Tuesday, 18 October 2011

Back in my kitchen

We landed safely in Perth this morning at 5.30, Alhamdulillah.

And we were greeted with really heavy rain and temperature of 13°C after a very hot and humid night kat LCCT. Nasib baik lah kat Perth airport ni tak payah kena jalan atas tarmac macam kat LCCT tu, kalau tak, memang basah kuyup lencun gigil2 sejuk lah we all, hahahaha.

Sampai aje rumah, terus mandi, breakfast and terbongkang tidur sampai after 11. I couldn’t sleep in the plane last night, neither could the girls, tu yang memang sleepy habis. Ini pun still mengantuk sangat2 lagi.

But I want to do a quick update sebelum masuk tidur.

Firstly, I want to apologize for the lack of response on your comments. I just couldnt find the right time to sit down and answer all the comments. I kena spend a few hours nak jawab all the comments, tu yang memang tak cukup2 masa nak buat, hehehe.

But I do appreciate all of them! Keep them coming ye Smile. Nanti, once everything has settled down a bit, I will answer them slowly.

I will be very busy for the next few days sebab ada guest nak datang so memang kena kemas rumah macam lipas kudung lah tomorrow and Thursday ni. Rumah kena tinggal 2 minggu, memang tak larat mata memandang. The Other Half did do a lot to keep the house tidy but I guess his version of tidy and my version of tidy a bit lain lah, hahahaha.

(kalau dia baca ni, mau dia mogok terus tak nak kemas rumah next time dia tinggal sorang2 lagi, heeee…)

Semalam I tayang gambar The Little Misses with Atuk kan, malam ni I tayang gambar diaorang dengan Atuk and Nenek pulak ye so boleh tengok ikut muka sape lah the girls agaknya Winking smile.

IMG_2990

IMG_3003

Orang kata muka I ikut muka Abah I, tu kot muka The Little Misses ada iras2 muka Atuk, hehehe. My parents both pure Jawa so tu yang muka I pun pure Jawa and anak2 I pun ikut muka Jawa. Kulit aje putih tapi features semua banyak Jawa, hahaha.

And ini pulak gambar our simple dinner tonite. It felt so good to bermesra balik dengan my own kitchen and my own gadgets and my own pots and pans, hahaha.

IMG_3030

IMG_3029

White rice with beef and veges in black bean sauce with cashew.

The Other Half kata, “God! I really missed sitting down for dinner with you guys and having a good home cooked meal with vegetables included. This tastes so good”.

I said to him, “Eh, what about all the curries and sambals that I cooked for you?

He answered, “It’s not the same…

hikhikhikhik….. rindu jugak dia kat my food ye Winking smile

22 comments:

penDragon said...

alhamdulillah dh selamat sampai perth...I'm glad you're back!

Chooyaya! said...

dah lama sangat duduk perth sampai dah tak biasa dengan cuaca panas dekat malaysia eh? :)

kasihredha said...

Selamat kembali semula ke Perth :)
misti le hubby rindu dgn masakan LG..air tangan isteri :)

cahya indah said...

simple tapi sedap kan kak LG :) i miss your cookings' pictures..hehe

June said...

yay !! kak LG dh balik ... bosan dh lama xbaca entry kak LG .

Deliah's Deli said...

home sweet home :)

Fazlinil Irma said...

alhamdulillah kak min dah balik. :)

amacam.. ada drama airmata dak masa kat LCCT..? hiks.

sori x pi jumpa akak kat klcc. pssstt..-----> SEGAN..! ;)

saya tengok klcc dr balkoni rumah je sambil duk bayang akak kat sana. ngee.

Cat-from-Sydney said...

Aunty LG,
What a welcome, an untidy house. hikhikhik...cian dia. Mama sakit masa Aunty balik Ijok, or else sure cari punya. purrr...meow!

the popo said...

seksa kan when u leaved ur house with ur husband for a few days. serious seksa. hehehe

Muna said...

the girls look good with their new hair-do.... err, mummy tak ikut potong rambut kat mid-valley?? ;)
xoxo

zarin said...

alhamdulillah dah selamat sampai... rindu dah terubatlah tu kan hikhik

blu4sky said...

alhamdulillah..
your other half mesti windu sesangat kat korang..hihihi..

missbby said...

dah kembali dah..hehe, mau suami tak rindu masakan isteri kan sis?

