Monday, 31 August 2009

Sekejap aje dah 1/3rd through the Ramadhan month kan. In another 10 days, mulalah lagu2 Raya berkumandang kat radio kan. Dulu I selalu dengar Era online bila bulan puasa sbb nak dengar lagu raya but bila dah ada cd lagu raya ni, cd tu aje lah yang I pasang bila tengah mabuk kepayang nak rasa bahang hari raya :-). The Other Half pun dah tau kalau nak dekat2 Raya, memang sape pun tak boleh play any other music except Raya songs, hehehehe. The Little Misses pun tau yang bila Mummy dah start pasang lagu Raya tu, maksudnya Raya memang dah nak dekat lah :-). I pun sekarang ni tengah pilih lagu raya yang paling senang for The Little Misses and The Other half to hafal so they can sing it for the blog. Miss 10 kata dia nak sangat2 belajar nyanyi lagu raya, wahahaha…… Tunggu aje lah ye the comedy video ni nanti, sure nya lah you all akan gelak mengekek2 di malam Raya nanti, hikhikhikhik….

Malam ni as usual I just recycled the same old same old kuih for Iftar. We had paratha puffs and nutella scrolls. I’d rather make kuih yang The Little Misses and The Other Half gerenti makan instead of buat something yang I was2 diaorang akan makan, hehehe. Like tonite, memang habis langsai the kuih sebab memang diaorang suka. I teringin nak buat kuih kaswi, tepung pelita, tepung gomak..tapi rasanya yang makan nanti hanya I and maybe The Other Half a bit. So, baiklah I buat nutella scrolls, kuih keria and paratha puffs hari2 kan sampai nak termuntah diaorang makan, hehehe….

And our main meal tonite pun recycled from last week. Ini leftover from last week, fettucine bolognaise. I altered it into pasta bake by adding white sauce to the pasta mixture and grated cheese on top. So, jadi lah fettucine bake :-).

DSCF6929

DSCF6932

Kalau I tak recycled our dinners, nanti terbuang aje jadi makanan the worms. Tak baik kan membazir bulan puasa ni, hehehe…

Sunday, 30 August 2009

I heard a good news today. I was standing at the kitchen sink when The Other Half came and hugged me from behind and then he said, “Hey, you’ve lost some weight! I could feel your ribs and your waist is tiny!” Ahhhhh, that’s music to my ears. Itu baru seminggu puasa you, belum sebulan lagi, wahahaha…. Padahal baru aje beberapa hari dia pergi Sydney, bukannya lama sangat dia tak tengok I, pandai jugak The Other Half ni membodek I kan :-). Bolehlah pakai kebaya Raya nanti macam ni, hehehehe….

Speaking of Raya, this will be our 3rd Raya here in Perth. The first year we were here, we went back to M’sia to celebrate Raya. Saje je sekali sekala bagi The Little Misses experienced Raya kat Malaysia yang full on tu. It was quite funny sebab they found it a bit too confusing sebab kena salam sikit nya ramai orang on that day, hehehe. Pastu banyak kali kena salam pulak tu, sampai2 rumah orang kena salam, pastu bila nak minta maaf, salam lagi, pastu nak balik, salam lagi, berapa banyak kali salam da! Miss 10 wasn’t that fazed sebab dia pernahlah sambut Raya kat M’sia a few times before that and knew how to salam Malaysian style. But Miss 5 was still quite young at that time and found it a bit too overwhelming I think sebab punya ramai orang yang nak salam and nak peluk cium dia :-). Kalah celebrity you, wakaka. Kat Australia ni mana lah ada sedara mara seramai kat M’sia tu kan!

