Tuesday, 5 May 2009

Malam ni takde entry about dinner sbb dinner malam ni cuma toast n scrambled eggs aje sbb Mummy tgh malas nak fikir nak masak apa sehari dua ni :-). But I nak cerita about what happened in our neighbourhood last nite. Best you cerita nya, lebih kurang cerita drama Hong Kong, hehehehehe….

AUT_7151

But before I start story mory, saje je nak tayang gambar our rented house so you can try to imagine what happened malam tadi ;-). Dari luar nampak kecik aje but it’s quite roomy inside.

It started (well, from my perspective anyway) around 9.30 mlm tadi. Masa tu I tengah khusyuk bersolat Isya’ when keheningan malam was shattered with yelling and screaming. I nak solat pun tak tenteram, hish, hehehe. As soon as I habis solat, I asked The Other Half if he could hear people arguing, he said, he couldn’t hear them. So, biasalah kan, we all ni nosey parker sikit especially if it sounds so close by. We all pun padam lampu and bukak tingkap sikit and intai kat tingkap, wehehehe. Masa tu memang loud and clear dengar suara2 tengah bertengkar but yang hampeh nya it was in Mandarin/Hokkien or Cantonese or one of the chinese dialects anyway so obviously sepatah haram pun we all tak paham. Kira macam tonton Chinese movie without the subtitles lah, wahkahkahkahkah…..

Then, The Other Half konon nya nak jadi lagi nosey parker, he went out of the house to see what was actually going on and berapa ramai orang yang involved. Tapi keluar pun sembunyi2 sebab dia takut kot2 it was the Triads yang tengah bergaduh so tak pasal2 kan, dia pulak yang kena bantai. I pun keluar jugak tapi setakat kat pintu depan aje lah sebab I ni kan pemalu, hehehe. We saw 2 cars stopped in the middle of the road with their lights on and about 20 people loitering around the cars. But tak nampak betul2 sebab haprak nya cars, ada ke pasang lampu terang2 mcm tu, silau lah, mcm mana nak nampak what’s around it! Pastu we saw a lot of our neighbours keluar rumah jugak nak tengok wayang cina in the middle of the road :-). But we definitely could hear them screaming and yelling and arguing. Pastu kereta nak lalu lalang kat situ pun tak boleh sebab the 2 cars were blocking the road. Kalau nak gaduh pun, gaduh lah kat tempat lapang ye tak instead of kat tengah2 jalan, apa lah diaorang ni.

0-0-PC296406

Nampak tak the white car with the boat next to it, kat situlah malam tadi the ‘event’ happened. Scooter biru in the picture tu belonged to The Other Half but it got stolen a few years back (sedih betul :-(( ).

Anyway, back to the story, after about 20 minutes, makin banyak cars yg datang and makin kuat the arguments so The Other Half became a good neighbourhood watch, he called the police. We tak nak lah call the police straight away sebab ye lah, we thought diaorang tak gaduh lama2 sgt. Tapi after 20 minutes and still going strong, tu yang we all called the police. The police was quite good, they were here in less than 3 minutes (police station pun just around the corner aje, tu yg cepat aje diaorang sampai, hehehe). Best betul bila we all tengok 2 police cars raced down the road and 1 paddywagon as well. Rasa macam tengah tengok cerita ‘The Force’ aje :-). Suddenly the road was swarmed with about 10 police officers.

Bila The Other Half nampak the police cars dah sampai, terus aje dia jadi berani and went closer to the orang ramai tu. Chet, perasan berani kejap, hehehe. Pastu the police came up to him and and our neighbours to ask if they were they ones who called the police. The Other Half mengaku lah and our neighbours pun called the police jugak sebenarnya lepas we all called tu. Then the police explained to them what they thought happened. As usual, macam any drama kat TV tu, it involved 1 girl and 2 boys. Kiranya cinta tiga segi lah! Orang yang ramai2 tu hanyalah penyokong2 and kawan2 both of the boys yang involved in the cinta tiga segi tu. Moral support lah konon2 nya or maybe muscle support as well kalau tetiba nak gaduh tumbuk2 kan :-).

Pastu bila the police dah datang and they’ve settled the fight and forced everyone to go home, we all pun masuk lah balik rumah n bersiap2 nak tidur. But then, tengah sedap2 nak lena tu, suddenly we heard loud noises again. Tension betul masa tu sebab ye lah, berapa kali we all nak kena panggil the police kan, pastu dah lah we all kena bangun pagi2 nak gi kerja so nak lah kalau boleh tidur awal!

