Haritu before the guest datang, The Other Half and I dah buat ‘brainstorming’ untuk menu dinner sepanjang 5 malam dia kat rumah ni.
(menu dinner pun nak kena brainstorming bagai, muahahaha.)
Kenalah brainstorming kan sebab kalau tiba2 I masak nasi lemak dengan sambal sotong kering dan kangkung goreng, ada pulak nanti terbeliak biji mata dia nak makan. (Actually kalau I buat sambal sotong kering, bukan guest tu aje yang akan terbeliak biji mata, The Other Half pun akan terbeliak sama sebab sepanjang2 kahwin tak pernah2 bini dia ni masak sotong kering, hahahaha.)
So, the menu we chose were very tame and mild.
First night- pizza (I dah tayang gambar)
Second night- rice and butter chicken and other side dishes (pun I dah tayang gambar). Butter chicken ni tak pedas langsung so memang kira very mild lah kalau bandingkan dengan the fiery vindaloo or rogan josh tu.
Third night (malam semalam)- chicken schnitzel parmigiana with sauteed asparagus and carrots and oven-baked chips.
It’s basically crumbed chicken thigh fillet that I pan fried. Pastu top it with pasta sauce and grated cheese. Then put it under the grill until the cheese has melted.
Fourth night (tonight)- Creamy tuna pesto pasta bake.
Fifth and final night (malam esok) – the menu planned was maki sushi but then I baru aje found out yang the guest tak makan sushi so kenalah buat brainstorming again, hikhikhik….
Lepas belek2 my old blog entries, we decided to do nachos sahaja since the guest kata dia makan nachos.
(I senyum panjang sebab nachos sangat senang nak buat banding dengan sushi, heeee….)
The guest told her husband (yang tak ikut sama) that tiap2 malam dia makan kat ‘gourmet restaurant’ and memang macam pergi holiday aje, hahahaha.
I tak kisah masak apa2 pun kalau awal2 dah planned menu. Tak lah serabut otak I nak fikir nak masak apa at 5 o’clock when dinner is at 6 .
And in a way, I’m lucky sebab the guest bukan jenis yang kena makan nasi hari2 with 3-4 jenis lauk pauk. Pengsan I kalau dia macam tu! hehehhehe.
P/S Utk Nani yang nak recipe pakoras tu, I guna recipe from this lady tapi I guna rempah serbuk aje and tak guna daun ketumbar and I kurangkan the amount of chili.
20 comments:
i sokong..i sokong dgn apa yg guest you ckp..u masak mmg sedap..hehehe..
nak pegi jadi guest kat rumah auntie la macam ni..hehe.
akak pun nak jadi tetamu LG lah kalau mcm ni...mmmm *mood berangan* nanti kalau akak gi perth..akak singgah...hihi(berangan jek)
blu4sky,
Aiman lah yg paling suka my cooking kan especially my pizza, hehehe ;-P
Cahya,
kalau nak jadi guest kena bagitau awal2 so I boleh prepare menu awal2, hahaha
Kak Kasih,
Kalau datang Perth, boleh aje nak singgah but kena bagitau awal or else pening kepala I nak fikir nak masak apa, hahaha
kalau I pergi perth, I pun nk singgah makan restoran akak la kalau mcm tu...hehehe..."halal gourmet restaurant"! By the way, the guest tu dr mana?
Wah.. Bestnya menu sepanjang minggu ni...
I second the guest. Memang gourmet dinner, hehehhe.Sis, ada resepi for the chicken schnitzel parmigiana tu tak? Nampak cam sedap sangat. Ke dah ada update sebelum ni?
lg.... tunggu esok I datang ya... 10d 9n dok rumah u ya... memang pro u ni... nak jugak I makan sedap kat rumah u..!!! tunggu...!!!!
Wahhh agenda masak2 sampai kena mesorat eh? Betul juga, kalu tak plan nanti ada yang hanya tengok tapi tak leh makan..
