Monday, 26 November 2012

Cravings….

Rajin juga akhirnya saya membuat yong tau foo!

hikhikhikhik…

But seperti biasa, I sorang yang makan, the girls memang tak makan lah.

And since I ni Mum yang kadang2 pemalas nak masak, I made scrambled eggs and bread for Miss 13 while Miss 9 wanted to have maggi goreng with boiled eggs.

But I made sure they had veges with their meals, hehehehe….

Ok lah kan, complete meal jugak, ada protein, carbs and veges.

This was my yong tau foo dinner.

IMG_2323

I made the kuah using recipe ini. I suka yong tau foo kuah gelap sebab dari first time makan yong tau foo, terus try yg kuah gelap ni. Tu yang tekak tak boleh terima sangat makan yong tau foo dgn kuah soup tu.

IMG_2329

 

IMG_2341

I’ve satisfied my cravings for yong tau foo already so tak makan again until a year from now pun I tak kisah, hehehe….

What should I cook next?

Hmmm…..dah lama tak makan laksa utara lah…. Smile.

19 comments:

an15 said...

If it is going to be laksa, let me knowwwwww...or ayam penyet.

Tq hehehehehe

Cat-from-Sydney said...

Aunty LG,
Whoa!!! Am craving for yongtaufu now.....hmmm....there'll be a pasar malam in our 'hood tomorrow or should I ask Mama to get the ingredientsat Tesco? Laparrrrrr......purrr...meow!

Cik Sara said...

Salam LG!
Mcm dah lma j x drop komen dkt sini..hehe...
Saya suka juga yong tau fu especially with my mom's homemade kuah..ditabur pula dgn bijan..nyummy! Tapi slalo jmpa yg jual kebanyakannya jenis soup..dislike2x..
Hehehe..

Chekgu Azrine said...

dlu suka giler dengan yong taufu..but since preggy dah benti makan.. tgok la lepas habis pantang 100 hari..kalau ada rasa craving nak makan.. harusla gi cari..

kasihredha said...

Akak pun suka yongtaufu kuah gelap :)
Lepas ni laksaaaaa pulakk...Akak Kat sini telan air liur

Mona said...

salam, LG, chek terpegun tengok pinggan yongtaufu.. klasik.. mana dapat pinggan tu!!
esok buat laksa penang (utara) letak nenas perhhhh mesti 2-3 mangkuk...!!

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum LG,
Sgt ter-kagum dgn piring bunga kangkung tu. Sana ada jual jugak ke?
The very klasik dpt mkn yong tau foo dgn chop stick with that particular plate.

Oyis said...

saya pon suka yg kuah gelap. sampai lps kawen baru tau ada yg kuah sup, itu pon sbb husband bwk balik gi kg dia (muar) then baru tau sana makan dgn sup

Flower said...

I pun teringin nya nak kan yong tow foo and laksa utara.

My craving sekarang ni mengalahkan pregnant woman. Tp kan bila makan, mesti ada yg tak betul. Now after this cycle, semuanya rasa tawar, walaupun benda tu manis. My sweet bud lak, terover powering. Minum kopi tanpa gula rasa teramatlah manis. So I hate manis and crave for something savoury. Tp bila dpt yg savoury rasa mcm bland je.

Engineers Love Cooking said...

Salam LG, apa kata cuba bihun sup utara pulak. Guna dagin atau tulang pun boleh.

Aida Salleh said...

alhamdulillah....lepas dah geram nak makan yong tau foo ya sis. lepas ni laksa pulak ya? selamat berlaksa pulak ya sis. untunglah u sbb nak makan je semua bleh masak sendiri. kalau i mati kutu kot. huhuhuuu...

FairyLilly said...

LG,
tetiba saya pun teringin yong taufoo. saya pun suka kuah gelap..tak reti nak makan yang ada sup tuh.

shah_izan said...

sis

klu kat jb, yong taufoo mmg ada kuah
Pasai sya mmg dr dulu makan yg jenis ada kuah so, rasanye yg kuah lg sedap, makan dgn sos cili buatan sdr..
pergh... terangkat
;p

Fifi Nadhrah said...

kak LG.. masak laksa pulak.. sedap woo.. hihi..

Messy Mummy said...

kejamnya.. last time makan nie sakit perut sbb pedas teramat.. pastu serik sekejap and now.. teringin balik.. Kak Min.. tak aci nya.. :p

.. said...

Salam sis LG,

masa pusing2 in ur blog, terjumpa pics ur family with Salina & her hubby. Is she still in Perth? Lama sungguh i tak keep in touch with her.

Nur-nba said...

Sedapnya yong taufu.. Lama benar tak makan. Tengok gambar tu dah terliur.. :)

LaHauteCouture said...

kak,

when i eat yong tau fu, either kuah gelap or soup sume balun. smbl komen ni smbl tengah membedal yong tau fu. hehehe...teruja tgk yong tau fu akak.

lemongrass said...

Anis,
hikhikhik...tak jadi lah. But nanti kalau I buat, I'll let you know ye!

Angelina,
I love pasar malam yong tau foo and I love choosing all the yong tau foo items. Rasa macam nak ambik every single item, hahaha

Cik Sara,
Salam. I pun tak suka lah yong tau foo makan dgn soup tu. Macam tak kena aje, ehehe

Chekgu Azrine,
dah panjang mana list of food yang nak dimakan lepas habis pantang? hehehe

kak kasih,
yong tau foo kuah gelap memang yg paling sedap I rasa.
Laksa pun sedap jugak, hehehe.

Mona,
Salam. Pinggan tu I beli kat sini, ada jual kat kedai cina. mangkuk, pinggan, teko semua ada, hehehe.

Sham,
walaikumsalam. pinggan mangkuk bunga kangkung ni ada jual kat sini, tapi bukan antique lah, new production, china mari :-).

Oyis,
I pulak found out about the kuah sopu only a few years ago bila my adik belanja I makan yong tau foo. Punyalah terkejut I bila dihidangkan dgn kuah soup! hehehehe

Nora,
Now you kena makan savoury yg power habis lah ye like masak asam kaw2, laksa utara pun kena kaw2 baru your tastebuds will sing :-).

Engineers,
I lobe bihun sup tapi tak pernah buat yg utara punya. One day kena try lah. My youngest daughter sure suka jugak tu!

Aida,
kalau I kat msia, takde nya I nak masak just for me. Kalau I mengidam, terus pergi kedai aje, hehehe.

FairyLilly,
Luckily lah senang nak dpt all the ingredients nak buat yong tau foo kat OZ ni kan so bila teringin nak makan, boleh terus cari and masak ;-)

shah_izan,
orang johor memang lain sikit ye, hehehe. Makan jemput2 pisang dgn kuah kicap cili/ sambal, makan yong tau foo pun dgn kuah sup :-).

Fifi,
tak jadi lah nak masak laksa, malas nak gi beli mee laksanya, hehehe

MM,
I tak boleh lah makan benda pedas2 ni, sure jadi macam you jugak, sakit perut. My food kebanyakannya I dah reduce all the chili, hehee.

..,
Salam. Last I had contact with her was before ramadhan tak silap and she was still here. But then, I tried contacting her again but she didn't answer so I'm not sure where she is now.

Nur-nba,
I pun dah lama tak makan yong tau foo, tu yg mengidam nak makan :-)

laHauteCouture,
mana lagi sedap you rasa, the kuah gelap or kuah soup? :-)