We all pun buatlah kerja mengintai balik. What we saw was this guy tengah menangis meraung2 kat tepi jalan sambil cuba di tenteram kan oleh his friends. We all rasa this boy was the ‘loser’ of the love triangle. Tu yang menangis meraung sampai tak hingat dunia. But yang we all tension nya tu, tak boleh ke dia meraung menangis kat his own house. Kalau ye pun nak menangis sampai keluar air mata darah, buatlah privately in his own room or pergi tepi pantai ke yang takde orang tu. We all pun dulu pernah gak frust menonggeng bercinta macam dia tapi tak lah sampai meraung2 kat tengah jalan tu and buat orang tak boleh nak tidur. Setakat nangis teresak2 kat dlm bilik atas katil tekup bantal adalah kan, hehehe. Nasib baik lah meraung dia cuma 10 minit aje, kalau tak, memang lah dah kena baling kasut dengan I!

Waduh, panjang gilers entry malam ni semata2 nak cerita our neighbourhood story. Kalau I paham what they were arguing about last nite, memang lah I dah buat skrip and hantar to ‘Neighbours’ or ‘Home and Away’ , and sure nya dah kaya I skrg ni, wahkahkahkahkah….

25 comments:

ain said...

betul la LG. kalau u faham bhs mandarin, sure boleh buat cerekarama tau. Tp kan..dasat gak depa cintan2 ni ekh..siap gaduh2. haiyoooo!

mica@tetty said...

lama nya takjenguk blog kak...so kak dapat tengok movie tak berbayar la malam tadi...heheh

lemongrass said...

Kak Ain,
tu lah, mmng lah tak best betul mlm tadi sbb sepatah pun I tak paham.Agaknya cantik giler girl tu, tu yg sampai gaduh2 lagi, mmng tangkap jiwang kan, hehehe

Mommy Mica,
mmng mcm kat dlm cinema aje sbb dgn gelapnya, pastu sejuk nya. Cuma takde subtitles aje yg hampeh tu, hehehe

plug2pin said...

akak tak goreng pop corn ker? hahaha...ala2 tgk wayang kan...

kelakar la mamat tu....meraung2 yek..teringat my ex-housemate nyer pakwe, siap merayu, menyembah2 kat awek dia kat depan pintu pagar umah kitaorg...hehe

Just Cakes said...
This comment has been removed by the author.
Liasari said...

kahkahkah... kelakar pulak baca entry u mlm ni. kesian kat mamat yg meraung tu...sure lepas dia sober dia malu habis sbb jadi tayangan perdana.
btw, ada tag 4 u come collect kat rumah i

lemongrass said...

Plug,
Ingat nak bukak dah our potato chips mlm tadi sbb nak tengok wayang cina tu :P. Tu lah nak tergelaknya, ada gak species yg mcm ni ye, siap ,meraung2 bagai! Tak macho betul lah, hehehe

Lia,
Nasib baik lah I tak pernah dpt pakwe mcm tu kan,meraung siap! :-). I dah pegi rumah u hari tu n saw the tag tp saje2 buat lupa nak ambik, hehehe.

ummiQisti said...

wahhh...akak kena bg nama story akak ni 'an annoying nite with chinese blues'heeeeeeeeeee..

QiStinA's said...

LG..i rase kan..sbb dia org tu tau tak ramai yg paham ape yg digaduhkan sbb die ckp mandarin kan.. tu sbb die dok terpekik kuat2..he..he.. kalau dak die malu gak kot..ha..ha

Mat Gebu said...

LG bayangkan lah u ni "anak dara" yg depa dok rebut tu.... and yg berebut tu of couse lah ur other half and this one jawa guy..ahakss....eh, pesal i boleh reka cerita libatkan u sebagai main actress...

Jiya said...

kak... sebelum akak nak baling kasut tu, dah cek lom kasut saiz apa?? kalo saiz sepolo dah cukup syarat nak baling. kakakakakakaka

nj said...

LG..
I've always wanted a house yg tak de pagar mcm rumah u tu. Alahai...rumah kat Dungun kena pagar sbb lembu dan kambing banyak...kat Arab ni pagar rumah lagi tinggi sampai level siling...sesak nafas dibuatnya...
Nampaknya I kena duduk Austrlia gak la...

azIEda said...

kalau ada drama cam ni tak perlu tengok tv kan? sediakan popcorn or potato chips , hibur la dgn life performance.. kat sini biasa lah bergaduh.. panggil polis on each others spouses ,, bawak lari baby gunakan polis help, we all yg menonton tu kata wow abis la dorang spilt.. nay.. balik balik loving lagi,.

miSs inTerpReted said...

bestnyer dpt tgk drama free!!

roseazmi said...

hahaha..kelakar..kalah crita hindustan!

Flower said...

Sticky beaks, oh sticky beaks syok ye tgk drama across the road. Free lak tu. Kiranye mcm outdoor movie lah tu. So far I tak pernah dpt tgk drama gini kat sini. Dlm tv tu adalah.