The past 2 Eids, we went to 2 different mosques fo the sembahyang Raya. Tahun ni still tak decide lagi nak pergi masjid mana. Seronok jugak pergi different mosques ni tengok how they celebrate Eid their own special way :-). Nanti lah, dah dekat Raya baru we all decide…

And tonite for Iftar I masak rendang ayam (saje je nak Raya awal, hehehe) tapi makan dengan nasi goreng. The Little Misses makan nasi goreng dengan butter chicken. The Other Half mintak nasi goreng and sambal ikan bilis for Iftar tapi I tak teringin langsung nak makan sambal so tu yg I made rendang ayam. And for the kuih, Miss 10 dah awal2 mintak sweet potato balls (aka keria orang malas :-)) so kenalah buatkan untuk dia. And I buat lopes lagi! Kan I dah cakap, my repertoire of kuih2 melayu ni tersangat la terhadnya, tu yang asik ulang kuih yang sama aje! :-)

DSCF6922

DSCF6928

Ni saje nak tayang gambar Raya kat M’sia a few years back. The Other Half takde masa ni, dia terpaksa beraya sorang2 on the first day kat Perth, 2nd day baru dia flew to M’sia, hehehe.

DSCF0130

I takde baju Raya pink tu yang lain dari The Little Misses. Baju Raya The Little Misses ni pun Nenek yang baik hati belikan, hahahaha.

Oh ye, lupa pulak nak ucap,

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 52.

Saturday, 29 August 2009

After 8 days of fasting, everyone was craving for sausages and chips. Kalau tak, before bulan Ramadhan, every week I akan masak sausages but bila dah masuk Ramadhan, too many food to cook and the sausages got left behind. And pagi tadi when I told The Little Misses that I’ll be making hot dogs and chips for dinner, it was greeted with much enthusiasm and joy! Heran kan, dengan sausages pun boleh rindu, hahahaha…. Nampak sangat anak Aussies, tak boleh dipisahkan dengan their snags :-). Agaknya if I were to tell them I was going to cook rice or noodles tonite, mau diaorang buat muka bleghh aje, hehehe.

DSCF6913

Hot dog with sauteed onions, tomatos with lashings of tomato sauce and mustard. Then makan pulak dengan chips, memang nikmat sungguh :-)…..

DSCF6918

Then after dinner, we had chocolate self-saucing pudding, makan dengan vanilla ice cream. Tangkap leleh, wa cakap lu!!! Hahahahha…. Rasa macam nak pergi makan second round aje lepas ni (I have to be strong, I have to be strong… don’t listen to the temptation! :-)).

And pagi tadi I made jem nenas untuk my pineapple tarts (yeay, I dah start buat something ke arah menuju buat biskut raya, hehehe). Baru aje buat jem dah kecoh kan, orang lain dah buat tart berbalang2, senyap aje kan :-). But since I ni memang suka cari jalan senang, setiap kali nak buat jem nenas, I akan pakai nenas dalam tin tu. Rasanya since I duk menetap kat OZ and terpaksa buat jem nenas sendiri. Leceh lah nak guna fresh nenas ni, nak kopek dia lagi pastu nak buang mata2 dia lagi. Baik I guna yang dah sedia kala bersih, hehehe. But my jem terhangus sikit sampai my periuk vision pun terhangus sebab I was too busy jemur kain kat ampaian hinggakan terlupa kat jem nenas on the stove top. Nasib baik masih boleh di selamatkan lagi, hikhikhikhik. Kalau tak, makan tart nenas versi hangus lah Raya ni kan :-)!

Friday, 28 August 2009

Alhamdulillah, dah seminggu kita puasa ye. Kiranya dalam seminggu lagi, dah nak kena mula fikir nak buat kuih muih n biskut raya pulak lah kan, hehehe… Last year I buat a few jenis jugak lah kuih muih raya ni, 5-6 jenis macam tu which for me dah banyak lah tu sebab yang nak makan nya a few people aje pun :-). Tahun ni I might make the same cookies again but yang for sure nya I tak kan tinggal buat are tart nanas and kuih gunting. Ni memang my favourite dari dolu2 kala masa zaman budak2 lagi. Kalau beraya kat M’sia, kalau pergi rumah orang, I akan tengok ada tart nanas ke tak kat dalam balang kuih diaorang, kalau ada, memang lah I tak kan berhenti mengunyah. Kira macam orang jakun tak pernah jumpa tart nanas lah, hehehe. Biskut lain I tak pandang sangat pun! But kesian kat tuan rumah tu, kena replenish their cookie jars after I dah balik ;-). Nasib baik lah orang kat rumah ni tak makan sangat tart nanas ni so kiranya kalau I buat 1 adunan tu, memang dah sahih2 I akan habiskan 3/4 all by myself. Lepas tu, kalau dah habis and I rasa macam masih belum puas makan tart lagi, I’ll make another batch and makan sampai I’m satisfied lah, teruk kan! Hehehehe. Luckily for my thighs, I cuma makan tart ni setahun sekali aje :-).

