Sebenarnya saya berasa sedikit sedih sebab malam ni adalah episode terakhir saya menulis cerpen ‘ibu mertuaku’ , rasa macam dah sebati pula dalam jiwa menulis dalam BM ni, hahaha… Tapi disebalik kesedihan tu, terselit perasaan ceria sebab mulai esok, saya boleh bergumbira semula :-). Cuma kena berjaga2 sedikit sebab saya tidak mahu menunjukkan perasaan ceria hati saya di depan The Little Misses yang sedang bersedih sebab Nana n Pop kesayangan mereka akan kembali ke rumah mereka semula. Jika saya terlalu ceria walhal mereka bersedih, sudah semestinya mereka akan musykil kan, jadi baik saya pendam kan dulu perasaan ceria ini dan pasangkan ‘topeng’ sedih ke muka :-(, hehehe…. Ciri2 menantu mithali, hikhikhik….
Seperti yang telah di rancang di dalam jadual, Suami, anak2 dan Mak n Pak mertua pergi berjalan2 ke Mandurah pagi tadi sementara saya pergi bekerja. Tenang hati saya semasa bekerja tadi sebab tiada gangguan emosi :-). Suami saya bercerita yang Mak dia sangat gembira semasa di Mandurah tadi. Suami bercerita yang Mak nya begitu ramah berbual2 di sepanjang perjalanan tadi dan sentiasa murah dengan senyuman. Ini membuatkan dia dan saya tertanya2, mungkin disebabkan ketiadaan menantu ‘mithali’ tadi yang membuatkan Mak nya lebih ceria. Mungkin dia lebih gembira jika saya tiada bersama. Mungkin dia ‘takut’ dengan saya kot, so bila saya tidak ada, dia boleh bergerak dan tersenyum bebas, hehehe… Apakan daya, kehadiran saya tidak di perlukan, sob sob… Hmmm……
Pak mertua saya pun tersangatlah gembiranya sebab dapat ke Mandurah menaiki keretapi sebab memang itu yang dia ingin lakukan semasa berada di sini. Tapi yang saya nak tergelak, pak mertua saya ni teramatlah asyik nya dengan GPS system kepunyaan dia. Ke mana2 kami membawa dia berjalan2, dia akan terus memasang alat itu sebaik sahaja memasuki kereta dan akan leka melihat GPS nya daripada melihat pemandangan yang indah di luar tingkap! Begitu juga tadi semasa menaiki train yang di idam2kan nya itu. Suami saya berkata, sepanjang perjalanan ke Mandurah dan balik, dia tidak langsung memandang pemandangan di luar tingkap keretapi, matanya leka memandang sahaja ke GPS dan ke laptopnya! What’s the point! Tak ke lagi bagus dia melihat pemandangan yang cantik2 di sepanjang perjalanan itu? Hairan betul lah, hehehe…
Oops, nak luruh jantung saya dibuatnya, tiba2 mereka datang semula ke ruang tamu. Kita sambung kemudian ye…
15 minit kemudian….. sambungan cerpen…
Dan untuk dinner terakhir bersama Mak n Pak mertua, saya masakkan jemput2 udang kegemaran Pak Mertua as entree, butter chicken, cucumber raita, poppadum yang dimakan bersama nasi minyak sempoi dan roti paratha as mains. Saya lah yang memasak sorang2 di dapur while Mak mertua saya duduk senang lenang membaca surat khabar di ruang tamu. Mereka hanya duduk di meja makan bila makanan semua sudah siap terhidang. Nasib baik ada Suami yang rajin menolong saya menyediakan meja makan tadi jadi ringan lah sedikit persiapan untuk dinner tadi. Tapi seperti yang dijangkakan, tidak ada sepatah pun pujian atau ucapan terima kasih yang keluar dari mulut mereka. Mak mertua saya makan nasi dan roti canai bertambah tapi sedikit pun tidak berkata apa2 kepada saya. Selepas mereka selesai makan dan saya dan Suami mengemas meja makan, mereka terus beredar ke ruang tamu! Saya luahkan rasa terkilan saya pada Suami. Dia hanya boleh berkata, “saya minta maaf bagi pihak Mak n bapa saya yang kadang2 memang agak liat untuk mengucapkan terima kasih”. Kemudian dia menyambung, “tapi saya amat2 menghargai segala yang isteri saya telah buatkan untuk keluarga ini dan untuk Mak n Bapa saya sepanjang mereka berada di sini dan saya sayang sangat2 dengan isteri saya!” Auwww…… tangkap syahdu sekejap, tak jadi saya nak bermasam muka, hahahaha…… (tapi saya rasa lebih romantik bila di translasi kan balik ke dalam BI, hehehe).
Saya rasa 6 hari adalah jangka masa yang maksimum untuk saya dan Suami tinggal bersama2 dengan Mak n Bapa nya di dalam satu rumah. Suami saya pun sangat2 bersetuju dengan pendapat saya ini, hehehe…. Dia berkata bahawa dia rasa percutian kali ini adalah percutian yang sangat kurang dengan perasaan geram dan bermasam muka sebab masa bersama2 yang pendek dan ketiadaan saya disebabkan kerja, hehehe… Suami saya tadi berbisik ke telinga saya, “kita memang sudah pasti tidak akan kembali semula ke Adelaide untuk bermastautin di sana!” dan kemudian dia berkata “ jika mereka tiba2 ingin berhijrah ke Perth, kita sudah semestinya akan segera berhijrah ke tempat lain, UK most probably!”. Wehehehe…..
Saya akhiri cerpen bersiri ini dengan rasa sungguh syahdu. Terima kasih kepada pembaca semua yang sudi membaca kisah bersiri ini tiap2 malam dan sanggup menunggu sehingga entry saya di post, hehehe….Dan terima kasih juga atas sokongan dan ucapan yang memberangsangkan dari kawan2 semua. Saya tau, saya tidak sempurna dan amat jauh sekali untuk jadi menantu yang mithali. Mungkin juga saya selalu membuatkan Mak mertua saya kecil hati dengan keletah saya atau dengan sifat saya yang entah apa2 ni. Mungkin juga kami berdua teramatlah ‘stubborn’ nya dan dua2 hendak menang setiap masa tapi saya rasa sekarang ni saya lebih banyak mengangguk sahaja dan tidak berkata apa2, dah makin malas nak melayan kerenah dia tapi dia masih seperti dulu, hmmm……. Mungkin satu hari nanti dia akan berubah :-)…..
Sebagai penamat, jom layan gambar yang Suami saya ambil di Mandurah tadi..
Anak cina sesat, hehehe…..
Cantik kan dolphin yang berenang2 manja di tepi bot cruiser yang mereka naiki tadi.
Anak cina dan anak arab berjalan bersama2 minah saleh blonde dan dua orang mat saleh. Mesti semua yang melihat mereka berjalan bersama2 menoleh dua tiga kali kan, hahaha…..