Utk jwb soalan mengenai suction tu, ok lah. Sbb dulu masa I try pakai, after roomba tu, I still dpt abuk even after I vacuum sebelum tu. Roomba ni boleh vacuum lantai n carpeted area. So I just let go lah mana dia nak pergi. Before that I ada 4 vacuum. I kiranye ni, a sucker for gadget lah ni. Semua pun belum kong-out, tp my fav kiranya roomba ni lah sbb I tak yah buat apa2.

lemongrass said...

ummiQisti,
rumah we all ni surrounded with Uni students so I rasa mau lah slalu2 we all dpt tengok 'an annoying night with chinese blues' ni! hehehe

Moi,
Agaknya klu dpt jerit2 pekik2 tu, nmpk macho sikit kot, wahaha...

Cik Mat,
Tu yg I ckp dgn my Hubby, awat lah dolu2 tak pernah orang berebut2 bergaduh2 nak rebut I ye? Tak pemes ke I dolu2 ni? Terus tak larat dia nak dengar, wahkahkahkah..... :P

Jiya,
wahahaha, kalau baling kasut I, mmng lah tak sakit sgt sbb saiz 5 aje. Kena guna kasut my hubby atau kena guna my boots, baru lah benjol nya besar sikit kan :-D

Norma,
Rumah xde pagar ni best jugak kdg2 tp tension betul bila orang lalu lalang bawak dogs diaorang, sbb kdg2 yg orang yg bengap2 tu, just biarkan aje dogs diaorang buat bisnes kat our lawn n then tak kutip balik! tension betul!

Azieda,
Seronok kan kdg2 tengok live drama ni, jadi source of entertainment, hehehe. Some people just don't care if people watch them making scenes like that kan!

miSs inTepReted,
tu lah, dah lah movie tickets kat sini mahal so sekali sekala dpt tengok wayang free, mmng lah rasa best, wahahahaha...

Rose,
kalah cerita tamil, sbb jerit2 nya tu mmng kalah cerita tamil :-D

lemongrass said...

Nora,
hahahaha, best weh dpt tengok drama free ni. Our street ni penuh dgn Curtin Uni students so u tau lah kan Uni students ni, dgn parties nya, dgn love triangles nya, mmng best gelak kan diaorang :-). Maybe I'll beli roomba 1 day but still use the Dyson when I want to get that extra clean :-)

sheri said...

omg..rugi tak dok area rumah u.. hehe. best gile cite nih. for all we know, minah tu tak de la cun mana, tapi mungkin personalitinya yang mampu memikat dua jejaka cina tuh. yg paling kelakar mamat yg meraung tuh. hahahahah.. (jahatnye).. best la cite nih (nmpk sgt takde masa nak tgk drama tv)

Aini said...

i suka sgt baca entry u... rasa mcm dah lama kenal.. walaupun i baru je ikuti blog u nih... salam perkenalan..

HalfBlood Princess said...

hahahahaaa lawak btulla mamat tu..xmacho lgsg! aparah!

nway, mmg dpt bygkn the situations. kesian u all..:)

Mira Marlena Abdul said...

Lama tak berkunjung ke blog akak...busy sket sbb mom in law+bro in law br smp Malaysia..ehehe
Kiut rumah sewa akak ye? Kl rumah2 kat sana tak bergrill berpagar takdelah kisah sgt jangankan kat M'sia..gerenti kena pecah masuk!

Ala,ada drama minggu ini ke kat housing area akak?Cinta 3 segi ek?aduh...pilu pilu ahahaha...kalau ye pun nak meraung, masuk ler umah ke dlm kete ke ni meraung tgh jalan apa kejadahnya!!heh heh...ala tak lama lagi dpt le pengganti tu..:))

lemongrass said...

Sheri,
tu lah, patut u cari rumah dekat2 dgn all these students so senanglah nak tengok wayang cina free, hehehe...I lagi suka tengok citer live mcm ni dr tengok tv :D

Aini,
slm perkenalan too. Suka I bila ada orang seronok baca my N3, perasan kjap mcm penulis novels pulak, hehehe

Ishamizu,
Tu lah kan, hampeh betul mamat tu, siap sampai meraung2.Klu I jadi girl tu pun, rasa lega sbb dah dump orang yg tak macho tu,hehehe

Mira,
Hari2 lah ye u speaking Arabic skrg ni? :-).Berapa lama yr MIL n BIL dtg M'sia? Rumah kat sini mmng bnyk boleh katakan semua takde grill tp pintu rumah I tu skrg ni dah ada screen door lah so rasa safe lah sikit :-)

Mira Marlena Abdul said...

Dalam 3 minggu-sebulan je dorang kat sini...my MIL tak plan nak dtg sini sbnrnya..my husband yg beria2 suh dia dtg..cakap arab?alahai...broken-broken bolehla...drpd tak tau ckp langsung kira bolehla tu...ahaks!

lemongrass said...

Mira,
setakat nak borak sikit2 boleh lah ye :-). Ok lah kan, tak lah laam sgt but sempat lah yr hubby nak bermanja2 dgn Mom dia. My kid si Zahra tu everytime dia sebut Arabic jadi Arobic even though hari2 belajar Arabic kat school, hehehe.