Malam ni I malas dah nak cerita pasal food for our berbuka. I teramatlah malas nya nak masak, I just reheat foodstuff yang I found in the fridge. Pizza for The Little Misses and nasi and kari kambing for me. I tengok ‘rumah’ orang lain, still beria2 masak kuih, wahhhhhh!!!!! Jeles, jeles, hehehehe…… I nak makan kuih muih tu tapi malas gilerrss nak buat so telan air liur aje lah bila tengok macam2 kuih kat rumah orang lain :-). Once I dah start buat biskut raya nanti, rasa2nya we all akan berbuka dengan biskut raya aje lah instead of kuih, hahahaha…

So, since takde gambar pasal kuih, I nak letak gambar kain. Actually, ini untuk bagi my sister and sisters-in-law tengok gambar kain yang I’ll use to make the flower girls’ dresses. Kalau you all tak berkenan dengan kain ni, kenalah I pergi menapak balik ke Spotlight tu untuk mencari kain lain …. :-(((. Before that, what do you think the theme colour of the wedding is when you look at the material? Hahahaha… kalau silap bagi jawapan the colour, memanglah kena pergi buat eye check up lepas ni :-P.

DSCF6911

The plain kain will be used for the top part of the dress and the one with flowers will be for the skirt. Kakak and adik2 ku, OK tak? If you think they are a bit too much and too bright colour-wise, do let me know ok so i can choose another colour. But I guess I have to make 1 dress first as a sample to see whether it’ll be cantik or not, betul tak?

You might tanya kenapa tak beli satin for the dresses. With the hot weather kat M’sia tu, I rasa cotton aje lah yang the girls will want to wear. Kalau pakai kain lain, mau tak sampai 10 minute, diaorang dah suruh tukar baju lain sebab panas. Dah lah rumah Atuk n Nenek takde aircond, hehehe, and for sure lah flower girls kena berdiri kat luar under the hot sun kan tunggu pengantin datang :-).

But kalau semua adik beradik kata kaler ni tak best, kena lah I tukar kain lain :-).

Wednesday, 26 August 2009

Hari ke 5 puasa and I still buat kuih lagi for buka tadi, caya betul lah, hahahaha… Hari ni macam hangat2 perasaan aje nak buat kuih, kejap rasa macam so motivated nak buat kuih macam2 (especially tadi masa at work). Tapi bila dah balik rumah, rasa malas betul nak angkat bontot dari depan pc nak belek2 recipe. But then bila pandang muka Miss 10 and bila dia tanya buat kuih apa for iftar, terus teruja balik nak buat kuih, hehehehe…

And since dah teruja, terus teruja sampai buat 3 jenis kuih you! Alah, tapi bukannya buat banyak pun, setakat 1 piring each untuk menjamu selera sebelum dinner tadi.

DSCF6903

Our kuih muih for the 5th day of fasting, lopes segera, paratha puffs and goreng keledek. Lopes tu I guna resipi Kak-e yang teramat lah simple nya. Guna microwave aje untuk masak pulut tu. For us, dah cukup sedap lah but for the traditionalist, maybe they would be outraged sebab tak kukus and tak tanak the pulut, hehehe… Takde masa wehh nak me nanak pulut (actually bukan setakat takde masa, tak gheti pun sebenar benar nya :-)). Paratha puffs tu I guna inti kentang, peas and daging but guna roti paratha frozen tu as the kulit. The Other Half and The Little Misses lagi suka kulit yang guna roti paratha ni but I still like the old kulit karipap. Then keledek goreng tu sebab I yang teringin nak makan. The Other Half pegi tabur chicken salt and makan dengan sos tomato keledek goreng tu! Dia kata lebih kurang macam makan potato chips aje kan, tu yang dia makan dgn tomato sauce! Hisshhh, hehehe… (memang tak boleh bawak majlis betul lah ;-)).

