miss 9 requests lah pulak.

But with her, it’s going to be a bit difficult sebab she loves most things so susah sikit lah dia nak request sebab semua dia nak, hahahahaha……

12 comments:

penDragon said...

hmmm...Miss 14 tak suka nasi tapi suka sushi..utk Miss 9 akak tak perlu susah hati sbb I rasa dia tak cerewet

JaJa'Z said...

kak min, nak skodeng kak min punya IG gak...plsssss ( sambil kedip2 mata) :)

Shamsiah Abdul Rahman said...

Subhanallah,
Terus cacing nyanyi mintak cari nasi.

P/s;
Good to see you back.. rindu nak tengok gambar2 & baca segala cerita-ceriti LG se-family.

zailamohamad said...

camnilah jadi seorang stay at home mummy..keje asyik nak masak ikut anak request je kan kak:) anak saya yang kecil pon dah pandai request macam2 nak makan..haha

norhidana miswan said...

heheheh... miss 14 tak suke mkn nasi ek kak, kire2 nyer diet kot.... mcm miss 9 sume lyn yek... mule2 tgk ns akak tu ada kicap ke rupe2nyer briyani ek..

Nurulhuda Abdul Latip said...

lasagna tu nampak sedap sangat..This weekend for mothers day i nak buat..

Ummu Madihah said...

Salam LG,

Tergelak bab masak nasi sebab bapa 'ekau lapo nasik', he he!! Lasagna tu elok ditemankan dengan roti ya? Yang ni roti biasa (white bread ke?) Mak Aji biasa makan gitu je. Ada juga orang temankan dengan salad, kan?

fuza said...

salam kak...sy silent reader je. just nak tanya..kalau nk melawat perth time bila yg cantek..yg byk buah masak ranum. TQ.

Kniedaz said...

Miss14 makan burger n roti canai je kat Malaysia? Hehehe....kalau saya boleh ngences hari2 tak makan nasi (sebab tu badan bulat)...

Aida Salleh said...

Anak mat saleh cam Miss 14 tak suka nasi tu kira ok lah sis, ada amak melayu (muka jawa) kat Malaysia pun tak suka nasi camno? hehehehee...(ur lasagne nampak so tempting...im starving...huhuhuu)

aku la ros said...

salam, saya ni silent reader akak..dah berapa kali akak balik m'sia tak pernah jumpa lagi.. harap next time dapat la jumpa.. tp mungkin ada la malu sikit kalau nak tegur.. hehe.. take care..

lemongrass said...

Pendragon,
Miss 14 tu memang pelik sikit tastebud dia. Tak tau lah kenapa dia tak suka nasi and lauk pauk. Agaknya sbb I masak lauk tak sedap kot, hehehe

Jaja,
cari mynnm , insyaAllah jumpa, hehehe

Sham,
Happy to be home :-). Walaupun memang best balik kampong, tapi rindu sgt2 kat rumah sendiri, hehehe

Zaila,
anak2 kita agaknya ingat kita ni restoran kot yg boleh masak mcm2 kan, hahaha

Dana,
agaknya masa I mengandungkan dia dulu, jarang makan nasi kot, tu yg dia tak gemar nasi, hehehe

Nurulhuda,
jadi tak buat lasagne utk mother's day? :-)

Ummu Madihah,
Salam. Hubby saya tu memang suka sgt nasi, heran betul, hehehe.
Ada orang mkn lasagne dgn roti utk mop up kuah lasagne tu. Tapi yg paling best makan dgn salad sbb tak lah rasa muak sgt :-)

Fuza,
Salam. Slalunya time yg paling best late Spring to late Summer klu nak dtg sini utk buah2 dia. Tapi Summer kat sini can be really hot so memang tak larat nak keluar jalan2.

Kniedaz,
ha'ah, boleh katakan selang 2 hari dia akan makan roti canai. Pastu makan segala mcm roti and burger and chips kat Msia tu.

Aida,
anak jawa tu kena mat saleh tu yg tak makan nasi, hahaha

Ros,
Msia tu besar jugak and ramai umat so chance nak terserempak tu memang slim lah kot, hehehe