Saturday, 17 May 2008

Khas utk Hunny , Orange cake Resipi adapted from buku resipi 'More Good Food'.

bahan2 kek:
1 biji navel orange, belah 4 then chopped ( kek ni gunakan semua bahagian oren kecuali biji jadi klu boleh cari oren yang kulit putih yang nipis so tak pahit sgt)
190g gula caster
125g butter, cairkan dan let it cool
2 biji telur gred A (59g), suhu bilik
225g tepung naik sendiri, ayak

Bahan2 utk syrup orange (jika suka, tak letak pun tak apa):
1 cawan oren juice
1/2 cawan marmalade jam
80g gula pasir

Cara membuat kek:
- Panaskan oven ke 180ÂșC. Grease loyang kuih 18cm round dgn butter or marjerin atau guna baking paper. Boleh juga gunakan ramekin kecil2 atau acuan muffin tapi kurangkan masa membakar.
- Masukkan orange, gula caster, butter cair dan eggs kedalam food processor atau blender. Process/ blend sehingga orange finely chopped/ blended.
- Masukkan tepung yang telah diayak kedalam orange mixture and process /blend until just combined.
- Tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 50 min- 1 jam atau sehingga masak. Jika menggunakan acuan muffin atau ramekin, cek kek selepas 30 min.

Cara membuat syrup:
- Campurkan orange juice, marmalade dan gula pasir dalam saucepan dan masak atas stove menggunakan api sederhana sehingga gula larut.
- Kemudian, increase api to high dan biarkan syrup menggelegak. Kemudian turunkan api ke sederhana dan biarkan ia menggelegak gently for 5 mins or until syrup pekat sedikit.
- Tuangkan syrup atas kek yang suam semasa menghidang.

2 comments:

masz_73 said...

LG i dah try bake this cake but using muffin cup.. hehhehe nak cepatnyer pasal...

sedap!!!.. my montel suka!

kat cni x leh letak gambo eh??

lemongrass said...

lah masz,
tak perasan pulaknya u letak komen kat sini...
tak bolehlah letak gmbr,hehehe...alah, tempek aje kat forum sure nanti semua tangkap meleleh air liur, hehehe