DSCF6905

Our dinner pulaknya, fettucine bolognaise. The Little Misses dah tak larat nak makan by dinner time sebab dah kenyang makan kuih muih, hehehe…

Psst… esok malam & Friday nite we all berbuka bertiga aje sebab The Other Half kena pergi Sydney. Apa ye yang best untuk I masak and melantak sorang2 masa berbukawhile he’s away? Dalam kepala I dah terbayang macam2 nak makan ni sebenarnya tapi bila terfikir yang I jugak kena masak, terus hilang ke ‘excited’ an tu, hahahaha….

Tuesday, 25 August 2009

Alhamdulillah, dah 4 hari we all berpuasa, sekejap aje dah 4 hari kan. My kuih muih repertoire dah nak habis dah ni, bukannya banyak kuih muih yang I tau buat and I tau resipi on top of my head. Rasanya by next week, I’ll be making the same kuih muih again sampai semua orang jemu and termuntah nak makan and nak tengok :-). Lain lah kalau I ni memang penjual kuih kan, pejam mata pun boleh buat kuih, hahahaha…

Kuih hari ni kesukaan The Other Half (sape lagi kan, macam lah dia sorang aje yg berpuasa kat rumah ni, hehehe), buah melaka. Then lebihan tepung pulut tu I buat puteri berendam/badak berendam ( yang takde inti tu, which one eh?) which I really like. The Little Misses especiall Miss 5 pun suka buah melaka ni. Then we had the leftovers vanilla cake, apam gula melaka and donuts ( punyalah banyak leftovers kan, that’s why we love our fridge n freezer :-)). Donuts tu I reheat and poured white choc sauce on it so The Little Misses makan beria2 lah! Apam gula melaka tu we all makan dengan maple syrup, terus jadi fusion food :-).

DSCF6895

I kalau buat buah melaka, memang tak pernah tak pecah lah, mesti ada 2,3,4 yang pecah.

Then for main meals I made smoked salmon maki zushi. Senang cerita, tak payah susah2 buat 2-3 jenis lauk, hehehe…. But still makan nasi jugak kan! The Little Misses and The Other Half ate a lot!

DSCF6900

 

On a completely different story, my boss at work tengah happy giler sekarang sebab wife dia tengah pregnant. Then we all ni baik hati kan, tanyalah about how’s the wife doing and he said, “she’s doing great and she’s looking really marvelous. I think she always looks her most gorgeous and beautiful when she’s pregnant.” Awwwww…..

Then when I got home, I told the story to The Other Half. Then I asked The Other Half, “How come you’ve never said those sorts of things about me when I was pregnant with the girls?” Do you know apa jawapan dia, “I did tell people you are easier to live with when you are pregnant because you haven’t got any PMS! Isn’t that good enough?” followed by him laughing!!! Cheh, nyampah betul dapat hubby tak lomantik ni lah!

Monday, 24 August 2009

Menu berbuka hari ke 3 berpuasa:

kurma

spring rolls

jemput2 pisang (nama glemer banana fritters)

vanilla cake ( Miss 10 yg nak )

chicken kebab

Semua orang sekarang dah kekenyangan except The Other Half. I suruh dia minum air banyak2, sure lah akan kenyang punya, hehehehe… Pandai lah dia cari makanan kalau betul2 dia lapar lagi nanti tu sebab Chef dah gantung apron for tonight, hahaha….

DSCF6882

DSCF6885

Punyalah banyak I masak, kalau tak kenyang lagi tu, memang lah ada belaan agaknya kan. Muahahaha… Esok nak masak apa pulak ye? Baru aje nak masuk 4 hari puasa, dah pening nak fikir nak masak apa untuk berbuka, belum lagi 3 minggu ni! Nak masak main meals tu tak lah pening sangat, nak masak kuih muih tu yang memeningkan sebab I ni bukannya pandai sangat buat kuih muih melayu. Tekak orang2 kat rumah ni leaning towards western tapi bila bulan puasa, tetiba our taste buds teringin pulaknya nak makan kuih muih melayu especially The Other Half. Semalam dia dah mintak apam gula melaka kan, haritu dia ada mentioned nak makan kuih manis guna pulut (lopes lah tu agaknya), pastu nak makan buah melaka… Bila pulak Mat Saleh ni tukar jadi melayu, hikhikhikhikhik…..