Tetamu tu mesti senyummmm jer kan? Heeee bila la kita orang nak jadi tetamu lak?
ala best nyer kalau sy jadi guest akak gak...tiap2 malam ada menu best...hhehe...
Kalau I pergi Perth, sure I singgah kat halal gourmet restaurant u...hihihi..
Any guest would b lucky to have u as the tuanrmh, dpt makan sedap! I m also not a nasi person, can I come visit too?
Mcm ni, nanti ada yg nak buat rombongan cik Kiah ke Perth... "now everyone can fly" maaaa... hehhhehe
nyum nyum,sume nampak sedap..nanti nak visit lagi lah kak LG n family kat perth..hehe..doakan farah kahwin tahun depan k =) nak dtg perth with husband pulak..hehe
nak pegi bertandang jugaklah.. ni memang mengalahkan restaurant ni.. hehe..
Hmm...dah lama gak, tak tgok recipe dari ur kitchen...by the way, baru ni i came across my fb and nampak ur pic with my junior...de one dat u tagged her..Shidah Abd Rashid....I guess maybe u same boarding school dgn die kut...diepun byk recipe2 and rajin upload mcm u........tqlah sebab rajin share dari dapur u all...kalau takde tu...rase macam kurang je satu perkara...thanx for sharing ur story...tak jemu baca...
bainyeee tuan rumah :)
sediakan makanan yang sihat utk tetamu.
Memang betul tu kalau nak masak untuk tetamu sebaiknya tanya dulu apa dia makan dan apa dia tak makan kan supaya dia tak de la terpaksa buat2 makan sambil muka kerut2 nanti nak jaga hati kita hehe
Pendragon,
nasib baik kat Perth ni senang gak nak dpt halal gourmet food so senang lah 'restoran' I nak beroperasi bila you dtg, hehehe.
The guest to from Adelaide, kawan hubby.
Shiera,
Kalau Mak Pak I yg dtg, menu dia lain lah sikit, hehehe
Arena,
I pun tak sure I pernah letak recipe ni or not but I pernah letak recipe mcm mana nak buat schnitzel. I slalunya cuma tuang bottled pasta sos atas cooked schnitzel tu, then tabur grated cheese atas dia and grill sampai all the cheese melted.
Mulan,
kalau 10d9n, pengsan I and dgn kitchen2 sekali mogok sbb kena masak gourmet food hari2, hahaha
Kak Azie,
kena mesorat, kalau tak, nanti ada pulak yg terkecik hati sbb dihidangkan benda yg dia tak boleh makan or I yg kecik hati sbb masakan I tak dimakan, hehehe
Mamasuri,
untuk guest aje masak special2 ni :-)
Rozita,
Halal gourmet restaurant I ni kena bagitau warning awal2 seminggu dua macam tu, baru boleh ada gourmet food, hahaha
Nalisa,
kalau buat rombongan cik kiah, mau pengsan I sekejap sbb nak masak gourmet food utk 1 kapal, hikhikhik
Farah,
Amin..I doakan you kahwin tahun depan so dpt you dtg honeymoon ke Perth :-)
Rai,
bila I rajin aje, baru mengalahkan restoran, kalau malas, sendiri ingat lah, hehehe
Geesham,
Shidah tu is my brother's friend and we all kenal thru blog and thru my brother :-). Dia memang rajin giler masak and upload recipes. I ni hari2 masak tapi malas giler nak upload recipes, hehehe
Gee,
tetamu kenalah diraikan kan, hehehe
Mommy Lily,
memang betul tu. Tapi Mat Saleh ni, kalau diaorang tak suka, memang diaorang tak makan so kita lah nanti yang akan rasa kecik hati sbb food kita dia tak jamah kan.
sedapnya nampak masakan2 akak...gambar pun cantik...saya suka :)
Yati,
masakan biasa2 aje but thanks sbb suka tengok gamabr kat sini :-)
Post a Comment