Aidah said...

Selamat kembali bertugas, Puan Menteri hal ehwal dalam rumah. Hehe. Kalau akak tinggalkan husband di rumah seminggu, entah camana lah rupe rumah dan laundry agaknye. Tak sanggup nak bayang, Min.

afid said...

bukan la..dia rindu kat akak tu sebenarnya..tu yg semua jadi lagi sedap padahal kari tu akak jugak yang masak kan..ekekekkeke

malu2 plak...aauwwwwww...

sHieRa cAkAp said...

Suami mana yg tak rindu bile wife lama sangat takde... Nasib lah sambal tu jadik pengubat rindu...

Rozita said...

Hubby rindu kat U sebenarnya tuuu...tu yang kata sedap makan bila ramai ramai...

mamasuri said...

iyelah..anak2 akak mmg ada ikut atuk n nenek diorang..cute sgt...suami akak tu rindu akak tu..biasalah orang laki kan..

PUTUBAMBU said...

dah sampai dah?
kejap je rasa ye..

bila le peluang kita nak berjumpa..

anyway, the little misses tu sorang muka jawa sorang muka arab le..

zuwaidah said...

alhamdulillah...dah selamat sampai

JaSSNaNi said...

kak min.. alhamdullillah.. selamat kembali ke rumah dengan selamat.. :D

tak sabar nak tunggu esok plak k.min punya cerita.. :D

lemongrass said...

Pendragon,
I'm glad I'm back at home too but a bit sad jugak sebab cuti sgt pendek and tak sempat nak betul2 beramah mesra dgn family and local food, hehehe.

Chooyaya,
Masa I duduk kat Msia pun I tak larat dgn cuaca panas Msia, hahaha

Kak Kasih,
I rasa dia rindu ada orang hidang makanan ke dia and rindu nak borak2 kat meja makan kan :-)

Cahya,
I miss cooking too! Masa kat Msia memang boleh memasak tp rasa tak best sbb bukan dapur kita :-)

June,
hahaha... I pun dah bosan tak dpt update blog selalu ;-)

Del,
so so true :-)

Irma,
Apa nak segan pulak jumpa I. Kalau you bawak kek 2-3 jenis, lagi lah I akan suka kalau you nak berjumpa, hahaha ;-P.
Sekarang dah takde drama air mata lagi sbb dah terbiasa kot, hehehe

Angelina,
The house wass tidy but not up to my standard lah, heeee.....
Kesian your Mama, how is she now?

the popo,
I slalu akan set my mind supaya tutup mata and buat2 tak nampak the mess bila tinggalkan the house with the hubby alone, hehehe

Kak Muna,
Thanks. Mummy dia sebab pakai tudung so my hair cut is done by hubby aje ikut style yang dia suka, hahaha.

Zarin,
sangat2lah dah terubatnya, hahaha :-P

Blu4sky,
I think dia rindu sbb takde orang nak ajak borak and takde orang nak ajak gaduh, hehehe

Missbby,
Baru diaorang tau kan betapa sedapnya masakan isteri tu, heeeee

Kak Aidah,
Nasib baik hubby I jenis yg ok buat laundry and lipat baju but gosok baju memang dia takkan buatlah, hehee.

Afid,
hahahaha..dia kata kari yg I masak tu tak sedap sgt. Maybe sbb I takde meneman dia makan kan tu yg tak sedap, hehehee.

Shiera,
Hubby I kata memang maximum 2 minggu aje I boleh balik Msia without him sebab nanti dia akan rindu giler2 punya, hahaha

Rozita,
dia rindu nak makan freshly made food sebab fpr 2 weeks makan benda2 yg reheat aje atau yg masuk dlm oven aje, hahaha

MamaSuri,
genes Jawa lagi kuat dari genes Mat Saleh, tu yg muka diaorang lagi bnyk ke arah jawa ;-)

Putu,
memang kejap aje we all balik kali ni. Tak tau lah bila boleh balik lama2 and boleh jumpa ramai kenalan bloggers :-)

Zuwaidah,
Alhamdulillah semua selamat pergi and balik :-)

Nani,
Baru lah best update blog bila dah balik rumah sendiri kan ;-)