Ini pulak gambar The Little Misses masa tengah makan dinner tadi. Bulan puasa ni, we all makan dinner lambat lah sikit sebab nak bagi kuih muih tu settle dulu dalam perut, solat maghrib dulu, baru lah makan dinner.

DSCF6889

DSCF6890

Actually, from the sides, rupa diaorang ada lah some similarities kan (cuma rambut aje lah yg membuatkan nampak lain sangat :-)).

Sunday, 23 August 2009

Since it’s Sunday and everyone was fasting (including Miss 5 who fasted until lunch time again) so kenalah semua orang chipped in with the housework. Tak kan lah Mummy and Daddy aje kan yang kena penat2 kemas rumah hari ni.So, pagi2 lagi diaorang dah kena kerah jadi buruh kasar, hehehe… First, they had to help Daddy basuh pinggan.

DSCF6865

DSCF6868

Punyalah happy Miss 5 cause she was finally given the job as the dish rinser after waiting to get the job for so long. Miss 10 pulak nya felt like such a big girl cause she’s finally being promoted to the dish washer, hehehe. The Other Half lagilah happy sebab dia pun dapat naik pangkat jadi mandor, wahahaha…… I know, banyak kan dishes yang berderet on the bench tu waiting to be washed :-). Biasalah kan bila weekend, The Other Half kadang2 malas sikit nak membasuh after dinner, hehehe. Sebab pagi2 he can kerah The Little Misses to wash for him!

(Where was Mummy when this was happening? I tengah kerja keras membersihkan both bathrooms and toilets wihtout any helper, hahahaha).

After that, they had to help Daddy change the bedsheets, make the beds, hang the clothes, fold the clothes. Kesian betul anak2 I tadi kena kerja keras di kerah dek The Other Half :-). Oh well, this is the right time to train them with household chores kan, start them young I say!

And since they had been so good, I made them their favourite kuih for iftar tadi, The Other Half asked for Apam gula melaka and The Little Misses wanted keria.

DSCF6874

And for main meals, I made gulai kambing and terung sambal for us. Sebab semalam our neighbour gave us nasi beriayani afghan-style to us lepas we all bagi diaorang donuts tu so we all makan nasi lah malam ni. But The Little Misses nak makan pizza, so I buatkan lah pizza for them. Memang betul2 terasa macam makan kat restoran aje, sebab macam2 menu, hehehehe….

Saturday, 22 August 2009

Alhamdulillah the first day of fasting went smoothly. Even Miss 5 did quite impressively (for her yang suka sangat2 makan tu, hehehe). I tak kejutkan dia bangun sahur pagi tadi sebab wasn’t expecting her to fast pun. But bila dia bangun pagi tadi, dia kata dia nak puasa and I tanya lah dia whether dia nak sarapan before start fasting. She said she’s not hungry and she wants to start fasting straight away. So, I said to her I’ll let her buka ‘puasa’ at lunch time so her tummy won’t grumble too much. Then she was too busy playing and I pun terlupa nak suruh dia makan until 1 o’clock when she said, “Mummy, my tummy’s really hungry. I think I need to break fast now!” Kiranya lama jugak lah kan dia ‘puasa’ since dinner last nite dia tak makan :-). But when she had her lunch, she had 3 slices of pizza, 1 mug of hot milo and 2 patty cakes, all at one go! Mengketedarah terus dia, hahahaha……

Hari ni we were quite busy, pagi2 lagi The Other Half had to take the car for servicing while I sambung tidur lagi, hehehe. But after that, bangun aje terus buat kerja rumah non stop and cooking and baking (alah, biasalah kan, first day puasa so kononnya macam2 lah nak makan ;-)). I made chilli jeruk as well sebab our chilli jeruk supply dah tinggal sikit sangat2. Mat Saleh kat rumah ni suka sangat2 chilli jeruk especially on pizza and mee goreng. We used to beli aje chilli jeruk ni but chilli yg we all suka susah sangat nak jumpa kat supermarket tu so since early this year, I’ve started making my own, lagi senang and lagi kena dengan cita rasa, hehehe… I guna resipi from Jun kat myresipi.

DSCF6852

Cukuplah untuk bekal chilli we all for a few months.

Then I made our weekly supply of bread pulak. Miss 10 masa sahur cuma lalu makan toasts aje so kenalah sentiasa ada supply of multigrain bread for sahur. Pastu, tekak2 Mat Saleh kat rumah ni nak makan donut pulaknya for buka puasa so kenalah Mummy menguli lagi (well, bread maker yg menguli, kita tinggal supervise aje, hahahaha). Then since tengah rajin, I made pau goreng inti red bean guna dough donut tu. Tapi I gelek dough to so dia leper and senang sikit nak goreng. Punyalah banyak donut yang jadi so dapatlah our next door neighbour merasa donut for their buka puasa, hehehe…

DSCF6855

For main meal pulak nya, I made roast chicken with steamed broccoli and fries n potato nuggets. Tapi tekak I terasa sangat2 nak makan mee goreng (maybe sebab dah buat chili jeruk kan, tu yang tiba2 teringat mee goreng :-)). Or maybe sebba bulan puasa so I teringin nak makan makanan melayu aje :-). But sebab tak nak membazir, masak macam2, kenalah pendamkan hasrat makan mee goreng to another day. Biasalah kan, I yang masak but ikut tekak orang lain, hehehe….

DSCF6858

DSCF6862

Buka puasa Mat Saleh….

Lepas sahur tadi, pergi merayau sekejap se antero dunia sementara tunggu Subuh untuk mengangkut kad2 ramadhan yang tercicir hari tu. Kali ni tak guna lori, guna tikar terbang Aladdin ;-).

Terima kasih yang tak terhingga dengan ingatan tulus ikhlas dr kawan2 bloggers semepna bulan yg mulia ni.

kadramadhan-alongroz             kadramadhan-halen     

Kad dari AlongRoz, Mummy vogue kat S’wak             Ni dr ‘jiran’ dia, Halen kat Sabah

kadramadhan-ara                          kadramadhan-fatinz

Kad dr Ara yg suka sgt2 pink                              Kad dr Fatinz, Mama pada 5 puteri

kadramadhan-hana                  kadramadhan-hunny

Kad dr Hana, Mak Yung kat Jepun nun              Kad dr Hunny, tokey biskut raya kat Puchong

kadramadhan-ika        kadramadhan-KakInaKL

Kad dr Ika, minah Siam+Jawa+Jepun                 Kad dr KakInaKL, yg suka jumpa bloggers :-)

kadramadhan-kakIta         kadramadhan-kakIta2

Kad dr Kak Ita yg sambut Wedding Anniversary dia hari ni…

kadramadhan-pniena                       kadramadhan-sweetlily

Kad dr Iena yg suka menulis                            Kad dr Sweetlily, tokey kek kat Johor

kadramadhan-ros       kadramadhan-nannie

Kad dr Ros, tokey roti kat Jepun                    Kad dr Nannie yg terer giler menjahit

Tikar terbang nak kena pulangkan sekejap lagi. kalau ada kad ramadhan yg datang lagi lepas ni, nak sewa apa pulak ye? ;-) hehehe….

Friday, 21 August 2009

I wanted to do something different this Ramadhan for everyone who comes to my blog. Saje je buat menghiburkan hati (i.e gelak mengekek2) when you listen to The Little Misses especially Miss 10. Hope you enjoy the short video I've posted :-).


video


Ini sebenarnya 'Take 2' of this Ramadhan greeting. 'take 1' terpaksa di cut short sebab Mummy as the camerawoman tak tahan gelak mengekek2 bila dengar Miss 10 sebut all the Malay words. Baru aje dia sebut 2 patah perkataan, I've burst out laughing, hehehehe... Lebih kurang sama aje macam Mummy bila cakap jawa :-). Kalau my Mak dengar I cakap jawa, mengekek2 diaorang gelak, muahahahaha....


Like The Little Misses said in the video...

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Semoga semua our ibadah during this holy month be blessed by Allah and be accepted by him. Stay safe and try not to overeat ye :-).

I tau ramai yang makan dinner best malam ni sebab nak sambut puasa kan but since tekak kat rumah ni jenis yang tak kisah so I masak pizza aje lah :-). We all pun kalau sahur, setakat makan toasts aje yg lalu pun. I cuma minum kopi an dminum air aje, hehehe... Esok kena bangun pukul 4.45 nak bersahur and iftar pulak pukul 5.55 rasanya so tak lah lama sgt kan :-).


salami pizza..

Thursday, 20 August 2009

Seperti biasa, setiap tahun bila nak Ramadhan or nak Syawal, mesti pening kepala tak tau nak ikut mana. And seperti biasa jugak, the start of 1st Ramadhan and 1st Syawal berbeza2 mengikut masjid, susah betul orang2 kat sini nak bersatu pendapat! And as usual, we all just ikut mana yang sama dengan Malaysia, hehehe…. So far, only 2 mosques yang dah set the date for 1st Ramadhan. The Turkish Mosque quite near our house will start puasa esok sebab diaorang guna calculations (but they calculate following Turkey) while the Perth Mosque pun guna calculations but they had arrived to Saturday as the starting date for Ramadhan. I don’t know why the Turkish Mosque follows negara Turki nya calculation….. But one of the Perth muslim websites kata Ramadhan moon sighting is on Friday which is tomorrow but kat M’sia, tengok anak bulan malam ni kan? Maybe we should do eeny meeny miny mo to select masjid mana yg we all nak ikut, hahaha… ;-).

And speaking of Ramadhan, hari ni kerja I after ambik budak2 from school tadi, melangut depan PC mengangkut kad2 ramadhan pemberian kawan2 blogger yang tersangatlah baik hati. Kad awards yang dari dulu dah angkut still tak tayang lagi, kad ramadhan dah tayang dulu, hehehe. Takpelah, awards2 tu tak lapuk kan so KIV dulu ye ;-). Kad Ramadhan ni sebab kalau tak letak sekarang, nanti dah nak habis Ramadhan baru terhegeh2 nak letak, memang lah tak senonoh betul kan :-). Nanti dah nak habis Ramadhan, nak mengangkut kad Raya pulak nya, mana lah muat lori I nak angkut dua2 kan ;-P.

 

Terima kasih banyak2 atas kiriman kad2 ni. Semoga persahabatan di bumi cyber ini berterusan hendaknya :-).

kadramadan 1-ayus'pore kadramadan 2-ayus'pore

Kad dari Ayu yang duduk nun jauh kat Singapore

Kad Ramadhan-kaknor          kadramadhan-amygerman

Kad dari Kak Nor Mek Ganu                                   Kad dari Amy Minah German

kadramadhan-anawahid                      kadramadhan-asNZ

Kad dari Ana bini Wahid kat Johor tu               Kad dari As yg menetap kat negara biri2, NZ

kadramadhan-aymy                  Ketenangan Abadi

Kad dari Aymy, minah Arab celup kat Kuwait                Kad dari Chik Mimi Oghang Utagha

kadramadhan-cikmin                kadramadhan-eryn  

Kad dari CikMin,tokey yong tau foo                           Kad dari Eryn yg sentiasa happy-go-lucky

kadramadhan-jiya            kadramadhan-kakazah

Kad dari Jiya, pencinta kambing                          Kad dari K.Azah, cikgu kat Sabah

kadramadhan-kakCT                        kadramadhan-kakintan  

Kad dari Kak CT Delima yg sentiasa awet muda       Kad dr Kak Intan, tokey jahit langsir

Kad2 yang tak sempat ambik lagi tu, tunggu second round ye. Tadi lori yang I sewa untuk angkut kad2 semua ni dah terlebih had muatan so tak nak lah kena tahan dengan polis. Kena lah angkut sikit2 dulu, hehehe….